BAB 40

1.4K 63 2
                                    

Kereta yang dipandu Airina meluncur laju di jalan raya.Jam tangan yang sudah menunjukkan angka 7.45 pagi dikerlingnya sekilas.Lagi lima belas minit waktu kerjanya bermula.Entahlah,dalam banyak-banyak hari,hari ini lah hari yang paling buat dia kalut.Mana taknya,semalaman dia siapkan thesis kajian tentang ovarian cancer syndrome. Dahlah wifi dekat rumah breakdown dah dua malam.

Lagi bertambah stresnya!

"Hai doktor Rin.Kalut nampak harini."

Fida,jururawat yang paling rapat dengannya menegur.

Pelik dia tengok doktor Airina harini.Biasanya sebelum pukul 7 setengah pun dia dah sampai tempat kerja.Wajah pun tenang saja seharian.Harini pula muka dah macam sandwich basi.Cemberut saja.

"Macam mana tak kalut Fida oi,terbayang-bayang muka Prof Hilman kalau saya hantar thesis lambat.Mahunya terbang fail nanti."

Benda memang pernah berlaku,bukannya Fida tak tahu.Dia sendiri dah tonton adegan fail terbang kertas terbang termasuklah Airina yang hampir-hampir terbang dari dalam bilik Prof Hilman.Itulah kenangan terindah untuk thesis pertama dia.

"Prof,saya datang nak hantar report."

Perlahan suara Airina setelah pintu diketuk.

Melihat anggukan dari lelaki berusia 50-an itu dia terus melangkah masuk.Berat jugalah langkah kakinya,seberat perasaannya.Ini kali ketiga dia hantar thesis yang sama.Yang sebelum ni habis kena reject sedangkan yang salah cuma tanda baca saja.Punyalah strict nak mati lelaki tu.Nasib baiklah dia masih belajar,kalau tak memang dikokaknya selaku Professor dia tu.

Setelah helaian terakhir di selak,lelaki tua itu tersenyum lama.Airina cuma telan liur.Ini senyum tanda suka ke tanda nak start maki?

"Doktor Airina,kali ni saya sangat kagum dengan hasil kerja awak.Tak sia-sia saya bazirkan air liur saya marah awak kaw-kaw sebelum ni."

Prof Hilman tersenyum puas.
Airina turut senyum lebar.Kalau Prof cakap tak bagus tadi memang dia mengamuk.Macam mana boleh tak bagus sedangkan dia dah bersengkang mata lama semalaman siapkan benda tu dengan penuh keikhlasan.Dan pasal air liur dia tu,kalau dia tak bazir pun tak apa,tak adalah telinga dia berdarah haritu.Kutuk punya kutuk pun dia tetap berterima kasih kepada lelaki tu.Ilmu yang dia bagi tu memang sangat bermanfaat.

"Terima kasih Prof.Untuk thesis akan datang pun Insha-Allah saya cuba kekalkan kualiti kerja saya."

Tubuh Airina menunduk sebagai tanda terima kasihnya kepada Prof Hilman.

"Oh ya,saya ada patient special untuk awak handle."

Prof Hilman tiba-tiba menghulurkan sebuah fail ke tangan Airina.

"Osteosarcoma..stage 4."

Bibirnya perlahan-lahan membaca.

"Bone cancer?Tapi umur pesakit ni agak tak match dengan statistik bone cancer sebelum ni.Melainkan..."

Airina memandang Prof Hilman.

Lelaki itu mengangguk laju.

"It was a miracle.Dia disahkan ada penyakit tu masa umur dia dalam lingkungan 20 tahun.Tapi lepas jalankan beberapa chemotherapy dia berjaya lawan penyakit tu dan kembali dengan kehidupan normal dia.Dan sekarang at her age right now,the disease come back untuk attack dia.Dan paling merungsingkan keluarga dia adalah masalah kemurungan yang teruk yang dia hadapi."

Panjang lebar penerangan daripada Prof Hilman.

Boleh tahan juga pesakit kali ni.Selain jaga dia under oncology department dia kena juga rujuk psychiatrist.Berurusan dengan pesakit yang sakit zahir ni sebenarnya lagi mudah daripada berurusan dengan pesakit yang sakitnya tak nampak dimata kasar.

*******"

EDDY memasukkan segala kelengkapan Ku Fatima ke dalam bonet kereta.Harini memang banyak destinasi yang akan mereka tuju.Perancangan Arasy untuk membawa ibunya ke kampung berjumpa dengan Toknya sudah sekian lama dirancang.Cuma kesibukan lelaki itu yang siang malam bekerja membataskan segala-galanya.

