Hai guys, sorry for the very late update :(
_________________________________
KAKINYA bergerak memasuki club malam yang ternama bertempat di ibu kota negara Eropah tersebut.
Meja bar dituju lalu dia memesan satu alkohol. Sambil menunggu kedatangan orang yang dinanti matanya giat memerhati pelbagai jenis manusia yang sakan menari-nari di atas lantai tari.
Ada juga manusia yang sedang bersorak gembira. Mungkin memenangi 'gambling'?
Seketika minuman yang dipesan telah pun siap. Dia menikmati minuman yang mengandungi alkohol yang tinggi itu. Sesekali berkerut dahinya menahan rasa pahit alkohol tersebut.
Tiba-tiba dia dikejutkan dengan satu pelukan dipinggang rampingnya dan kucupan ringan di bahu kanannya.
"I missed you babe" Ujar jejaka yang memeluknya itu.
Dia menampar lembut tangan sasa itu. Lelaki itu kemudian beralih duduk di sebelahnya. Cawan milik kekasihnya itu diambil lalu diteguk rakus minuman yang memabukan itu.
"How was your plan babe? Is everything goes with the flow?" Soal si jejaka.
"Of course, ni Farah Dousen lah. What i want I'll get it no matter what". Ujarnya bersama riak bangga.
Si lelaki tersenyum bangga dengan bicara kekasihnya itu. Dia kemudian berdiri dan mengajak Farah untuk menari bersama.
_________________________________
"JAKE you betul ke tak takut kalau Noah tau yang you buat semua ni?" Soal Farah terhadap kekasihnya.
Mereka sekarang ini menuju ke kereta Jake yang terletak agak sedikit jauh daripada club malam tersebut.
"I don't care sayang, lagipun sikit information lagi and Black Ice will be eradicate." Ujarnya bersama tawa sinis.
"I can't wait to see him suffer." Gelak jahat terkeluar dari mulut kedua-dua manusia bertopengkan syaitan ini.
Tiba-tiba mereka dikepung oleh sekumpulan lelaki berbaju hitam disertakan dengan topeng bagi menutupi wajah mereka.
Riak takut dan gelisah jelas terlihat di wajah Farah melihat mereka. Genggaman dilengan Jake semakin diperketatkan.
Tidak semena-mena lengannya ditarik dengan agak kuat dan kasar sehingga terlepas genggemannya terhadap Jake. Terjerit dia dengan tindakan drastik tersebut.
Di meronta-ronta di dalam pelukan seorang lelaki yang jauh lebih besar daripadanya. Jake yang menyaksikan itu lantas ingin membelasah lelaki yang memegang gadisnya itu namun belum sempat dia memulakan gerakannya, dia sudah dihempuk dengan batang baseball dikepalanya.
Jake jatuh dan meringis kesakitan sebelum pandangannya menjadi gelap.
Farah berteriak memanggil Jake namun mulutnya ditutupi dengan sehelai kain yang sudah dituangkan ubat tidur.
Penglihatannya semakin kelam dan kabur sebelum akhirnya hitam memenuhi ratna matanya.
"Boss, kitorang dah dapat dua melaun ni."
Itu sahaja ayat yang sempat didengarnya sebelum dia hanyut akibat ubat tidur yang dihidunya tadi.
________________________________
FARAH membuka matanya dengan perlahan. Pandangannya agak sedikit samar sebelum akhirnya dia dapat melihat dengan jelas. Terasa tangannya diikat dari belakang membuatkannya susah untuk bergerak.
Seketika dia melihat seorang lelaki berdiri di depannya namun wajah lelaki tersebut ditutupi dengan pelitup muka berwarna hitam yang menyebabkan dia agak sukar untuk mengecam wajah lelaki itu.
"Puas tidur?"
DUM!
Suara ini. Tak mungkin! Bisik hatinya.
Matanya membulat terkejut. Wajahnya berubah pucat. Badannya juga bergetar menahan rasa takut yang mula menguasai.
"Kenapa takut?" Soal lelaki itu sinis.
