Bab 35

137 5 1
                                    

BAWANG merah hiris-hiris sebelum dipotong dadu. Setelah itu lada hijau serta bawang putih pula dipotong kecil. Tangannya lincah sekali mengerjakan tugas dapur tersebut.

Aura kemudian berpaling ingin membalik ayam yang sedang dimasak di dalam kuali. Sedang dia menunggu ayamnya untuk masak tanpa dipinta ingatannya mengimbas semula kejadian di italy tiga bulan lepas. Ya sudah tiga bulan kejadian pahit itu berlaku dan kandungannya juga sudh masuk tiga bulan.

Alhamdulillah setakat ini kadungannya baik-baik saja. Tidak banyak ragamnya. Cuma morning sickness memang kerap dia alami. Noah juga menjaganya bagai menatang minyak yang penuh. Itu tak boleh, ini tak boleh. Tapi dia faham suaminya buat semua itu untuk kebaikan dia jua. Jadi dia sebagai isteri mithali lagikan cantik kenalah akur akan arahan suaminya.

Kringg kringg...

Deringan telefon rumah mengejutkan dia ke alam nyata. Aura lantas memadamkan api dapur sejurus itu bergegas ke ruang tamu. Ganggang telefon diambil lalu dilekapkan ke teliganya.

"Hello, Assalamu'alaikum" suara si pemanggil kedengaran di sebelah sana.

"Wa'alaikumsalam, eh mama kenapa telefon ni?" Sahut Aura.

"Lah salah ke mama nak call anak sendiri, macam tak sudi je." Senda Puan Mariah. Terdengar ketawa kecil dari hujung talian.

Aura menepuk dahinya atas ketelanjurannya. Mesti mama dah fikir aku tak sayang dia!

"Eh bukanlah ma, maksud adik kenapa mama telefon tiba-tiba ni ada apa-apa mama nak cakap?" 'Lah bunyi macam tak sudi je aku bertanya ni' bisiknya di dalam hati.

Terletus tawa Puan Maria mendengar bicara anaknya itu. Terbanyang-bayang dibenaknya akan wajah bersungguh anaknya membina ayat yang sesuai agar tidak menyakiti hatinya.

"Haih kamu ni, dari dulu sampai sekarang tak berubah. Perangai sebijik macam papa kamu. Dua dua tak pandai luahkan perasaan." Ujar Puan Mariah. Dia menjeling sekilas suaminya yang berada di sebelahnya menatap dirinya tanpa berkedip.

'Erk tiber aku topic terhangat dipasaran.'

Aura tertawa kecil sahaja mendengar bicara ibunya itu. "Ni mama nak tanya, Adik nak tak pergi balik kampung dengan kitorang?" Aura berfikir sejenak mendengar pertanyaan ibunya itu.

Sedang dia berfikir tiba-tiba terasa lingkaran dipinggangnya dari belakang. Noah rupanya. Ingatkan hantu tadi. Jejaka itu menyebamkan kepalanya keleher isterinya. Dihidu haruman isterinya sedalam-dalamnya. Gosh I've never addicted to anyone like this before.

"Ha alang-alang Noah pun ada dekat sini-" dia memalingkan wajahnya memandang suaminya "- awak nak tak balik kampung?" Soalnya bersama wajah keanak-anakan.

Noah nampaknya berfikir sejenak. "Hmm kalau aku tak nak?" Pudar terus senyuman diwajah Aura. Noah sembunyi senyum. Alahi sayang aku main main jela. Comellah bini siapa ni?

"Kalau Noah tak nak takpe, mama faham kamu kan sibuk kerja. Lain kali pun kita dapat pergi kampung sama-sama. Adik jangan risaulah." Suara Puan Mariah kedengaran disebalik talian. Dia seakan-akan tahun reaksi wajah anaknya saat itu.

Bukan dia tidak tahu, Aura sangat suka balik kampung lagi-lagi waktu hari raya. Katanya vibe dekat kampung dengan dekat bandar tak sama. Saudara-mara dia juga ramai yang daripada kampung.

Aura sudah pasang muka 50sen dia. Dia teringin sangat nak pergi ke kampung. Nak menghirup suasana kampung. Ahh heaven.

"Sorry ma, Noah tak boleh benarkan anak kesayangan mama ni ikut mama balik kampung, nanti siapa nak teman Noah dalam kereta masa perjalanan balik kampung." Ujarnya menyebabkan terukir kembali senyuman bahagia diwajah Aura.

NOAH MARDHIA | ON GOINGWhere stories live. Discover now