PERJALANAN yang memakan masa selama 12 jam 13 minit itu akhirnya telah pun berakhir. Noah mengoncang lembut bahu isterinya bagi mengejutkannya.
Setelah mengejutkan isterinya Noah memanyap seketika barang-barangannya. Dalam perjalanan tadi sempat dia menyiapkan beberapa kerja yang tertangguh. Jadi di sana nanti boleh lah dia spend time puas-puas dengan cinta hatinya.
Aura merenggangkan otot sendinya. Terasa lama pulak dia duduk naik kebas punggungnya. Bukan dia tidak mahu tidur di bilik yang sudah tersedia cuma dia berkeras mahu menemani suaminya buat kerja. Last last dia juga yang tertidur.
Dia mendongak memandang Noah yang sudah tercegat di depannya itu. Menanti untuk sama-sama turun dari private jet tersebut. Dia berdiri dan sejurus itu tangannya digenggam kemas oleh Noah.
Mereka berdua berjalan beriringan menuruni private jet milik Noah. Sepanjang perjalanan menuju ke kereta banyak sekali lelaki yang kemas berkot hitam sedang berbaris seakan-akan menyambut kepulangan kerabat diraja.
Aura yang sedikit gementar itu lantas mencengkam halus lengan sasa suaminya. Noah yang perasan akan tidakan gadis tersebut mula memaut pinggang isterinya lalu pandangan tajam turut dihalakan kesemua anak buahnya membuatkan mereka menunduk faham dengan isyarat mata tersebut.
Masuk sahaja ke dalam kereta Noah terus mengarahkan anak buahnya untuk ke hotel. Sesampainya di hotel Aura terpegun melihat kecantikan hasil rekaan hotel tersebut.
Sungguh cantik dan indah sekali. Hotel ini bersebelahan dengan sebuat pantai yang agak terkenal di negara ini iaitu Mondello Beach.
Aura lantas merebahkan tubuhnya di atas katil manakala Noah pula sudah menggeleng melihat telatah isterinya itu. Pantang nampak katil terus saja tidur baru kejap tadi dia tidur.
"Sayang bangun pergi mandi lepas tu kita solat isyak sama-sama." Kejut Noah
"Alah saya penat lah awak. Punggung saya masih terasa kebas tau." Adunya dengan mulut yang tercebik-cebik.
"Takde-takde pergi mandi sana. Ke kau nak aku yang mandi kan kau?"
"Eh apa awak ni kesitu pulak dia." Lantas Aura bangun dari pembaringannya menuju ke tandas apabila melihat Noah yang semakin mendekat itu. Tidak lupa juga pakaiannya turut diambil sebelum masuk tadi.
"Tau takut."
_________________________________
Selesai solat isyak berjemaah Aura mula menyalam tangan suaminya. Yela mestila tangan suami takkan scandel pulak.
Baru sahaja dia ingin berdiri Noah memegang kejap tangannya. Aura menjongket sebelah keningnnya. Ni kes tangan ada glue ke apa ni?
Noah menarik kuat tangan Aura hingga membuatkan dia terduduk semula di depannya. Tangannya laju saja melingkari pinggang isterinya. Menahannya dari pergi.
Aura sudah cuak. Ya allah tolong lah hamba mu ini dari terjerat dengan lembah perzinaan! Pohonnya di dalam hati. Wajah suaminya yang semakin mendekat itu semakin membuatkannya tidak tentu arah.
Noah pula sudah sembunyi senyum melihat wajah takut isterinya itu. Semakin erat dia menggenggam tangan kecil itu. Wajahnya semakin di dekatkan lalu sebuah kucupan singgah di dahi isterinya.
Agak lama dia menciun dahi itu. Menyalurkan rasanya melalui perbuatan tersebut. Noah menjarakkan wajah mereka melihat muka membahang malu isterinya itu.
Semakin kuat dia mentertawakan isterinya di dalam hati. "Baby kenapa muka cuak semacam? Macam aku nak rogol kau pulak." Ujarnya tanpa melepaskan pegangganya pada Aura.
Pak!
Aura menampar bahu suaminya. Mulut tu memang tak boleh cakap yang lebih baik ke apa?
"Awak ni tak senonoh betul lah!" Ujarnya. Cemberut habis wajahnya mendengar kata-kata suaminya itu. Terus terburai tawa Noah. Merah mukanya akibat asyik ketawa.
"Eh lepaslah! Saya nak lipat kain." Pinta Aura masih dengan wajah mencukanya. Noah berhenti dari ketawa namun dia tetap tidak melepaskan peganggan kejap tersebut. Aura sudah menjengilkan matanya. Eh tangan aku dah berpeluh ni dia masih tak nak lepas?!
"Awak nak apa?" Soalnya pasrah. Pasrah dengan Noah yang tidak mahu kalah!
"Nak kiss."
"Eh mengada je dia ni." Aura sudah membahang malu. Dah kenapa laa tiba-tiba minta kiss ni? Cuba lah minta benda lain. Nak coklet ke anak ke, Eh?
"Biarlah mengada dengan kau je." Selamba balasan Noah memandang isterinya.
"Nak kiss." Pintanya sekali lagi. Tapi kali ini suaranya sengaja ditegaskan. Nak gertak sikit. Sudah... tanduknya mula keluar.
"Ish!" Aura mendengus geram sebelum perlahan wajahnya dibawa mendekat ke wajah kacak suaminya itu.
Cup!
Satu kucupan ringkas diberikan di pipi kanan suaminya. Baru sahaja Aura ingin menjarakkan wajahnya satu tangan menarik tengkuknya membuatkannya terdorong dan bibir mereka bersatu.
YOU ARE READING
NOAH MARDHIA | ON GOING
RomanceKahwin? Tak pernah terfikir sekali pun difikirannya yang dia bakal berkahwin. Dan kini dia sudah sah menjadi seorang isteri. Isteri Isteri Ayat itu berlegar di otaknya. Berkahwin dengan orang yang dia tidak kenal bahkan namanya sekali pun dia send...