Wang kertas bernilai RM50 ringgit itu diletakkan ke atas kaunter.Cermin mata hitam yang dipakainya itu diturunkan sedikit dan matanya memandang ke arah receptionist wanita yang sudah menggelabah itu.
"Encik,saya tak boleh beri encik pakej suite sebab boss saya dah reserve semua suite untuk hal peribadi.Lagipun,dia tak benarkan sesiapapun ada dekat lobi tu sekarang.Encik tak perlu lah rasuah saya."
Lelaki tegap berjaket jean itu mengeluh panjang.Kocek seluar pendeknya diseluk dan beberapa not RM100 pula dikeluarkan dan diletakkan di atas kaunter.
Kening gadis receptionist itu terangkat.
Masih lagi nak merasuah?
"Cik,silakan cakap saya degil.Rasuah?Cik jangan risau,ini hadiah.Kalau tak cukup tak apa,saya boleh tambah.Yang penting,saya taknak bilik lain."
Lelaki itu tetap berkeras dengan kata-katanya.
"Tapi Encik..."
Baru saja gadis itu mahu menjawab tetapi kata-katanya terlebih dulu dipintas oleh seorang lelaki bertag manager yang datang dari arah belakangnya.
"Ada apa-apa masalah ke?"
Dia bertanya.
"Ya,saya ada masalah dekat sini.Masalahnya,saya nak check-in suite bukannya room biasa.Tapi cik depan saya ni berkeras tak mahu tunaikan permintaan saya.Kesian tulang belakang saya,kempunan nakkan katil bersaiz King."
Dia mengadu.
Tangannya sudah menepuk-nepuk belakang badannya menggambarkan apa yang dia cakap tadi.
Gadis yang berdiri di kaunter itu mula cuak.Sempat dia menarik nafas panjang.Sakit hatinya melayan perangai pelanggan yang keras kepala dan penuh drama ni.
Kalau handsome tak apalah juga.
Ini jambang mengalahkan Amazon.
Agak-agak kutu pun boleh sesat!
"Encik,saya bukan saja-saja taknak reservekan bilik tu untuk dia tapi saya dapat arahan daripada Encik Hazrin supaya tinggalkan lobi tu kosong untuk hari ni."
Laju dia menerangkan kepada pengurusnya.
"Oh,Encik Hazrin.Kalau macam itu awak boleh abaikan permintaan Encik Hazrin dan awak boleh reserve bilik untuk Encik ni.Jangan risau,saya akan bertanggungjawab kalau Encik Hazrin marah nanti."
Mendengarkan kata-kata daripada tuan pengurus itu,gadis receptionist itu agak terkejut.Tapi dia ikutkan saja kerana itu arahan daripada tuan pengurus sendiri.Dan dia sendiri tahu yang tuan manager ni ada hubungan personal dengan Encik Hazrin,anak kepada pemilik Razmin Empire.
Dan jejaka Karen tadi pula?
Sudah mempamer senyum lebar.
"Maaf di atas ketidaksenangan Encik.Oh ya,duit tu encik boleh bayarkan untuk penginapan encik.Tips?Orang tak berikan tips dekat kaunter receptionist.Dan pekerja saya pun tak digalakkan untuk terima tips."
Lelaki itu hanya mengangguk.Dia tersenyum puas.
"Nama encik?"
Soalan itu diajukan sambil jari-jemari menaip pada komputer.
"Fahim Arasy.Tolong boldkan sikit nama tu sebab i'm too special to handle."
Cermin mata Rayban-nya diturunkan sekali lagi dan dia menghadiahkan kenyitan mata paling manis kepada gadis di depannya.
Gadis receptionist terus buat muka toya.
"Kunci biliknya,encik."
Tangannya menyambut huluran kunci itu.Tak banyak soal,dia sudah melangkah pergi dengan beg galas dan bagasinya.Tingkat paling atas ditekan,tingkat 15.Sesekali matanya memandang ke segenap ruang di hadapannya.
YOU ARE READING
MR VS MRS
RomanceAryan Airina dan Fahmi Aryan. Bukan kembar bukannya kawan.Dari awal pertemuan lagi mereka lebih selesa berlawan. Nama yang kebetulan sama itu tidak sedikitpun mendekatkan. Tapi sekeras-keras seorang Airina lembut juga akhirnya dengan tindak tanduk s...