BAB 25

1.3K 58 0
                                    

Airina mencapai beg galasnya sebelum melangkah turun dari bilik, menuju ke ruang dapur yang menempatkan Puan Zurina.Seperti pagi kebiasaannya pada hari cuti,dia akan turun awal untuk membantu mamanya menyediakan sarapan walaupun sarapan biasa saja.Cukuplah untuk mereka berdua saja yang makan.

Sempat tubuhnya menggeliat malas.Penat juga semalaman melayan karenah mama serta sesi membuka hadiah.Pulang kelmarin terus dikejutkan dengan kejutan daripada mama pula.Senang sungguh hati Airina walaupun rasa sedikit ralat tanpa papanya yang terpaksa bertugas ke luar negara.Hanya sempat berskype sahaja.

Tapi yang kurang dia senang hati sekarang adalah Fahmi Aryan.Lelaki itu terus pulang setelah menghantarnya kelmarin,tanpa sebarang kata mahupun ucapan.Dipelawa masuk ke dalam rumah juga dia tidak mahu.Memang sikapnya berubah tiba-tiba sejak pulang dari pantai Jerami semalam.Di dalam kereta sepanjang perjalanan pun dia kurang berbicara.Hanya ya dan tidak saja.

Dia ada buat salah ke sampaikan Aryan tiba-tiba berubah sebegitu?

"Selamat pagi mama."

Airina menerpa ke arah Puan Zurina yang sedang duduk di meja makan dan menyapanya dengan senyuman.

Tetapi riak wajah Puan Zurina yang kelihatan sugul membuatkan dahi Airina berkerut.Ada apa yang terjadi pagi ni?

"Rin,mama nak bagitahu yang tadi mama dapat panggilan dari Tokyo.Rin kena kemas pakaian sekarang.Kita kena pergi jumpa papa dekat sana segera.Papa kemalangan sayang."

Mata Airina membulat.Dadanya tiba-tiba berombak.Wajah mamanya yang jelas kegelisahan itu menjelaskan segala-galanya.Baru saja dia melihat papanya di alam maya semalam, tiba-tiba dia dikejutkan dengan berita sebegini.

Tanpa banyak tanya dia segera bergegas ke tingkat atas rumah banglo itu.Beberapa helai baju yang cukup syarat selesa untuk diambil,dilipat dan dimasukkan ke dalam bagasi.Dia tidak sempat berfikir untuk membawa barang yang banyak.Hanya barangan yang benar-benar penting saja dia sempat capai.

"Ya Allah,Engkau lindungilah papa aku."

Sebelum keluar,kedengaran telefon Airina berbunyi menandakan mesej masuk.Sempat dia menjeling sekilas melihat nama Aryan tertera di skrin.Baru saja dia mahu membaca tetapi suara mama yang menyuruhnya cepat turun membantutkan niatnya.Dia cepat-cepat menutup kembali telefon bimbitnya lalu dimasukkan ke dalam beg sandang.Dia terus bergegas turun dari situ.

******

Telefon bimbitnya ditenung lama.Tadi dia ada mengirim pesanan mesej kepada Airina menyatakan niatnya mahu berjumpa Airina petang ini.Sebaik saja pulang dari agenda semalam sakitnya tiba-tiba datang menyerang dan akhirnya menjadi penyebab dia ditahan di hospital pada hari ini.Dia dapat merasakan yang penyakit ini semakin teruk.

Dan hatinya tidak sedap selagi dia tidak memyatakan perkara yang sebenar kepada Airina.Dia diserbu rasa takut yang amat.Macam mana kalau belum sempat Airina dapat tahu,dia yang pergi terlebih dahulu.

"Jangan lupa pesanan saya ni ya Aryan,kamu tak boleh ke mana-mana selagi keputusan pemeriksaan lanjut belum diketahui.Cubalah lari,memang saya ikat kamu dekat katil hospital ni."

Tegas amaran dari Doktor Alvin yang baru muncul.

Bukan dia tidak kenal dengan remaja bernama Fahmi Aryan.Sepanjang dia berkhidmat merawat Aryan,memang pelbagai cabaran yang perlu dia tanggung begitu juga kesabaran

Ya,merawat insan di depannya itu memerlukan tahap sabar yang begitu tinggi.Kalau tidak kes buat kecoh dalam hospital,paling tidak pun berlakunya kes pesakit lari dari hospital.Memang tak lain tak bukan,pesakitnya yang degil dan keras kepala inilah yang selalu menjadi penyebab kekecohan.

MR VS MRSWhere stories live. Discover now