BUNYI katupan pintu telah mengejutkan Aura yang tadinya terlena di atas katil. Dia terus bangun dari pembaringan dan menyandarkan tubuhnya pada penghalang katil. Matanya memerhatikan sahaja Noah yang sedang membuka baju t-shirtnya dan dilemparkan pada bakul pakaian kotor.
Noah yang terasa diperhati itu mengalihkan pandangannya menghala ke katil. Keningnya terangkat sebaik melihat Aura yang memerhatikannya dengan wajah yang cukup polos itu.
'Haih, you're too cute to handle baby.' Ujarnya di dalam hati bersama senyuman sinis. Dia kemudian menapak menghampiri birai katil sebelum perlahan merangkak naik.
"Hey, did I wake you up baby?" Soalnya. Aura hanya menggeleng sebagai jawapan dan tanpa amaran dia memeluk tubuh sasa Noah yang tidak dilapisi dengan apa-apa pakaian itu. Tindakan drastik itu membuatkan Noah tercengang sebentar sebelum memproses apa yang sedang terjadi.
"Haih, budak ni mengiggau lah ni." Tuturnya sambil tersenyum sinis. Tahu sangat dengan perangai Aura yang satu itu. Tubuh Aura yang masih berada di dalam pelukannya itu diangkat kemudian dibaringkan di atasnya.
Rambut ikal milik Aura diusap-usap. Mata birunya merenung siling bilik bagai nak tembus. Fikiran mengulang tayang kejadian yang menimpa Daniel menerusi cerita yang diberitahu Afzan di hospital tadi.
Seketika dia tersedar dari lamunannya apabila Aura mula bergerak-gerak di atasnya. Tiba-tiba Noah merasakan dadanya basah. Dia berkerut dahi lalu menundukan sedikit kepalanya melihat Aura yang sedang menangis dalam lenanya itu.
"Shushh... i'm here baby." Pujuknnya dengan tangan masih setia mengusap kepala Aura. Sesekali dia mengucup ubun-ubun isterinya bagi menenangkannya. Lima minit memujuk isterinya, Aura kembali terlena bersama sedu-sedan yang masih tersisa.
Noah tertawa kecil melihat perangai Aura yang dirasakannya comel itu. "Mimpi apa lah kau ni sampai menangis? Soalnya sendirian.
Tidak menunggu lama akhirnya dia juga turut terlena bersama Aura di atasnya.
• • • ❈ • • •
"SI."
Selesai sahaja berbicara dengan orang disebalik talian, Afzan menutup panggilan kemudian dia menapak menghampiri Ashraf yang santai sahaja bermain telefon di sofa yang telah disediakan di dalam wad tersebut.
Punggung dihenyak ke atas sofa. "Macam mana?" Soal Ashraf kepadanya. Matanya masih focus memandang screen telefon. Keluhan kecil dilepaskan oleh Afzan menarik perhatian Ashraf yang sedari tadi bermain telefon itu.
"Kenapa?" Soalnya penuh kerisauan. Sesekali matanya melirik ke arah Daniel yang masih lena di atas katil itu. "Noah suruh kita ajar Daniel self defense. Tapi dia tak suruh kita berkasar sangat macam yang kita selalu buat dekat budak kita. Kau pun tahu kan hidup budak tu macam mana." Terangnya.
Ashraf terangguk-angguk mendengar penerangan Afzan. "Okay lah kalau macam tu asalkan benda tu yang terbaik untuk Daniel aku sokong." Tuturnya mendapat tumbs up daripada Afzan tanda menyokong kata-katanya.
DANIEL terjaga dari lenanya apabila dia terdengar sayup-sayup suara orang berbicara. Dia kemudiannya melihat kelibat Ashraf dan Afzan yang sedang duduk di sofa wad.
Sepertinya mereka sedang membincangkan tentang hal serius. Mata Ashraf menagkap tatapan Daniel yang sedang asyik memerhatikan mereka itu. Dia kemudian bangun dari labuhnya mendekati katil Daniel.
Afzan juga turut melakukan hal yang sama. "Kau dah bangun?" Soal Afzan mintak kaki. Belum sempat Daniel ingin membalas soalan Afzan itu, Ashraf terlebih dahulu menjawap bagi pihaknya.
"Eh tak la dah mati dah budak ni." Tuturnya sarkastik. Dia kemudian menerima jelingan maut daripada kedua-dua sahabatnya itu. Senyuman sinis dilemparkan sebelum dia kembali bertutur.
"Takdelah aku gurau je. Soalan kau tu yang macam budak kecik asal? eh ni kalau budak-budak dengar pun tentu diorang akan cakap benda yang sama tau." Katanya sebelum menjeling Afzan. Afzan ni umur dah tua pun boleh tanya soalan KBAT macam tu. Ya di antara mereka semua Afzan lah yang paling tua dan yang paling mudanya ialah dia 25 tahun manakala Afzan pula 27 tahun.
