Bab 14

292 18 3
                                    

SARAPAN yang sudah siap terhidang di atas meja itu ditatap dengan penuh rasa gembira. Harapannya suaminya makanlah makanan ini walaupun tidak seberapa.

Penantiannya membuahkan hasil apabila dia mendengar bunyi dentuman pintu dan langkah seseorang yang sedang menghampiri ruang dapur  itu.

Kelihatan Noah sudah siap dengan pakaian kerjanya iaitu kemeja putih dengan lengannya disingsing hingga ke siku menyerlahkan lagi kekacakannya. Dia mengenakan seluar slack berwarna hitam dipandankan.

Tangan kanannya terletak elok jam berjenama rolex. Ditangannya terdapat cawan hasil milo buatan Aura malam selama.

Tanpa mengendahkan isterinya Noah meneruskan langkah menghampiri sink lalu mambasuh cawan tersebut. Baru sahaja dia ingin melangkah keluar daripada dapur tersebut panggilan daripada isterinya membantutkan niatnya. Tanpa berpaling dia menunggu bicara selanjutnya daripada Aura.

"Awak tak nak makan dulu ke?" Soal Aura lembut. Dia kemudian melangkah mendekati suaminya namun ayat yang terluah daripada mulut suaminya itu telah membatalkan langkahnya.

"Aku dah lambat. Kau makan jelah sorang-sorang." Sejurus itu terus sahaja tubuh tinggi lampai milik Noah pergi meninggalkan Aura yang sudah berubah air mukannya itu.

Air mata tanpa dipinta mengalir membasahi pipi gebunya. 'Sampai hati Noah cakap macam tu. Dia tak tahu ke penat-penat aku masak search goggle cara nak masak makanan ni nak suruh dia rasa? Alih-alih kena suruh makan sendiri?' Gerutunya di dalam hati.

Dengan langkah yang berat dia kemudian mengalihkan pandangannya memandang makanan yang sudah siap dia buatnya itu.

Pancake yang bersalut dengan madu itu ditatap penuh hiba lalu dengan terpaksanya dia menutupi makanan itu dengan tudung saji. Selesai sahaja mengemas dapur langkah mula diatur kebilik tidur mereka ingin beristirehat.

• • • ❈ • • •

LANGKAH kaki diatur memasuki pejabatnya tanpa menghiraukan pembantu peribadinya yang menyapanya mesra itu.

Pintu ofisnya dikuak lalu tubuh kekarnya dibawa masuk sebelum kembali menutup pintu tersebut.

Dia kemudian melangkah menghampiri meja kerja lalu meletakan telefon bimbitnya di atas meja. Dia mula menyibukan dirinya dengan kerja-kerja yang berlambak tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

Selang beberapa minit kedengaran pintu pejabatnya dikuak dari luar lalu dikatup dengan sedikit kuat. Tidak menganggkat kepala walau sedikit pun dia sudah tahu siapa yang berada di dalam biliknya itu.

Afzan melangkah menghampiri meja kerja Noah lalu melabuhkan punggungnya dikerusi yang telah disediakan. Manakala Ashraf dan Daniel pun sedang duduk di sofa sambil berborak kosong.

Diperhati wajah kacak Noah dengan seribu kerutan di dahinya. Dah kenapa muka ketat semacam ni?

"Aku tahulah aku hansem tak payah tenung macam nak tembus." Bersahaja bicara Noah mengejutkan Afzan dari terleka memandangnya.

"Pui! Takde masa aku nak tenung kau sebab kau hansem baik sikit eh aku ni stil straight!" Bantah Afzan menayangkan wajah jijik. Tak hingin dia nak dekat Noah! Baik dia dengan budak dekat taman hari tu.

Eh?! Apa dia fikir ni?! Tak mungkin!

Afzan menggeleng-gelengkan kepalanya dengan kenyataan yang baru sahaja dia ungkapkan itu.

"Kau dah kenapa tergeleng-geleng? Gila dah?" Soal Noah berserta wajah ketatnya. Pandannya kembali tertumpu memandang wajah Noah.

