BAB 53

131 14 0
                                    

Hari berganti hari dan masa berganti masa.Tiada seharipun Aryan tidak ada penjaga.Kadang Arasy yang bergiliran dengan mama D menyediakan makan pakainya dirumah.Dia masih mampu mengurus diri sendiri.Tapi sejak akhir-akhir ini dia berasa sangat letih,nafasnya tercungap-cungap dan kakinya sudah membengkak.

Dia teringat akan kata-kata Doktor Alvin suatu ketika dulu.Katanya ubat-ubatan yang dia ambil untuk mengatasi simptom penyakitnya suatu hari akan kurang berfungsi.Yang mereka boleh lakukan adalah menukar ubat yang baru,memasang alat elektronik ke jantungnya di mana dia sudah melakukannya baru-baru ini atau jalan yang paling akhir untuk tahap sepertinya adalah pemindahan jantung.Dan sudah bertahun-tahun dia menunggu giliran penderma jantung tapi sepertinya sudah tiada harapan lagi.

Tubuhnya seperti dimakan sesuatu dari dalam.Dan lama-kelamaan entah apa sahaja yang tinggal untuk diselamatkan.Sejujurnya bukan penyakit ini yang membunuhnya tetapi ubat-ubatan yang bercampur-campur di dalam badannya dan betapa tingginya dos yang sudah ada di dalam badannya selama bertahun-tahun.

"Mama,Rin tak datang harini?"

Soalan itu terpancul dari mulutnya.Selain Mama D dan Arasy, Airina juga tidak pernah lupa datang menjaganya ketika ada kelapangan.

Dan bila Airina datang,rasa sakitnya seperti hilang dari radar.

Tengok muka sahaja seperti sudah sembuh!

Walaupun hakikatnya sembuh itu sudah jadi perkataan mustahil untuk dia.

"Airina bukan kerja pejabat Yan.Dia doktor,bukan Yan seorang sahaja yang sakit dekat dunia ni.Ramai lagi pesakit lain yang perlukan khidmat dia."

Aryan mengeluh panjang.Bukan dia tidak tahu soal perkara itu.Tapi entah kenapa otaknya sudah tidak mahu berfikiran rasional setelah bertemu kembali dengan Airina.

Mahu dipanggil anak kecil pun dia sanggup.

"Assalamuaikum Mama."

Kedengaran sayup-sayup suara Arasy dari depan rumah menghentikan langkah Mama D yang sedari tadi sibuk memotong sayuran sebagai bahan masakan untuk makan malam nanti.Malam ini akan menjadi sejarah di mana dia terbuka hati untuk bertemu dengan bekas madunya,Ku Fatima.

Dan paling utama adalah untuk dia meluangkan masa dengan anak-anak lelakinya.

"Waalaikumusalam Arasy."

Sebaik sahaja mata Mama D tertancap pada Arasy,dahinya berkerut hairan.Setahunya Arasy akan membawa Ku Fatima,tetapi bayang wanita itu tidak langsung kelihatan.Atau mungkin dia berada di dalam kereta sewaktu itu.

"Mana ibu Rasy?Dekat dalam kereta ke?"

Tangan Mama D menyambut salaman Arasy.

"Mama jangan risau, Rasy memang betul-betul akan bawa ibu malam ni.Tapi ibu akan datang dengan Eddy.Sebab tadi Rasy ada kerja sikit jadi tak sempat nak singgah jemput ibu."

Mendengarkan kata-kata itu,hati Mama D terasa lega.Dia sangat teruja dengan malam ini.Juga takut dan berdebar-debar untuk berhadapan dengan Ku Fatima.Berpuluh tahun lamanya akhirnya mereka boleh juga bertemu mata.Walaupun seperti sedia maklum,keadaan Ku Fatima sudah tidak begitu mengizinkan.

"Mama takut tahu tadi.Ingatkan Mama tak boleh jumpa ibu Rasy malam ni.Arasy duduklah dulu.Mama masih sediakan bahan untuk masak.Belum mula masak lagi.Kalau masak awal-awal nanti makanan dah sejuk."

Arasy tersenyum lalu mengangguk.Dia mengambil tempat di samping Aryan.Mereka tak bersalaman,hanya berjabat tangan.Gaya-gaya lelaki sangat.

Mereka mula berborak rancak.Bercerita tentang segala macam perkara yang menjadi persoalan terhadap masing-masing.Malah bercerita tentang kehidupan mereka sebelum ini.

MR VS MRSWhere stories live. Discover now