Bab 7

367 27 1
                                    

TROLI yang dipenuhi dengan pelbagai barangan itu disorong memasuki kebahagian bahan basah. Matanya ralit memerhatikan isterinya yang sedang memilih beberapa ayam mentah.

Selesai sahaja memilih ayam mentah Aura memberikannya kepada pakcik yang menjaga kaunter bahagian bahan basah itu.

Selesai sahaja membuat pengiraan ayam tersebut diberikan semula kepada Aura lalu dia berjalan mendekati suaminya yang kelihatan kusyuk memandangnya itu. Entah perasaannya sahaja atau memang benar?

"Dah jom, banyak sangat dah ni kita beli." Aura beralih tempat di sebelah suaminya lalu mereka sama-sama menyorong troli tersebut ke kaunter pembayaran. Seketika matanya menagkap timbunan coklat yang berderetan tersusun kemas dirak yang sudah dikhaskan.

Bersinar matanya memandang coklet tersebut. Tangannya sudah memegang lengan kiri Noah, menahan suaminya agar berhenti dari melanjutkan perjalanan. Kepalanya ditoleh memandang sang suami.

"Boleh tak saya nak beli coklet ni?" Soalnya dengan muka yang dibuat-buat kesian. Noah yang menyaksikan wajah kesian itu mempamerkan senyuman sinis.

"Cute but nope." Beku bicaranya sebeku mukanya. Aura di sebelahnya sudah cemberut. Tidak berputus asa dia tetap memujuk Noah agar mengizinkannya membeli coklet tersebut.

"Please... boleh lah kali ni je. Janji lepas ni tak makan dah. Boleh lah saya teringin sangat-sangat." Noah sudah memejamkan matanya beserta rahang yang diketap kuat. Menampakan jawlinenya yang tajam.

Aura yang menyaksikan itu sudah kecut perut. Dia menundukan pandangannya ke bawah. Badannya diundur sedikit ke belakang mencipta jarak diantara mereka.

"Yela, saya tak beli."

Mendengarkan bicara isterinya itu, Noah lantas membuka matanya. Dia mengeluarkan telefonnya dari poket seluarnya lalu tanpa memikirkan perasaan isterinya kakinya melangkah ke kaunter pembayaran meninggalkan isterinya yang terkebil-kebil itu.

'Dia tinggal aku guys? Hampeh punya laki. Bukannya nak pujuk makin menyakitkan hati adalah!' Gerutu Aura di dalam hati.


• • • ❈ • • •


"Kenapa diam je?" Soal Noah prihatin. Tangannya bergerak memegang tangan kanan milik Aura yang elok terletak di atas meja. Tersentak dengan sentuhan hangat tersebut Aura lantas mendongakkan mukanya memandang Noah.

"Takde apa." Balasnya datar. Pandangannya dilemparkan disekitar restoran mewah tersebut. Malas nak tengok muka Noah. Buat sakit hati je!

"Still marah?" Senyuman sinis terbit dibibir merahnya tanda dia seorang yang bukan perokok. Aura mengalihkan matanya memandang Noah yang sedari tadi memerhatikannya bagai nak tembus.

"Eh tak lah saya happy je tak nampak ke saya tengah senyum ni?" Sarkastik jawapannya beserta senyuman yang dibuat-buat lalu jelingan tajam dihadiahkan buat suaminya.

Noah hanya mampu berdiam diri. Tahu sangat dengan perangai isterinya yang akan merajuk bila barang yang diinginkan tidak dimiliki. Merajuknya bukan sekejap tapi sampailah dia dapat benda tu.

Tapi takpe Noah tahu macam mana nak handle budak ketot ni. Kacang! Seketika matanya terlihat figura seorang lelaki sedang duduk penjuru restoran dengan baju yang serba hitam.

Diperhati lelaki itu sedalamnya sebelum panahannya dimatikan oleh seorang pelayan yang datang membawa makanan milik mereka.

Mereka makan dalam keadaan yang sunyi tanpa sebarang percakapan. Selesai sahaja makan Noah dan Aura menuju ke kaunter untuk membayar bill lalu mereka berganjak keluar daripada restoran tersebut.

Tanpa sedar sepasang mata galak memerhatikan mereka sehingga hilang kelibat dua merpati sejoli itu dari pandangan.


• • • ❈ • • •

Thanks for reading, vote & comment!

NOAH MARDHIA | ON GOINGWhere stories live. Discover now