Bab 37

92 5 0
                                    


PERJALANAN yang mengambil masa selama 2 jam itu akhirnya berakhir. Mereka semua telah selamat sampai ke kampong belah Puan Maria.

Noah keluar daripada kereta setelah Puan Maria lalu segera dia memimpin Aura yang juga hendak keluar daripada kereta tersebut. Sayang isteri.

Affiz juga turut keluar meninggalkan si kembar yang pulas tidur. Masing-masing merenggangkan otot sebelum mengeluarkan segala bag dan luggage.

Puan Maria dan Encik Amir berdiri di hadapan pintu rumah diikuti Affzan, Noah, Aura dan Affiz. "Assalamu'alaikum, ma kitorang balik bawa cucu baru!" Panggil Puan Maria.

"Hah? Cucu baru? Masih bertenaga korang ya!"Balas orang di dalam. Pecah ketawa yang lain manakala Puan Maria sudah merah padam mukanya menahan malu. Emaknya ni pun, mulu tak bertapis!

Kedengaran langkah kaki semakin menghampiri mereka tak lama selepas itu pintu utama pula di buka luas.

Terjegul wajah Grandma Aisyah di muka pintu. "Ha mana cucu barunya? Tak nampak pun kau menggedong anak." Dengan wajah tak bersalahnya Grandma Aisya bertanya.

Makin galak ketawa mereka semua mendengar soalan Grandma Aisyah itu. "Ya Allah mama ni pun, bukan cucu yang tu cucu yang ni ha!" Akibat geram lengan Noah di tarik kuat oleh Puan Maria.

Hampir saja dia terciduk di depan mereka semua tadi. "Ni anak siapa kau angkut ni nak? Aku tak pernah ajar pun kau menculik. Kau makin tua bukannya makin berakal makin hilang akal aku tengok." Lirih suara Grandma Aisyah berbicara.

Tercengang Noah mendengar kata-kata Grandma Aisyah itu. 'Sekarang memang sah lagikan menyahih lah perangai Aura dengan Affiq yang kuat drama tu turun dari Grandma.' Bisik hati Noah.

"Ya Allah! Wahai mak ku yang ku sayang, ini suami Aura cucu menantu mak. Mak, tak sampai setahun pun diorang ni berkawin, mak dah lupa ke?" Semakin geram Puan Maria dengan drama tak laku Grandma Aisyah itu. Sabar je dia.

Puan Aisyah kelihatan berfikir sejenak sebelum wajahnya dibuat-buat terkejut. Tangannya memegang dada. "Oh my gosh! Juna kan! You're Juna right?" Teka Grandma Aisyah. Bagus orang tua ni skiping dia.

"Yes Grandma." Beserta senyuman manis Noah menyalam dan memeluk Grandma Aisyah. "Speak in malay please, i don't undertand english." Grandma Aisyah meleraikan pelukkan lalu membawa diri masuk ke dalam rumah.

"Ha masuk-masuk, buat macam rumah sendiri. Tak payah nak terkejut sangat lah Mariah oi, tengok muka kamu tu pun dah bersyukur aku. Jangan nak berangan aku peluk kamu. You're not the main character!" Terlepas lagi sekali ketawa mereka semua manakala muka Puan Maria sudah masam mencuka.

Namun semua faham, perangani Grandma Aisyah memang macam tu. Tak boleh berpisah dari dramanya. Tapi sekali dia marah kau nak berenang dekat laut api pun tak jadi.

Mereka kemudian membawa segala bag dan luggage mereka masuk ke dalam tanpa sedar mereka telah meninggalkan Affiq yang pulas tidur.

________________________________

Affiq terjaga daripada tidurnya akibat kepanasan. Dia duduk dalam keadaan mamai sebelum merenggangkan otot-ototnya.

Dia memerhatikan sekeliling sebelum dia perasan yang semua orang di dalam kereta sudah tiada.

Jantungnya sudah berdegup kencang. Bermacam-macam fikiran negative muncul diotaknya.

Telefon bimbit di ambil untuk melihat jam. Sudah pukul 4:45 petang! Dah berapa lama dia tidur dalam kereta ni?!

Dia berpindah tempat duduk lalu cuba membuka pintu namun hampa, pintu terkunci. Dengan penuh panic dan mood bangun tidur, Affiq pun berteriak dan menangis sambil cuba untuk membuka pintu.

Selang 15 minit masih terkandas di dalam kereta barulah dia terfikir untuk menelefon kembarnya. "Weh kau tinggalkan aku dalam kereta sorang-sorang!" Jeritnya bersama tangisan.

Affiz bingkas bangun dari duduknya. Santai betul dia tengok tv tadi. Lupa betul dia dengan kembarnya. Bergegas dia mengambil kunci kereta lalu keluar dari rumah menuju si adik.

"Sorry bro my bad." Ujarnya setelah membuka pintu. "My bad, my bad! My bad mood ada lah! Kau diam sebelum aku hantar kau kat zoo negara!" Dengan penuh perasaan, Affiq masuk ke dalam rumah meninggalkan kembarnya yang sudah bantai gelak. Mungkin kerana wajahnya yang sudah lecun dengan air mata tadi.

*

NOAH MARDHIA | ON GOINGWhere stories live. Discover now