BAB 37

1.2K 56 3
                                    

Wajah manis yang masih tidak sedarkan diri itu ditenungnya lama.Sebenarnya tidak elok untuk dia berdua-duaan dengan gadis itu didalam bilik hospital tanpa orang lain.Tapi tak tergamak pula dia mahu meninggalkan gadis itu sendiri.Doktor sendiri ada berpesan tadi supaya tak tinggalkan gadis itu sendiri kerana takut dia terkejut dan hilang kawalan.Tengok saja apa yang hampir terjadi kepada dia,boleh jadi dia trauma teruk.

Dan kenalan dia pun sudah dikhabarkan tadi.Pasti dia sudah hampir sampai ke sini.

Melihatkan wajah tenang gadis itu yang tampak seperti lena tidur benar-benar menyenangkan.Bayangkan betapa cemasnya wajah ini seketika tadi.Tahu lah dia nak buat apa dekat anak dato' tu nanti.

"Fam..."

Bibir gadis itu mula menggumam sesuatu yang dia tidak faham.Mungkin gadis itu mengigau.Jangan meracau teruk sudahlah.

"Aryan..."

Nama itu keluar dari bibir mulutnya.Tetapi matanya menangkap situasi lain.Mata gadis itu yang menjadi renungan buatnya.Yang dia pasti,ada titisan jernih yang keluar dari tubir mata gadis itu.

Menangis dalam tidur?

Cepat-cepat tangannya mencapai tisu yang terletak di atas meja sisi katil itu.Pipi yang sudah basah dengan air mata itu dilapnya perlahan-lahan.

Kesian pula dia menengoknya.

Dia cuba meneka bahawa nama yang gadis itu sebut tadilah yang buatkan air matanya menitis.

Entah apa kisahnya.

Dia membetulkan duduk.Beberapa minit yang berjalan,pintu bilik itu ditolak dari luar.Seorang lelaki muncul di sebalik pintu.Diikuti dengan seorang perempuan yang lengkap dengan coat doktor.

"Dia tak apa-apa ke?Apa yang dah jadi sebenarnya?"

Lelaki yang kelihatan cemas itu sudah meluru mendekati gadis yang terbaring lena.

"Kau,Aryan?"

Mulutnya mula bertanya kepada yang lelaki.

Lelaki itu terus menggeleng laju.

"Dia ada sebut nama tu ke?Tak,aku bukan Aryan.Aku Irfan dan ini Naura.Kami kawan baik dia.Kalau boleh,sebetulnya aku nak tahu apa yang dah jadi."

Irfan sudah tidak senang duduk.Melihatkan Airina yang sudah terbaring kaku dengan kesan luka di pipi kanannya.Malah anggota badannya yang lain turut dihiasi lebam-lebam.Dia perlu tahu apa yang dah berlaku dan siapa yang bertanggungjawab ke atas semua ni.

"Kalau macam tu kita tak boleh bincang dekat sini.Tak elok untuk dia.Lagipun panjang ceritanya."

Irfan mengangguk.

"Uya,jagakan Rin sekejap."

Naura hanya mengangguk.Dia memandang Airina yang sedang terbaring lemah di atas katil.

Dia agak terkilan kerana membiarkan Airina seorang diri.Kalau dia selalu berada di samping Airina pasti perkara itu tidak akan terjadi.Tapi kata Irfan tak perlu menundingkan jari kepada sesiapa kecuali Hazrin.Kerana dia yang berniat jahat.

"Aku minta maaf Rin.Mesti kau takut sangat kan masa tu?"

Naura bercakap dengan Airina walaupun dia tahu Airina tidak mendengar.

Sungguh dia tidak sangka Hazrin sanggup berbuat sebegitu terhadap Airina.Dia tahu betapa tergilanya Hazrin dengan Airina tetapi dia tidak menjangka sehingga ke tahap ini.

Ini bukan suka,ini obses!


*******

DIA menguap luas.Pulang dari hospital semalam dia terus saja merebahkan diri ke katil.Lepas niat setinggi gunung mahu tidur sepuasnya setelah sampai ke Malaysia,niatnya terbantut pula kerana insiden kecil itu.Tapi tak mengapalah,kalau bukan dia yang menolong semalam,mahu harapkan siapa lagi?

