Petang yang agak lengang hari ini.Tak adalah lengang sangat istilahnya,memandangkan jarum jam sudah menjangkau pukul 3 petang.Ramai pelajar sudahpun balik.Untuk PT3 dan SPM candidates pun masih lagi boleh balik awal disebabkan jadual kelas tambahan masih dalam proses dan belum beroperasi.
Bila jadual dah keluar nanti,
Sama-sama lah berhuhu.
Jangan berangan nak tengok telenovela!
Airina memandang nota Bahasa Melayu yang terlentang elok di depan matanya.Baru sebentar tadi dia menyudahkan ulangkaji matematik tambahan,sekarang mahu diteruskan pula dengan menghafal nota karangan Bahasa Melayu.Hari peperiksaan bakal tiba dalam masa sehari lagi.Walaupun subjek Bahasa Melayu hanyalah basic saja memandangkan Airina sudah bertahun skor,dia tidak mahu selesa dengan kedudukan begitu.Siapa tahu,silap sikit saja sudah mampu menjatuhkan markah Bahasa Melayu.Jadi tidak salah jika dia mengulangkaji terlebih awal sebelum lusa menyapa diri.
"Bosan sia belajar sorang-sorang.Haih lah nasib."Airina mengeluh panjang.
Baru sebentar tadi dirinya mengulangkaji pelajaran ditemani Syafiqah dan Azleen sebelum keduanya meminta diri untuk pulang awal.Katanya mahu mengulangkaji di rumah saja nanti,ditambah pula rumah mereka jauh.Biarlah mereka balik terlebih dahulu.Rakan-rakan yang lain pun tiba-tiba sibuk saat diajak mengerjakan study group.Apa boleh buat?Mereka juga ada hal sendiri mahu diselesaikan.
"Ehem."Satu deheman kecil kedengaran,menghentikan pergerakan Airina menjawab soalan karangan yang tersedia di hadapannya.
Lantas dia mendongak memandang gerangan yang sedang berdiri di hadapannya.Wajah kosong dan gementar itu dipandangnya dengan kerutan di dahi.
"Kau duduk sorang je ke?"
Airina tiba-tiba mengeluh.Astaga,jelas-jelas dia nampak tak ada orang lain dekat sini selain sekumpulan pss yang ralit menyiapkan kerja di sertakan sekumpulan pelajar tingkatan dua yang sedang sibuk mengulangkaji pelajaran.
"Dua lah,dengan bayang-bayang aku."Airina mempamer wajah toya.Lelaki itu hanya tertawa kecil sebelum tanpa segan silu melabuhkan punggung berhadapan Airina.
"Kau tu tak balik lagi?Aku ingat kau dah balik dengan Irfan."Airina mencapai buku tulisnya dan meneruskan kerja.Malas mahu berlama-lama bertentang mata dengan jejaka di hadapannya itu.
"Aku tadi ada kerja sikit dengan cikgu disiplin.Irfan dah balik dulu.Aku nak balik pun tak boleh.Mama aku tak dapat nak jemput sekarang.Motor,aku tak bawak harini."Fahmi menggumam sendiri.Beg galasnya di alihkan ke kerusi bersebelahan.Zip dibuka bagi mencapai buku dan bekas pensel.
"Kau tak kisah kan kalau aku tumpang belajar dekat sini.Aku niat nak study sini lah tadi.Tak tahu lah pulak kau pun ada sekali.Apa salahnya aku belajar semeja dengan kau kan?"Airina memandang Aryan dengan riak tidak percaya sebelum lambat-lambat kepalanya diangguk.Study berdua dengan Fahmi Aryan?No ke yes?Terasa berat hati ingin menerima tapi diturutkan saja.It just study kan?Lek ah.
"Duduk lah.Er,aku tak kisah."
Airina cuba menfokuskan ke arah pembelajarannya.Sungguh dia takut dengan sebuah perasaan yang bagaikan hadir sehari dua ini.Setiap kali dirinya menatap mata lelaki di hadapan itu,suatu perasaan aneh bertandang.
Ah,persetankan semua tu!
Sudah beberapa minit berlalu.Masa pula sepertinya saja mengkhianati Airina apabila setiap saat terasa begitu lama berlalu.Kertas karangan yang juga sudah bertukar ke kertas fizik.Ya,subjek yang dia sendiri malas mahu cerita tahap malasnya mahu berfikir.
Airina sesekali menjeling lelaki yang sedang tekun menjawab soalan math.Lelaki itu langsung tidak terganggu kerjanya malah begitu fokus sehingga boleh digambarkan kertas math di tangannya mahu saja berlubang di tengah akibat mata yang asyik menikam pada soalan.
"Eh,apa hal tiba-tiba tak boleh jawab ni meh?Macam mana nak buat ni weh?Alahai."
