KLIA2, MALAYSIA. . .
SUASANA lapangan terbang itu hiruk-piruk dengan pelbagai suara manusia termasuklah suara PA sistem yang sedang melakukan kerjanya mengumumkan tentang pendaratan atau pelayaran kapal terbang.
Sepasang mata bulat yang berada disebalik kaca mata itu sedang meliar mencari sesorang. Seketika pandangannya terhenti terhadap satu sosok tubuh lelaki yang berada dua meter darinya. Lelaki itu membelakanginya jadi dia agak susah untuk mengecam si tuan punya badan.
Kakinya dibawa menuju ke arah lelaki tersebut lalu tangannya perlahan menepuk bahu lelaki itu. Tersentak dengan tepukan tersebut jejaka yang tadinya ralit bermain telefon itu lantas mengalihkan pandangannya ke kiri.
Mereka bertaut pandangan selama lima saat sebelum kedua-duanya berpelukan melepaskan rindu yang sudah lama terpendam.
"Rindunya abang kat adik abang yang sorang ni" sambil berpelukan Afzan mengungkapkan rasa rindunya terhadap si adik. Aura melepaskan pelukan lalu memberikan abangnya senyuman manis.
"Aura pun rindu abang, mama, papa dan dua kembar tu!" Aura menepuk tangannya. Lantas kedua adik-beradik itu beredar meninggalkan lapangan terbang yang sesak dengan ratusan manusia itu.
• • • ❈ • • •
SESAMPAINYA di rumah, Aura terus sahaja keluar daripada perut kereta BMWI8 milik abangnya menuju kepintu utama.
Salam diberi beserta ketukan sebanyak tiga kali lalu langkah dibawa memasuki rumah agam tersebut. Afzan sudah tergeleng-geleng dengan perangai adiknya itu. Tak menyabar langsung!
Nampak sahaja dua tubuh yang dicari itu dengan segera Aura memeluk kedua orang tuanya yang sedang minum petang di gazebo belakang rumah mereka.
"Mama papa. Ya allah Aura rindu!" Bersama linangan air mata kerinduan Aura mengucapkan kata rindunya terhadap kedua heronya.
"Mama dengan papa pun rindu Aura sayang, syukur alhamdulillah kamu dah balik dengan selamat plus membawa ijazah dari luar negara. Mama bangga dengan kamu" Puan Maria meleraikan pelukan sambil tangannya menarik tangan Aura untuk duduk diruang kosong sebelahnya. Afzan yang baru sahaja sampai melabuhkan punggunya berhadapan dengan adiknya.
"Affiq dengan Affiz mana ma?" Soalnya sambil mata meliar memandang sekeliling rumah agam itu. "Diorang masih kat uni. Kejap lagi balik lah tu" terang Puan Maria.
Puan Maria dan Encik Amir berpandangan sesama sendiri sebelum keduanya menjatuhkan pandangan memandang satu-satunya puteri mereka. Puan Maria menganggukan kepalanya tanda menyuruh suaminya memulakan pembicaraan.
Encik Amir menarik nafas dalam lalu dihembus dengan perlahan. Senyuman segaris diberikan buat anaknya. "Aura, memandangkan Aura dah balik dari New York papa dengan mama nak bagitahu yang kawan papa dengan mama dah pinang kamu untuk jadi menantu diorang and papa dengan mama dah terima lamaran tu" jelas Encik Amir dengan intonasi suara yang lembut.
"What?!" Tanpa sedar Aura terjerit dengan kuat hingga menyebabkan Afzan yang baru hendak meminum teh itu terhumban air teh di dalamnya. Nasib bukan cawan yang dihumbannya.
Terhenjut bahu Puan Maria dan Encik Amir mendengar jeritan itu. "Aura manners." tegas Afzan sambil melap tangannya yang basah itu.
"Sorry ma, pa, abang it just Aura terkejut takde angin takde ribut tiba-tiba mama dengan papa accept pinangan kawan mama ngan papa. Aura mana kenal anak diorang ma" dia melabuhkan semula duduknya di sebelah mamanya. Pandangan simpati turut dilontarkan agar sang ibu dan ayah termakan dengan lakonannya.
"No excuse Aura, we already accept it. So nak tak nak Aura kena terima jugak. Aura bercinta lepas kawin je dengan dia okay? Lagipun dia kawan abangkan? Apa kata Aura tanya abang pasal bakal suami Aura tu." Encik Amir mula memujuk.