'Boleh tahan bengap jugak Afzan ni.' Kutuknya di dalam hati.
"Kau tak payah nak mengutuk aku lah. Kau tu pun dua kali lima je. Lagi la bengap tahap ayah pin." Tegur Afzan. Ingat dia tak boleh baca ke riak wajah Ashraf itu? nampak sangat mengutuknya.
"Dah lah korang ni, asyik gaduh je. Aku kawin kang korang dua naya je." Sampuk Daniel bersama tawa halus setelah melihat riak terkejut beruk dari Ashraf itu manakala Afzan pula membulatkan matanya dengan wajah yang bertukar kemerahan menahan amarah.
"Lek lah, aku gurau je." Katanya. "Kau! nasib baik kau dah masuk hospital semalam. Kalau bukan sebab bapak kau mungkin sebab aku kut kau masuk hospital." Kata Afzan bersama tatapan tajamnya.
Tacod Daniel!!
Daniel hanya tersengih sahaja. Malas mahu memanjangkan cerita. Afzan ni bukan boleh bawa main sekali dia cakap dia akan buat. Macam Noah biasalah sehati sejiwa. Dia kemudian teringatkan sesuatu.
"Korang cakap pasal apa tadi? Nampak macam serius je." Soalnya. Mendengarkan soalan itu terus sahaja Afzan dan Ashraf berpandangan sesama sendiri dengan tatapan yang sukar ditafsirkan.
Ashraf memberikan isyarat mata kepada Afzan untuk menyampaikan arahan Noah tadi. Afzan mengeluh kecil sebelum kembali mengalihkan pandangannya menghadap Daniel. Masing-masing dengan riak muka serius.
"Noah suruh kitaorang ajar kau self defense." Tuturnya perlahan. Daniel membulatkan matanya setelah mendengar kata-kata Afzan itu. "Tapi kenapa? aku tak nak lah! korang macam tak kenal bapak aku tu macam mana." Bantahnya sekerasnya.
"Tapi ni untuk kebaikan kau kan?" Tutur Afzan beku. Sedikit tercabar dengan penolakan mentah-mentah Daniel itu. "Eh kau ni aku dah kata aku tak nak kan? maksudnya aku tak nak lah!" Bantahnya lagi. kali ini suaranya sedikit meninggi tanda tidak suka akan paksaan sahabatnya itu.
Bukan dia tidak mahu tapi dia malas mahu membangkitkan kemarahan ayahnya.
Ashraf mula panas dengan penolakan Daniel itu lalu mecengkam baju hospital Daniel merapatinya. "Kau ingat Noah suka-suki je ke nak suruh kitaorang ajar kau self defense ni?! Sampai bila kau nak takut, nak tunduk dengan lahanat tu?! sampai mati?! Apa yang kau takut sangat dengan bapak kau tu ha?!" Soalnya keras. Dia kemudian melepaskan cengkaman itu setelah badannya berjaya ditarik oleh Afzan.
Afzan menenagkan Ashraf manakala Daniel pula masih tercengang dengan mata bulatnya. "Kau bodoh ke apa?!" Tambahnya lagi membuatkan Daniel terkedu mendengar cemuhan tersebut. Bukan setakat Daniel malah Afzan juga terdiam mendengar kata-kata kesat yang terkeluar dari mulut Ashraf tadi.
Ashraf mendengus kasar sebelum berlalu keluar dari ruang vvip itu tanpa menoleh sedikit pun ke belakang. Daniel menarik nafas berat kemudian dihembuskan. Setitis air matanya jatuh. Jujur dia katakan dia terluka dengan kata-kata Ashraf. Betul lah orang cakap. Lidah itu lebih tajam daripada pisau.
Afzan mendekati birai katil hospital lalu dengan perlahan membawa Daniel ke dalam dakapannya. Tahu sangat Daniel terasa dengan Ashraf. Daniel melepaskan segala tangisannya di pundak Afzan. Dia menggogoi sambil ditenagkan oleh Afzan.
"Lepaskan semuanya Niel. Takpela Ashraf tu pandai-pandaila aku pujuk dia." Ujarnya. Hampir setengah jam menenagkan Daniel, dia mula melepaskan pelukan. "Dah la kau rehat je. Aku tahu kau penat. Aku balik dulu lah tengah hari nanti aku datang balik." Arahnya kemudian berlalu meninggalkan Daniel keseorangan di bilik vvip itu.
• • • ❈ • • •
Thank you for reading, vote & comment!
YOU ARE READING
NOAH MARDHIA | ON GOING
RomanceKahwin? Tak pernah terfikir sekali pun difikirannya yang dia bakal berkahwin. Dan kini dia sudah sah menjadi seorang isteri. Isteri Isteri Ayat itu berlegar di otaknya. Berkahwin dengan orang yang dia tidak kenal bahkan namanya sekali pun dia send...