"Aryan dah tak ada dekat oversea,Rin.Dah sebulan dia tinggalkan Mama D dekat sana.Dia dah ada dekat Malaysia ni dari sebulan yang lepas,Rin.Tak ada siapa pun tahu."
Suara Mama D kedengaran serba salah..Salah dia juga tak cuba berhubung dengan Airina.Sampaikan dia sudah menua,baru dia berani munculkan diri di hadapan gadis itu.Sungguh dia berdosa.
"Tak apalah Mama D.Rin dah tak mahu ambil peduli lagi kisah hal yang lepas tu.Biarlah semua tu berlalu mama D."
Di mulut memang bolehlah dia berkata begitu.Tapi di dalam siapa yang tahu?Tapi tak mahulah dia membuatkan mama D pula yang merasa bersalah.Lagipun entah apa yang patut dia marahkan.Airina dan Aryan bukannya dua insan yang sedang bercinta pun dulu.Cuma kawan biasa.Lagipun memikirkan umurnya waktu itu,kalau betul pun dia terjatuh hati pada Aryan tetap saja semua itu adalah cinta monyet.
Tetapi entah apa yang menganggu fikirannya berbelasan tahun sampaikan hatinya terkatup rapat hanya kerana orang yang sekadar hadir sebagai cinta monyet semata-mata dalam hidupnya.
Dan mendengarkan apa yang diperkatakan mama D,hatinya semakin mengamuk marahkan Aryan.Kalau selama itu Aryan ada di sini,kenapa tidak sekalipun dia datang menemuinya?Tidak adakah walau sedikit rasa bersalah pun lelaki itu terhadap dia?
"Rin,walaupun itu kata-kata yang keluar dari mulut Rin tapi mama D tahu yang Rin tetap terasa hati bila kami abaikan Rin macam tu saja.Hilang terus tanpa khabar berita.Mama D minta maaf Rin.Dari mama D sendiri dan Aryan."
Mama D mendapatkan tangan Airina.Tangan itu digenggam erat.Dapat Airina rasakan rasa bersalah yang menebal dalam diri wanita itu.Kerana itulah dia tak mampu marah.Bertemu dengan wanita itu pun sudah melembutkan sudut hatinya yang sangat terluka itu memaafkan apatah lagi bila permohonan maaf yang tampak begitu ikhlas itu terucap sendiri dari mulutnya.
"Untuk mama D memang Rin dah maafkan.Tapi untuk Aryan,Rin minta maaf.Rin nak dia datang sendiri jumpa Rin.Kalau tak,Rin akan lupakan dia selamanya mama D.Dia yang pengecut."
Airina bertekad.
***********
ARASY memandang raut wajah mamanya yang sedang termenung jauh.Mamanya sudah begitu sedari tadi,selepas dia menghantar Airina pulang ke rumah.Dia ada terdengar perbualan mereka berdua.Dia sendiri tidak mampu memberi komen apa-apa tentangnya.Dalam cerita ini dia hanyalah orang luar yang tidak tahu apa-apa sama sekali tentang apa yang terjadi antara mereka.
"Mama tak mengantuk lagi ke?Rasy dah kemas bilik tidur mama.Nanti kalau mama rasa tak berkenan dengan aturan bilik tu mama tukar lah ya,nanti Rasy bagi duit.Sebab bilik tu pun memang dah jadi bilik mama dah.Mama tinggal dekat sini tau?Em mama?Aryan macam mana?"
Mendengarkan pertanyaan itu,Mama D tersentak.
"Rasy,kalau mama bawa Yan kesini mesti Rin akan jumpa dia kan?Rin selalu ke datang sini?"
Arasy menggeleng.Tak sangka pula itu yang sedang mamanya fikirkan.Tapi takkan lah dia tak mahu tinggal bersama mama dan Aryan.Berpuluh tahun dia tunggu mereka.Inilah satu-satunya peluang dia punya keluarga yang sempurna.
"Sebenarnya ini rumah baru Rasy.Kalau ibu pula dia duduk rumah lama.Sebab ibu tak mahu pindah.Jadi mama jangan risau,Rin tak akan datang pun rumah ni.Kebanyakan terapi dia buat dekat hospital.Kadang-kadang tu adalah Rasy minta dia datang consult ibu dekat rumah je sebab ibu tak larat nak bergerak.Hari ni pun dia ada sebab majlis ni.Dan Rasy minta maaf sebab mama tak sempat jumpa dengan ibu.Ibu mengamuk nak balik jadi Rasy minta Eddy hantar ibu balik dulu."
Mama D membawa tubuhnya mendekati Arasy.Setiap inci wajah anaknya ditenung lama sebelum dia memeluknya.Anaknya yang seorang ni sudah banyak menanggung derita.Sunyi.Belum sempat tumbuh dewasa sepenuhnya sudah sibuk menggalas tanggungjawab.Dari sudut hatinya dia terasa bangga.Arasy dibesarkan dan dididik tanpa cacat cela sampaikan dia membesar menjadi orang yang baik dan berguna.
