Pandangan tertala kepada gadis di hadapannya.Dia menelan liur memandang wajah yang agak manipulative itu. Dia agak terkejut apabila namanya tiba-tiba dipanggil dan disampaikan untuk berjumpa.Dan setelah dia berdepan dengan gadis itu, permintaan yang dipertanyakan olehnya sangat membingungkan.
"Saya tak faham kenapa awak nak tahu pasal tugas Airina dalam majlis ni.Penting ke untuk awak tahu?Awak tak ada apa-apa niat buruk dekat dia kan?"
Matanya direnung tajam.Dia sangat tidak selesa dengan aura gadis di hadapannya.Wajah bengis itu membuatkan dia menikus.Lagi-lagi di samping gadis itu pula dikelilingi wajah-wajah kaki buli sekolah.
"Boleh tak kalau aku tanya tu kau jawab je?"
Hazel mengeluh panjang.Dia tiba-tiba tersenyum sinis.Tudung yang dipakai oleh gadis di hadapannya ditarik kebelakang dengan kasar.
"Atau kau nak kitorang ni jadi 'kawan baru' kau pula?Kalau kau susah sangat nak jawab apa yang aku tanya tak apa,aku boleh cari orang lain.Tapi kau jangan ingat kau aku lepaskan macam tu saja."
Eliya sekali lagi menelan liur mendengar ugutan itu.Dia sudah lihat berulang kali di hadapan matanya sendiri betapa teruk salah seorang rakan kelasnya dibuli setiap hari.Malah sampai hari ini mereka masih lagi terus membuli.Dan sekarang kenapa tiba-tiba sahaja Hazel mahu mengganti sasaran kepada dirinya.Dia tidak mahu.Malah selama inipun dia sudah berusaha sehabis mungkin untuk tidak ikut campur dengan mereka bagi melindungi diri sendiri.Walaupun dia terpaksa mementingkan diri sendiri.
Membutakan mata dan memekakkan telinga melihat rakan sekelasnya sendiri dibuli.
"Baiklah,Airina ditugaskan untuk sediakan kek masa hari persaraan bonda nanti.Dan dia juga kena uruskan persembahan."
Lambat-lambat Eliya memberi jawapan.Takut-takut dia cuba memandang mata Hazel.
"Saya tak tahu apa niat awak nak tahu sangat pasal ni.Tapi saya minta tolong jangan kacau saya lagi.Saya dah bagitahu apa yang awak nak."
Eliya membetulkan duduknya.Dia melutut sambil tapak tangan kiri dan kanannya dilagakan.Gaya seperti merayu sepenuh perhatian kepada Hazel.
"Baik,aku dengan kawan-kawan aku ni tak akan ganggu kau.Tapi..."
Hazel mendekatkan wajahnya ke telinga Eliya.Dia membisikkan sesuatu kepada gadis itu.
"Kau boleh buat kan apa yang aku suruh?"
Bahu Eliya ditepuknya halus membuatkan bahu gadis itu terhenjut-henjut ketakutan.
"Bo-boleh."
Dengan pantas Eliya mengangguk berkali-kali.Dia sanggup buat apa sahaja yang disuruh Hazel asalkan dia tidak dijadikan mangsa buli seterusnya.
Walaupun hatinya serba salah terhadap Airina.
"Dah kau boleh blah.Ingat eh,perjumpaan kita kali ni tak akan ada siapa yang tahu.Walaupun kita sekelas kau kena tutup mulut tentang benda ni.Atau nama kau,aku heret sekali!"
Hazel memberi amaran keras.Matanya dijegilkan untuk menakut-nakutkan Eliya.Gadis itu hanya mengangguk dan mula beredar dari situ.
"Perempuan lembik!Entah macam manalah dia boleh jadi pengawas sekolah.Tak boleh pertahankan diri langsung."
Fina yang berada di sampingnya turut mencebik mendengar kata-kata Hazel.Dia baru sahaja mengenal gadis itu tempoh hari.Tetapi aura yang dibawa Hazel dan perihal Hazel sebagai anak orang kaya membuatkan dia lebih memilih untuk berkawan dengan perempuan itu.Walaupun dia sendiri naik menyampah dengan perangai Hazel.
Kalau tak kerana Hazel dianggap lombong duitnya,sudah lama Hazel sendiri yang menjadi sasaran buli gengnya.
"Kau yakin ke plan kau ni akan berjaya sakitkan Airina?"
Hazel mendabik dada.
