BAB 9

2K 102 6
                                    

"Sssstt.."

Jantungnya mulai tidak teratur tatkala matanya menangkap sesuatu bersisik sedang elok berlingkar di sisa dahan kayu,tidak jauh dari kedudukannya.

"Allahuakhbar.."Airina mengucap panjang.Ular senduk yang saiznya sebesar lengan itu masih belum bergerak dari tempatnya.

Berkemungkinan dia masih tidak sedar akan kehadiran mangsa di situ.

Mulut Airina terkumat-kamit berdoa memohon perlindungan dan bantuan dari Allah SWT.Berharap ular itu tidak akan nampak dia.Dan tidak terduga oleh dirinya,ular senduk berbisa itu mula bergerak mendekatinya.Dan saat itu,Airina memejam mata.

"Aku akur dengan kehendakMu ya Allah.Andai kau masih melindungiku,berikanlah aku keselamatan."

Dan tepat pada waktu itu,terdengar bunyi hentakan keras objek.Airina perlahan-lahan membuka mata.Terkejut dia saat ular senduk tadi sudahpun terkulai sedang disebelahnya ada sebatang dahan patah yang besarnya hampir sama dengan ular tersebut.

Airina mendongak ke atas tebing.Dia terkedu melihat insan di depan matanya.Dan tanpa diduga,Airina menghambur tangis.

"Aryan!"

Aryan tanpa banyak berfikir terus terjun dan punggungnya meluncur laju melalui tebing bagi mendapatkan Airina.Tidak dikisahkan lagi soal sesak di dadanya yang masih bersisa. Airina memandang tidak berkedip.Berani dia turun ke sini?Kalau dia yang cedera macam mana?Sesekali Airina mengecilkan mata.Lumpur di sekitar hutan simpan ini bukanlah jinak.Boleh saja langkah lelaki itu terpesong dan luncurannya membawa ke arah lain iaitu cerun yang lebih dalam.

Tidak terduga dek Airina,langkah kaki lelaki itu dengan selamat sudah menjejak tanah.Tiada sedikitpun kesan luka yang kelihatan pada lelaki itu.Hanya lumpur yang tercalit pada seluar lelaki itu.

"Ka—kau,tak apa-apa?"

Aryan menyoal lembut.Matanya bersinar-sinar memandang gadis itu yang sudah berada tepat di depan matanya.Dalam keadaan begini,amarahnya pada Airina petang tadi tidak akan membawa apa-apa kebaikan pada dirinya.Justeru,dia lah orang yang paling serabut saat Airina hilang.

"A—Aryan kenapa kau sorang datang sini."

Airina menatap Aryan dengan pandangan lembut sebelum kepalanya menunduk memandang tanah.

Dahi Aryan berkerut seribu. Melihat keadaan Airina itu mendatangkan kerisauan dalam dirinya

"Airin--eh!"

Aryan terkaku.Mulutnya tidak sempat menyambung bicara apabila tubuhnya sudah didakap erat oleh gadis di hadapannya itu.Sesekali segenap ruang di mukanya terasa panas.Jantungnya sudah naik hantu.Telinganya mulai bertukar ke warna merah.

Hampir-hampir sahaja tindakan refleksnya menolak Airina menjauhinya.

"Aku takut Aryan..aku betul-betul takut..mati..itu yang aku fikir sekejap tadi."Dengan tangisannya yang semakin rancak,Airina sampaikan tidak sedar akan panggilannya pada Aryan yang sudah bertukar lembut.Dan itu pertama kali namanya dipanggil dengan nada begitu.Hati Aryan sedikit sebanyak terusik melihat gadis di hadapannya.Tangannya perlahan-lahan menepuk lembut bahu Airina.Hanya Allah yang tahu betapa rasa berdosa dirinya sekarang kerana dia telah memeluk anak dara orang.

Kalau mamanya tahu, mungkin makan sebat lah nanti.

"Rin,sabar.Kau dah selamat.Aku datang nak selamatkan kau ni."

Tangisan Airina semakin kuat memecah sunyi kawasan hutan itu.

Bayangkan betapa lega dirinya.Nyawanya hampir saja melayang lagi-lagi bila ular itu tiba-tiba muncul mahu mematuknya.Kalau mampu dia menahan bisa ular sekalipun,belum tentu dia dapat diselamatkan dalam kadar segera.Risiko dia mati berseorangan di cerun itu lebih tinggi.Itulah sebabnya dia menangis dan memeluk Aryan tanpa sedar.

MR VS MRSWhere stories live. Discover now