BAB 50

115 15 0
                                    

Jari jemari leka bermain pen yang terletak elok di atas mejanya.Ditekan tekannya tombol ball pen itu berkali-kali.Matanya pula hanya statik memandang laporan kesihatan yang ada di atas meja.Mindanya sudah menerawang entah ke mana.

"Ehemm."

Wanita yang duduk di hadapannya itu berdehem entah kali ke berapa apabila doktor di depannya hanya diam tidak berkutik.Geram dengan sikap itu dia menarik pen yang ada di tangan doktor itu dan mengetuknya ke meja membuatkan doktor itu tersentak.

"Doktor Rin!"

Nada suaranya dikuatkan berharap kali ini kehadirannya disedari oleh orang di hadapannya.

"Eh,Ayla.Bila awak masuk?"

Tersedar yang mindanya sudah menerawang lama ke alam sebalik mata dia terus membetulkan posisi duduk.Melihatkan wajah Ayla yang sudah berkerut di hadapannya membuatkan dia telan liur.Agaknya sudah berapa lama Staff Nurse Ayla itu sudah berada di situ.

Tak professional langsung dia berkerja hari ni!

"Lama tak lama saya ada sebut nama Doktor Rin dua tiga kali jugak la.Doktor tak apa-apa ke ni?Tak pernah-pernah saya tengok doktor mengelamun macam ni,selama ni selagi tak masuk lunch atau waktu balik doktor memang serius betul buat kerja sampai tak sempat saya tengok doktor duduk diam."

Ayla menjongketkan keningnya.Rasa hairan melihat kelakuan gadis itu.Harini memang dia perasan sangat yang Airina banyak mengelamun.Dari waktu gadis itu muncul dengan wajah tak beriak pagi tadi,menegur orang pun tidak.Ditawarkan kopi pun dia menolak.Selalunya doktor yang manis mulut itu walaupun serius berkerja waktu-waktu datang kerja,lunch atau balik tetap juga menegur para perawat di kaunter.

"Maaf Ayla kalau saya ada buat awak menunggu.Saya ada masalah personal sikit tak sangka pula sampai saya hilang fokus harini.Mesti saya dah ganggu perjalanan masa awak."

Perlahan-lahan Ayla menggeleng.Ini sudah waktu dia berehat.Lagi lima belas minit sebelum masuk waktu makan tengahari.Patient pula dah tak ada yang perlu diuruskan.Memandangkan ini wad korporat dia tidaklah sesibuk mana seperti department lain.

"Doktor tengah fikir pasal Encik handsome yang selalu datang appoinment ibu dia tu eh?Dia suka doktor ke?Atau doktor suka dia?"

Lancang Ayla bertanya tapi diselitkan nada mengusik.Walaupun dia tidaklah terlalu rapat dengan Doktor Airina,bukannya mereka tidak biasa bergurau begitu.

Malah dah berkali-kali.

Mendengar soalan cepumas dari mulut Ayla itu membuat mata Airina meluas.Mengikut kriteria yang diberikan Ayla pula dia sudah tahu siapa gerangan yang dimaksudkan itu.Tapi soalan terakhir Ayla tu,mahu saja dia cubit mulut Ayla tu dengan sepit ketam dia.

Ini bukan masalah cinta lah Ayla!

"Jangan nak mengarut Ayla.Hubungan dia dengan saya hanya sebagai doktor dengan waris pesakit saja jadi jangan sebar cerita saya dengan dia bercinta pula ya?Ada apa-apa laporan ke yang saya belum tengok?"

Ayla hanya senyum senget dan mengangguk sambil menghulurkan keputusan MRI di tangannya kepada Airina.

"Ini keputusan MRI untuk Encik Nizam.Kalau tak ada apa-apa saya keluar dulu ya Doktor Rin.Terima kasih."

Airina hanya mengangguk sambil matanya melirik kertas di tangannya.Ayla mula berura-ura bangun untuk pergi dari situ.

"Oh ya Doktor Rin..."

Seru Ayla membuatkan Airina mengangkat muka.

"Saya perlu bagitahu awal-awal yang gossip pasal Doktor Rin dengan Encik Tengku tu dah bebas berterbangan di luar sana.Yang pasti,bukan saya dalang penyebarnya.Bye!"

MR VS MRSWhere stories live. Discover now