"Ini Hazel.Aku tahu betapa rapatnya bonda pengetua tu dengan Airina.Kalau majlis ni tak berjalan lancar sebab dia? What do you expect?"
Fina perlahan-lahan mengangguk sambil tersenyum.Boleh tahan juga busuk hati si Hazel ni.
*******
Setelah persediaan selama beberapa hari,akhirnya tiba juga hari persaraan Puan Hajah Khairani selaku bonda pengetua di SMK Gamma Jaya.Jam sudah menunjukkan angka 11 tengahari.Memandangkan majlis tidaklah akan mengambil masa begitu lama jadi acara akan dimulakan sehabis waktu rehat di mana-mana para pelajar begitu gembira kerana mereka tidak perlu lagi masuk ke kelas dan belajar untuk waktu PdP seterusnya.
"Ada sesiapa boleh tolong ambilkan kek dari koperasi tak?Aku kena jumpa team persembahan ni nak minta diorang ready apa yang patut."
Airina bertanya sambil tangannya sibuk membantu mengikat reben pada langsir yang digunakan untuk pelamin yang telah disediakan khusus untuk bonda pengetua duduk semasa majlis.
Aryan yang berada tidak jauh darinya tergeleng-geleng melihat Airina.Hari ini sahaja gadis itu terlihat sibuk benar dengan kerjanya.Setakat ini dia belum lagi melihat Airina menjamah makanan.Risau juga pisang berbuah dua kali.
Hari itu saja Airina sudah gastrik teruk sampai pengsan.
"Perempuan ni memang tak reti ambil pengajaran langsung agaknya."
Terkumat-kamit Aryan membebel dalam diam sambil matanya merenung Airina dari kejauhan.
"Saya Rin.Saya boleh tolong ambilkan.Nanti nak letak mana?"
Kedengaran suara seseorang menyahut seruan Airina sebentar tadi.Siapa lagi kalau bukan Eliya yang sedari tadi tidak henti-henti memerhatikan Airina.Menunggu peluang.
"Lepas awak ambil nanti,bawa ke bilik pengawas dekat hujung belakang dewan simpan dekat situ.Sebab nanti kek tu akan muncul dari belakang sana."
Airina memberi arahan.Kek kalini dia pesan khusus dari mamanya,pakar membuat kek terhandal.Keknya agak kecil sahaja supaya senang untuk dia bawa ke sekolah.Lagipun buat apa kek yang tinggi berbelas tingkat.Bonda pengetuanya mahu bersara bukan bersanding.Yang pasti coraknya agak luar biasa dan di atasnya berdiri patung berwajah pengetua.
Kalau pandang dari jauh pun sudah nampak kecantikan kek mamanya.
"Baik Rin."
Tidak banyak soal, Eliya pantas berlalu dari situ dan langkah kakinya dituju ke koperasi.Seperti yang diberitahu Airina,kek itu memang tersimpan di situ.Dan seperti perancangannya,kek yang dibawa Airina untuk kejutan bonda pengetua nanti sudah ada ditangannya.Kakinya melangkah pergi dari situ.Dia sekali lagi mengikut arahan dengan meletakkan kek tersebut di dalam bilik pengawas seperti yang disuruh Airina.
"Kau kena sabotaj kek yang Airina bawa nanti."
Kata-kata Hazel tempoh hari mula terngiang-ngiang di kepalanya.Dia menarik nafas panjang.Matanya memerhati ke sekeliling memastikan tiada seorang pun yang berada disitu sewaktu itu.
Line clear.
"Maafkan aku Rin.Aku terpaksa."
Dia sempat berkata-kata sebelum kek yang terletak elok di atas meja itu ditolaknya jatuh ke bawah.Dengan sekelip mata,segala krim dan patung yang terletak di atasnya sudah penyek dan bersepah di atas lantai.
Seusai itu Eliya cepat-cepat mahu melangkah pergi dari situ sebelum perbuatannya dilihat sesiapa.
Dan akhirnya misi Eliya berjaya dilaksanakan sesuai perjanjiannya dengan Hazel walaupun dia terpaksa mengkhianati amanahnya terhadap Airina.
YOU ARE READING
MR VS MRS
RomanceAryan Airina dan Fahmi Aryan. Bukan kembar bukannya kawan.Dari awal pertemuan lagi mereka lebih selesa berlawan. Nama yang kebetulan sama itu tidak sedikitpun mendekatkan. Tapi sekeras-keras seorang Airina lembut juga akhirnya dengan tindak tanduk s...