"Ed,semua dah siap?"

Arasy yang datang dari arah belakang menyapa.

Lelaki itu sudah segak mengenakan pakaian kasualnya.Cuma hari-hari begini sajalah dia dapat melihat bosnya tu tidak berpakaian formal.Kalau tak hari-hari bertali leher berbaju kemeja.Sejak dia ambil jawatan CEO dekat syarikat dia balik personalitinya mula berubah 360 darjah.Semua orang mula kenal dia sebagai workaholic.

"Dah Tuan.Ku Fatima dah siap?Kalau dah kita boleh gerak sekarang juga."

Arasy mengangguk laju sambil jari-jemarinya mengemaskan butang bajunya.Pandangan matanya beralih ke wanita tua yang sedang berdiri di muka pintu.Dia tersenyum nipis.Melihat riak wajah wanita itu yang sedikit ceria membuatkan dia terasa bersalah.Dah lama betul ibunya tak dibawa keluar jauh dari rumah.Sejak dia terlalu sibuk menguruskan syarikat,waktu dia dan ibunya bersama pun semakin terhad.

Dan ibu kesayangannya tu pula,kalau bukan dengan Arasy dia tak mungkin nak dengan orang lain.Kalaulah ibunya boleh bercakap seperti dulu kan lebih baik.Waktu sebelum kematian papanya yang menjadi punca ibunya kemurungan teruk.

"Aku dah call Prof Hilman,dia kata dia dah dapatkan doktor baru untuk ibu.Jadi sebelum kita gerak ke Sekinchan,aku nak kita singgah hospital dulu untuk check up."

Eddy tak banyak soal.Dia hanya mengangguk dengan arahan yang diberi.Arasy melangkah mendekati ibunya.Tangan tua wanita itu digapai dnan dipaut erat.Ibunya dipimpin ke arah kereta.

"Ibu,harini Rasy bawa ibu keluar okey?Rasy minta maaf sebab dah lama tak luangkan masa dengan ibu.Harini kita luang masa bersama puas-puas okey?"

Lembut nada suara Arasy sambil matanya memandang ke anak mata wanita tua itu.
Sungguh dia rindukan tatapan mata seorang ibu kepadanya.Sejak ibunya mengalami kemurungan,hanya riak wajah kosong yang dia lihat.Mata dan telinga ibunya sentiasa mendengar tetapi ibunya bagaikan patung cendana.Tiada langsung respon yang diberikan.Dia bagaikan hidup dalam dunianya sendiri.

"Jom,Ed."

Arasy mengajak.

Eddy memulakan pemanduannya.Sekali sekala matanya mencuri pandang ke tempat duduk belakang.Matanya tertarik untuk melihat komunikasi antara ibu dan anak itu.Sungguh dia kagum dengan bosnya.Walaupun sibuk menguruskan kehidupan sendiri,dia tak pernah lupa akan ibunya yang sakit.Katanya dia dah tak punya sesiapa,hanya ibunya keluarga yang dia ada ketika ini.

"Ed,kau tunggu lah dekat cafe dulu.Aku bawa ibu check up kejap."

Arasy memesan.

Eddy hanya mengangguk memandang ke arah bosnya yang sudah berjalan pergi.Sedang dia melilau melihat ke sekeliling,matanya tertancap pada seorang doktor perempuan yang sedang ralit membuat bayaran di kaunter.Matanya dikecilkan sedikit untuk mengecam gadis itu.

"Ya Prof Hilman."

Mata Eddy akhirnya dapat mengesan gerangan gadis itu.

Itu kan...

"Oh patient yang Prof cakap tu dah sampai?Okey baiklah saya naik sekarang."

Telefon gadis itu dimatikan.Laju gadis itu berlari-lari anak ke arah lif.Eddy hanya menghantar bayangan gadis itu pergi.

"Dia kerja dekat sini rupanya."

Bibirnya menggumam.

Sudah lama dia berhenti mengekori gadis itu.Seingatnya lima tahun lepas gadis itu masih di tahun akhir pengajian.Sekarang tak sangka pula yang dia boleh terserempak balik.Jadi dekat sinilah gadis itu sedang bekerja sekarang.

Mata Eddy memandang ke sekeliling.

Not bad.

Tapi kalau dia kerja dekat sini lebih kerap lah dia akan berjumpa dengan Arasy nanti.Memandangkan Encik Arasy tu baru saja mendaftar sebagai penyumbang dana di hospital itu.

Agak-agaknya Encik Arasy tahu ke tak yang dia kerja dekat sini?

Eddy berdialog sendiri.

MR VS MRSWhere stories live. Discover now