"Masa buat tak takut pulak, sekarang nak menghadap malaikat maut wujud pulak rasa takut tu." Ujarnya sarkastik.
Farah tidak mampu berkata-kata. Hanya wajahnya sahaja yang menjadi saksi betapa terkejut dan takutnya dia terhadap jejaka di depannya ini.
Noah tersenyum sinis sebelum berpusing ke belakang menghadap salah seorang anak buahnya.
"Bawa masuk jahanam tu." Arahnya bersahaja. Tiada nada langsung disetiap percakapannya membuatkan dia sukar untuk diteka apa yang bermain difikirannya.
Seketika dua orang lelaki membawa masuk Jake dengan mengheretnya yang duduk dikerusi. Jake juga diikat sama sepertinya. Sesampainya di depan Farah dan Noah, Farah semakin terkejut melihat pemandangan di hadapannya ini.
"Jake..." ujarnya bersama suara yang lemah.
Wajah Jake sudah tidak seperti manusia lagi. Habis pecah mukanya ditumbuk oleh anak buah Noah. Badannya juga penuh dengan luka dan darah yang mengalir sehingga menitis di atas lantai.
Noah tersenyum sinis menyaksikan kedua manusia bertopengkan syaitan ini menderita. Dia kemudian menghampiri Jake sebelum mencangkung di sebelahnya.
"Now Jake, apa perasaan kau bila dapat khianat kumpulan aku?" Soal Noah dengan ekpresi wajah yang kosong.
"Sa...saya minta ma...af boss" Hanya itu yang dapat diluahkan oleh Jake. Sakit diseluruh tubuh badannya membuatkannya tidak mempunyai tenaga untuk bercakap.
"Hmm? Apa? I can't hear you." Ujar Noah. Dia kemudian memegang jari tengah Jake sebelum dipatahkannya dengan sekali lipatan.
"ARGH!!" Jeritan Jake memenuhi segenap ruangan itu. Farah semakin menggigil melihat kejadian itu.
Noah kemudian menyambung aksinya itu sehingga patah habis kelima-lima jari Jake. Ada juga tulangnya yang terkeluar dari jari namun itu tindak mengugatnya dari menyakiti lelaki itu.
"Hmm aku malas nak buang masa dengan sampah macam korang ni." Noah kemudian bangkit dari mencangkung memandang sinis kedua manusia di depannya itu.
"Tapi sebelum aku cau, aku nak bagi hadiah sikit." Serentak itu satu tumbukan kuat dihadiahkan di wajah Jake membuatkan lelaki itu hampir jatuh dari kerusinya.
Noah kemudian menghayunkan sepakannya tepat dikepala Farah sehingga gadis itu jatuh ke lantai. Kakinya memijak kepala Farah.
"Kau ingat, plan kau tu berjalan lancar sangat? Bini aku tak mati pun lah. Plus genarasi aku makin berkembang kat perut dia. Sorry sikit bini aku yang kau nak bunuh tapi end up kau yang terbunuh." Ujarnya dingin. Sekali lagi sepakan hebat diberikan dikepala Farah. Cecair pekat mula mengalir didahi gadis itu.
"I'm sorry Noah." Ujar Farah bersama sedunya.
"Too late" Noah bergerak meninggalkan kedua manusia itu. Sebelum sempat dia keluar dia memesan sesuatu kepada salah seorang daripada anak buahnya.
"Korang pandai-pandailah settled diorg ni. Aku malas nak kotorkan tangan aku hari ni. Mayat diorang nanti buat macam biasa." Arahnya sebelum berlalu meninggalkan ruangan tersebut.
Tidak lama selepas itu jeritan kesakitan kedua manusia itu memenuhi pendengarannya membuatkannya tersenyum sinis.
YOU ARE READING
NOAH MARDHIA | ON GOING
RomanceKahwin? Tak pernah terfikir sekali pun difikirannya yang dia bakal berkahwin. Dan kini dia sudah sah menjadi seorang isteri. Isteri Isteri Ayat itu berlegar di otaknya. Berkahwin dengan orang yang dia tidak kenal bahkan namanya sekali pun dia send...