Kalau dia tidak ikut campur pasti gadis itu sudah menjadi santapan manusia durjana yang hidup bertakhtakan nafsu semata-mata.Malah pasti gadis yang tidak berdosa itu sudah diragut kesuciannya.

Tuala mandinya digapai dan kakinya dengan longlai melangkah ke bilik mandi.Mahu tidak mahu dia perlu juga bangun kerana pagi ini ada mesyuarat penting yang perlu dia hadiri.

Masuk sahaja ke dalam tandas cermin yang sedang memantulkan imej dirinya ditenung lama.Apa yang dia tengok dalam cermin tu,orang utan ke apa?

Patutlah teknik mengayatnya pada receptionist tak berkesan.Tergamak dia flirt dengan perempuan dengan mukanya begitu.Kalau dia mahu ke meeting dengan wajah begitu alamatnya dia memang kena reject lah dengan penaja.Siapalah yang mahu meletakkan kepercayaan kepada CEO muka tak siap?

"Haih Rasy,orang kata ada jambang ni bergaya tapi bila masuk part jambang kau dah sampai tahap jamban ni bukan sekadar gaya manusia yang kau dapat tapi dah gaya binatang berbulu dah gamaknya."

Dia mengomel sendiri sambil jambangnya ditilik berkali-kali.Saat jari jemarinya menyentuh bulu muka itu,terasa seperti pohon berduri.Dah lama betul tak shave ni.

Ini dah bukan gaya Wak Doyok ni tapi Waklu lawa!

Disebabkan jambang dan rambut,hampir berjam-jam lamanya dia bersiap.Akhirnya,hasil akhir yang cukup sempurna.Dia senyum singkat ke arah imej dirinya yang sudah kacak seperti biasa.Sekarang sudah masanya untuk memakai sut setelah sekian lama tak disentuh.

Siap sahaja berdandan bagaikan wanita melayu terakhir version lelaki melayu terakhir dia mula melangkah keluar dari biliknya.Kunci kereta dan kaca mata hitam,benda terpenting yang perlu dia ada.

"Encik Fahim?!"

Baru beberapa langkah dia berjalan,kedengaran suara yang memekik itu membuatkan dia menoleh.Dia tersenyum nipis kearah gerangan yang sudah kaku berdiri itu.

Ini gadis receptionist!

"Encik Fahim Arasy ke ni?Awat segak semacam pula ni?"

Mulut gadis itu ternganga.Tak percaya,mamat hutan Amazon semalam dah berubah jadi mamat hot and spicy.Mata dia memang tak salah,dia perhatikan saja kelibat lelaki itu yang keluar dari suite milik Fahim Arasy.Siapa lagi dia kalau bukan Fahim Arasy?Bentuk tubuhnya memang sama,yang berbeza cuma rupa dan gayanya saja.Oh,tak lupa juga rambut.

"Ha awat,menyesal tak nak terima hadiah saya semalam.Kalau tak dah boleh adjust saya slow-slow."

Keningnya diangkat dengan penuh lagak dan gaya.

Memang tak salah,perangai dia ni memang benar-benar membuktikan yang dia memang Fahim Arasy.

"Ha lah,segak teruk.Tapi saya kena fokus sekarang ni.Saya datang ni jadi messenger bukan sebagai bakal jodoh encik."

Gadis receptionist itu cuba bergurau.Arasy meletus tawa.

"Dato' nak jumpa encik sekarang juga.Untuk bincang apa yang dah terjadi kepada encik dan anak dia."

Arasy mengeluh panjang.Kalau tak diberitahu pun,sudah dapat diagak niat sebenar orang tua itu.Pasti mahu menawarkan sesuatu untuk dia menutup mulut soal apa yang anak kesayangannya itu telah buat.

Tapi sayangnya,orang tua itu sudah salah alamat.

"Cakap dekat dia yang saya tak berminat nak jumpa dia dan saya sibuk.Suruh dia buat appointment dulu ya sebelum jumpa saya.Adios."

Arasy mula melangkah dari situ meninggalkan si pekerja yang sudah terpinga-pinga.Entah bagaimana dia mahu menyusun ayat memberitahu boss nya selepas ini.Salah cakap,makan semburan lah dia pagi ini bukan makan nasi.

MR VS MRSWhere stories live. Discover now