Walaupun dia agak marah dengan Ku Fatima kerana merampas anaknya dari dia.Tapi dia masih lagi senang hati kerana sekurang-kurangnya Arasy dibesarkan dengan kesenangan yang mencukupi.Dibandingkan dia yang membesarkan Aryan dengan penuh kesusahan sampai terkadang dia mempersoalkan perihal dia sebagai ibu kepada Aryan.
Dan jika difikirkan kembali,dia mengerti perasaan Ku Fatima.Wanita mana yang sanggup bermadu?Kalau pura-pura suka pun alamatnya makan hati berulam jantunglah dia.Ku Fatima juga mangsa dalam situasi mereka.
"Maaf Rasy,mama lupa yang anak mama ni dah banyak susah seorang diri.Jadi mama tak patut komen apa-apa.Susahkan Rasy saja nanti.Rasy,nanti mama bawa Aryan balik tau?Terima kasih Rasy sebab sudi terima mama dekat sini."
Arasy cuba menahan dirinya dari menangis.Dia anak lelaki,mana mungkin dia tunjukkan kelemahan kepada mamanya yang sudah kuat membesarkan abangnya seorang diri.Apa yang dia lalui tidak setanding apa yang mamanya hadapi.
Sekurang-kurangnya dia hidup senang.
"Mama?Aryan dekat mana?Kalau betul dia dah balik sini lama,kenapa Rasy tak boleh jejak dia?Rasy tahu dia sakit ma."
Arasy terdengar perbualan antara Airina dengan mamanya tadi.Dia dengar yang Aryan dah lama ada di tanah air.
Kalau betul dia agak hairan,kenapa Aryan tak pernah datang jumpa Airina.
"Dia dekat rumah kawan dia.Kawan yang dia jumpa masa di oversea.Bulan lepas habis saja big operation untuk Aryan,dia bagitahu mama dia nak balik Malaysia.Dia nak sangat jumpa Rin,nak bagitahu Rin tentang segalanya yang jadi.Nak bagitahu Rin sebab dia tinggalkan Rin macam tu saja.Waktu tu doktor cakap kemungkinan besar dia memang dah baik.Dia akan sihat macam biasa.Masa tu lah hari yang paling gembira untuk mama Rasy,juga untuk Aryan.Tapi..."
Bicara Mama D terhenti.Bahunya perlahan-lahan melemah.
"Hari yang sama Aryan dah tempah tiket untuk balik ke Malaysia,dia tiba-tiba pengsan.Bila doktor periksa...mereka ingat pembedahan kali ni berjaya untuk selamatkan Aryan dari penyakit dia tapi mereka salah.Ada komplikasi baru pada jantung dia.Pembedahan tu hanya mampu panjangkan jangka hayat hidup dia,tapi sakit dia tetap tak akan sembuh."
Mendengarkan perkara itu Arasy terkedu.Dia tahu abangnya sakit tapi bila dengar dari mulut mamanya sendiri hatinya terasa terhiris.Apa yang boleh dia lakukan untuk abangnya?
"Tapi dia tetap balik Rasy.Cuma dia balik dengan putus asa.Dia balik dengan kecewa.Dia dah berjuang lawan sakit dia bertahun-tahun Rasy.Saat orang lain termasuk Airina dah sampai menara gading untuk kejar cita-cita,dia cuma berkurung dalam wad hospital dengan segala macam ubat masuk dalam badan dia.Segala macam pembedahan,segala macam rawatan.Dia menderita Rasy.Mama rasa itulah sebab dia tak pernah jumpa Airina.Dia tak mampu berdepan Airina dengan keadaan dia Rasy.Kehilangan dia tanpa alasan pun dah cukup untuk lukakan hati gadis tu,inikan untuk dia tahu kebenaran tentang Aryan?"
Arasy mula faham mengapa Aryan tak datang langsung menjenguk Airina.Entahlah,kalau dia ditempat abangnya pun,dia tak akan berani memberitahu orang yang dia sayang tentang benda ni.
"Maafkan Rasy mama.Rasy tak ada untuk mama,untuk Aryan.Esok kita bawa Aryan balik,ma.Rasy akan bawak Aryan balik."
Arasy memeluk mamanya.Air matanya tidak dapat diseka.Dia tak dapat bayangkan betapa sakitnya perasaan Aryan hadap semua ni.
Dia akan bawa Aryan balik.
Dia akan satukan Aryan dan Airina balik.
Itu janji dia.
YOU ARE READING
MR VS MRS
RomanceAryan Airina dan Fahmi Aryan. Bukan kembar bukannya kawan.Dari awal pertemuan lagi mereka lebih selesa berlawan. Nama yang kebetulan sama itu tidak sedikitpun mendekatkan. Tapi sekeras-keras seorang Airina lembut juga akhirnya dengan tindak tanduk s...