"Sayang terima jela ye, mama nak sangat Noah jadi menantu mama. Mama janji kali ni, ini permintaan terakhir mama dengan papa." Puan Maria turut sama memujuk Aura agar menerima Noah sebagai bakal suami.
Tidak sanggup mendengar pujukan demi pujukan mama dan papanya akhirnya Aura mengalah. "Yela-yela. Aura terima. Aura naik dulu Assalamu'alaikum" katanya tanpa semangat. Langkahnya terus dibawa naik ke tingkat atas rumah agam tersebut.
Encik Amir dan Puan Maria yang memerhatikan anak mereka beredar hingga hilang dari pandangan itu lantas bersorak riang tanda misi mereka sudah berjaya.
Afzan yang memerhatikan sedari tadi itu sudah menggelengkan kepalanya bersama senyuman senget. Tubuh didirikan lalu dia meminta pamit untuk ke atas.
Bilik Aura ditujuk. Diketuk sebanyak tiga kali. Mendengar sahaja orang di dalam menyuruhnya masuk, dia mula memulas tombol pintu lalu langkah dibawa masuk ke dalam.
"Aura, are you okay?" Soalnya setelah melihat adiknya yang seperti orang tidak bermaya itu.
"Herm.. okay je." balas Aura tanpa nada. Dia berbaring dikatil sambil menghadap siling. Afzan mengambil tempat di sebelah adiknya lalu kepala si adik diusap sayang.
"Adik jangan fikir sangat pasal pinangan tu. Mana tahu dia jodoh adik. Kalau dia ada sakitkan adik abang ni nanti bagitahu abang biar abang belasah dia." Afzan cuba untuk menenangkan adiknya yang tampak risau itu.
"Tapi bang.. abang rasa adik boleh ke terima dia? Adik tak kenal dia bang." wajah Aura sudah bertukar muram tanda ingin menagis. Posisinya juga sudah diubah dari berbaring terus duduk menghadap Afzan.
Air matanya jatuh setitik demi setitik. Dia risau, risau jika dia tidak boleh menjadi isteri yang baik, risau jika lelaki itu bukan orang yang baik-baik, risau jika dia menolak ianya akan mengguris hati kedua orang tuanya. Jadi jalan yang terbaik adalah dengan menerima pinangan tersebut.
Afzan yang melihat mutiara jernih yang mengalir dari tubir mata adiknya itu lantas memeluk si adik yang sudah tersedu-sedan itu.
"Shsh.. shsh.. it's okay, everything is gonna be alright princess, Noah bukan orang jahat cuma dia dingin sikit je. Nanti dah lama-lama adik pasti akan terima dia. In Sha Allah." tangannya mengusap-ngusap belakang adiknya bagi meredakan tangisannya.
Beberapa minit berada dalam keadaan begitu Aura, melepaskan pelukan lalu pandangan sayu dilontarkan terhadap Afzan. Afzan yang faham akan pandangan itu hanya memberikan segaris senyuman
"It's okay..."
• • • ❈ • • •
HARI ini merupakan hari bersejarah dalam hidup seorang Aura Mardhia. Dalam beberapa minit sahaja lagi dia bakal menjadi seorang isteri kepada Tengku Noah Arjuna Bin Tengku Naufal Amin.
Segala rasa bercampur aduk sekarang ini. Sedih, takut, berdebar dan sebagainya. Rasa ingin menagis tapi ditahan agar tidak terlihat dimata orang awam.
"Sah!" Terungkap sahaja kata itu air matanya tidak dapat dibendung lagi. Lantas mengalir setitik dua titik tetapi sedaya upaya dia menahan esakannya.
'Ya Allah jika benar dia jodoh ku, maka kau bukakan lah pintu hatiku untuk menerimanya kerana mu Ya Allah, dan jika dia bukan jodoh ku, maka kau pisahkanlah kami dengan cara yang baik.' doanya di dalam hati. Berharap agar yang maha Esa mendengar doanya itu.
Majlis akad nikah pada pagi itu berjalan dengan lancarnya dengan penuh gembira bagi semua orang tetapi tidak bagi Aura.
• • • ❈ • • •
Thanks for reading,vote & comment!
YOU ARE READING
NOAH MARDHIA | ON GOING
RomanceKahwin? Tak pernah terfikir sekali pun difikirannya yang dia bakal berkahwin. Dan kini dia sudah sah menjadi seorang isteri. Isteri Isteri Ayat itu berlegar di otaknya. Berkahwin dengan orang yang dia tidak kenal bahkan namanya sekali pun dia send...