Airina menggumam perlahan,berharap suaranya tidak menyapa telinga yang di sebelah sana.Punggung pen diketuk-ketuknya ke atas buku.Otaknya ligat berfikir bagaimana caranya mahu menyelesaikan masalah soalan KBAT di kertas itu.Berkali-kali dia lakukan jalan penyelesaian,tapi berkali-kali juga dia terpaksa memadam.Habuk pemadam pun sudah banyak bersepah.Mindanya terdetik untuk menggunakan khidmat cikgu tak berbayar di hadapan.Setahunya Fahmi Aryan tidak pernah sekalipun gagal menyelesaikan soalan fizik,bio,kimia dan berbagai lagi seangkatan dengannya.Untunglah kan,otak albert einstein mudah hadam.
Tapi,nak tanya dia?
Aish malulah pulak.
Airina memandang Aryan dengan teragak-agak.Mulutnya bagaikan dihuni batu bata yang berat untuk dibuka.Sesekali kepalanya yang berlapik tudung sekolah putih yang diatasnya terselit jalur merah itu digaru.
Fokus Aryan agak terganggu apabila dirinya terasa diperhatikan sedari tadi serta desas desus Airina yang nampak seperti lipas kepanasan.Dijelingnya sedikit ke arah gerangan di hadapan.Naik seram juga apabila Airina sedari tadi menjelingnya.Melihatkan satu soalan di atas kertas yang kelihatannya sudah berserabut dengan kesan pensel yang kiranya sudah dipadam berkali-kali.Aryan dapat mengagak niat gadis itu.
"Bak sini kertas,aku tunjukkan cara nak selesaikan."
Airina tersentak apabila kertasnya tiba-tiba saja ditarik saat dia sedang terkulat-kulat.Aryan didepannya dipandang dengan bingung.Lelaki itu sudah mula membaca soalan dan tangannya terus mencapai sebatang pensel.
"Lain kali kalau tak faham,jangan ego sangat nak tanya orang.Tak payahlah sombong sangat.Nanti rugi."
Airina melopong mendengar ayat pedas dari Fahmi Aryan.Ambik kau Airina!Tak pasal-pasal kena sound dengan budak genius ni.
"Duduk sini lah,macam mana aku nak ajar kalau kau duduk jauh sebatu dari aku macam ni."
Aryan memandang Airina dengan sebelah keningnya dinaikkan.Airina mengeluh panjang sebelum berpindah tempat mendekati Aryan.
"Ini kau kena.."
Aryan mula menjadi tutor tak berbayar buat Airina.Terkumat-kamit mulutnya menerangkan jalan penyelesaian untuk soalan yang tidak mampu Airina jawab.Bau maskulin dari lelaki itu sesekali menerjah ke hidung Airina.Duduk ni tak adalah dekat sangat.Tapi cukup dekat untuk disapa bauan itu.
Sisi lelaki itu kelihatan mampu mencairkan pepejal menjadi gas terus.Dengan berkemeja putih yang lengannya disinsing hingga ke lengan,terserlah kemacho-an dalam dirinya.Tapi ia tidak sedikit pun mencairkan seorang Airina.
EshtekRinHatiSimen#
Pernah juga dia mendengar nama Fahmi Aryan menjadi pujaan para junior.Sungguh Fahmi Aryan sudah banyak berubah.Dulu dia hanyalah pelajar yang terkenal dalam kalangan rakan sekelas.Itu pun kerana pandai,bukannya rupa.Mungkin dia dah tak nampak nerd sangat?Sekarang,selaku head boy sudah dikenali ramai sehingga satu sekolah menyebut-nyebut namanya.Ya,perubahan hanya sekecil semut tapi membawa sebesar gajah pengaruhnya.
"Airina?Aryan Airina?"
Aryan melambai-lambai tepat di depan wajah Airina.Gadis itu sedari tadi mengelamun?Habis yang duk bagi penerangan panjang berderet ni buat bazir air liur sajalah?
"Woi pendek?!"
"Hah?Apa dia?"Airina tersentak dari lamunan.Wajahnya bingung memandang Aryan.
"Syok betul kau mengelamun kan?Aku punya lah bagi penerangan panjang berjela-jela,ingat nak bagi kau faham."
"Ah,mana ada!Aku dengar lah.Aku just pe..emm penat.Hah,aku penat."Sempat gadis itu berdalih.
Aryan melepaskan keluhan.
"Aku tahu dari tadi kau usha aku.Pandai pulak kau nak kelentong eh?"Airina laju menggeleng.
Masih nak menafikan?
Aryan masih tidak berpuas hati.Mukanya jelas memberi isyarat 'Oh tak nak mengaku'.
Airina menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.Lambat-lambat dia tersengih senget dengan wajah tak bersalah.Biarlah kali ni Aryan yang menang.Dia sendiri yang tak pandai nak menipu.Hmmmmm.
"Then,"
Dahi Airina mula berkerut memandang riak wajah Aryan yang sedang menghmmmm,memikirkan sesuatu.Aryan tiba-tiba memandang Airina dengan senyuman nakal terukir di bibirnya.
"Kau suka aku?"
YOU ARE READING
MR VS MRS
RomanceAryan Airina dan Fahmi Aryan. Bukan kembar bukannya kawan.Dari awal pertemuan lagi mereka lebih selesa berlawan. Nama yang kebetulan sama itu tidak sedikitpun mendekatkan. Tapi sekeras-keras seorang Airina lembut juga akhirnya dengan tindak tanduk s...