"Suka hati aku lah nak geleng ke nak angguk ke apa ke ada kacau hidup kau? Takde kan? Yang kau nak marah-marah ni pahal?" Soalan berbalas soalan. Perbualan mereka itu didengari oleh Ashraf dan Daniel yang sedari tadi memerhatikan mereka dari sofa yang mereka duduki.

Terpejam mata Noah mendengarkan soalan Afzan itu. Perbuatannya itu mengundang seribu satu persoalan dihati kawan-kawannya.

"Kau gaduh dengan adik aku ke?" Soalan Afzan ingin tahu. Yela kut-kut adiknya itu buat hal. Namun hanya gelengan yang Noah berikan.

"Habis tu?" Soalnya lagi. Kali ini tumpuan mereka semua seratu peratus memandang Noah yang masih mendiamkan diri sambil memejamkan matanya.

"Aku mimpi lagi." Mendengarkan itu terus berubah wajah mereka semua. Daniel mula mengerutkan wajahnya tanda tidak memahami apa yang dicakapkan oleh Noah itu.

"Wait what? Kau mimpi apa doh?" Soalnya itu telah membuatkan ketiga-tiga kawannya memandang tepat kearahnya.

Afzan menghantar isyarat mata kepada Ashraf untuk membuat sesuatu.

"Eh mak aku chat lah dia suruh aku gi tolong dia belikan bahan. Eh Dan teman aku beli jap. Kau kan pro kalau bab-bab memasak ni." Ajak Ashraf sambil berpura-pura sibuk mengetik-ngetik telefon ditangannya.

"Ish kau ni, aku baru nak dengar cerita. Ha yela-yela dah jom." Dengan berat hati Daniel mula bangun dari labuhnya kemudian mereka berdua mula hilang disebalik pintu pejabat milik Noah.

"Nyaris-nyaris je tadi. Kau lah cakap tu lain kali hati-hati sikit." Tegur Afzan sambil kembali memfokuskan dirinya terhadap cerita yang disampaikan oleh Noah.

"Ish yela aku salah." Pasrah Noah. Dia kemudiannya menceritakan aoa yang berlaku padanya seminggu yang lepas dan malam semalam. Dengan Afzan tiada apa yang dia boleh rahsiakan. Afzan tahu segalanya dan dia tahu sama ada Noah menipu atau tidak. Manakan tidak mereka berkawan dari kecil hingga kebesar berjumpa pula dengan Ashraf pada tingkatan satu lalu berjumpa lagi dengan Daniel ketika mereka sama-sama belajar di England dahulu.

Apa je yang Afzan tak tahu? Semua dia tahu. Sebab tu Afzan tak keberatan pun nak lepaskan Aura dekat Noah sebab dia tahu Noah akan jaga adik dia lebih dari dia jaga diri sendiri.

"Macam ni lah aku nasihatkan kau awal-awal. Apa-apa pun yang jadi antara kau dengan adik aku bincang elok-elok. Jangan buat dia macam tunggul dia pun ada perasaan jugak. Pasal kisah silam tu kau lupakan je. Aku pasti adik aku boleh buat kau bahagia and lupakan semua pasal benda tu. Kalau kau tak dapat ceritakan sepenuhnya pun dekat adik aku at least kau cerita sikit-sikit biar dia tahu apa masalah yang kau hadapi ni and In Sha Allah dia boleh bantu kau untuk pulih macam Noah yang aku kenal dulu. Sebab aku tahu aku tak salah pilih perempuan yang mampu bimbing kawan aku ni." Penuh ikhlas kata-kata itu diluahkan oleh Afzan bersama senyuman manis yang menampakan lesung pipit disebelah kiri pipinya.

Sungguh jarang sekali untuk dia senyum kenapa orang macam tu. Dan senyuman itu membuatkan Noah terpaku. Betapa dia merindukan mereka berdua ketika masih kecil saling jatuh bangun bersama. Ketawa riang bersama. Namun disebabkan orang tua tak guna tu masing-masing menyimpan dendam dan kesakitan di hati.

Dia janji pada diri sendiri yang dia akan cari orang tua tu sampai dapat dan balas kembali dendamnya.

• • • ❈ • • •

Thank you for reading, vote & comment!

NOAH MARDHIA | ON GOINGWhere stories live. Discover now