BAB 30

1.4K 58 4
                                    

Suasana yang senyap dan dingin antara kedua-dua mereka membuatkan satu sama lain berasa kurang selesa.Selalunya apabila ada Aryan dan adanya Airina,mulut masing-masing tak akan tinggal diam.Ada saja perang yang akan diletuskan.Tapi kali ini berbeza pula.Tak gatal mulut mereka mahu bertekak.

Dan sejujurnya bagai ada jurang yang tercipta diantara mereka.

Tengoklah siapa yang mulakan salah faham ni dulu.Fahmi Aryan!

Airina mendengus halus saat teringatkan perkara itu.Tidak membalas pesanan mesejnya tidak apa-apa.Tapi sampai pindah rumah,pindah sekolah bagai,itu bukan sekadar gurauan.Itu betul-betul sudah buat dia marah.Marah bila orang di hadapannya cuba jadi pendiam dan pemendam.

Cuba lari tanpa kebenaran.

"Rin... "

Aryan menyeru halus.Tak selesa dia dengan Airina yang cuma berdiam diri sejak awal perjalanan tadi lagi.Tujuan dia jumpa Airina adalah untuk meluangkan sisa masa mereka bersama bukannya untuk tengok perempuan tu merajuk semata-mata.Nak-nak lagi dia tertekan dengan semua ni.Bila Airina marah-marah pada dia sebab menghilang tanpa berita,dia cuma boleh terima dan mengaku kesalahan tanpa berpeluang untuk jelaskan kepada Airina tentang hal yang sebenarnya.

Dan lagi sakit,dia terpaksa mengaku itu memang salahnya kerana dia yang membuat keputusan untuk tidak berlaku jujur dengan kata-katanya.

Wajah gadis yang masih berdiam diri di sampingnya itu dipandang.Sangat cemberut.Mengalahkan asam keping!

"Rin,aku taknak lah kau merajuk macam ini.Masa untuk kita luangkan sama-sama hari ni terlalu berharga.Nanti kalau sepanjang hari kau merajuk dengan aku,apa gunanya kita keluar sama-sama?Macam ni lah,kalau kau masih nak kekalkan pH berasid dekat muka kau tu, aku janji aku tak akan hantar kau balik."

Kening Airina terangkat.Dia terus menoleh ke arah lelaki itu yang masih bersahaja memandu.Airina mendengus geram.

"Kau masih nak ajak aku bergurau ke?Tak apa lah tak payah hantar aku balik.Biar papa aku patah reyukkan tulang belulang kau sebab culik anak dara dia."

Mulut Airina semakin memuncung.Kalah muncung serati.

Dia berpeluk tubuh sebelum matanya dilarikan ke luar tingkap.Geram tak habis-habis.

"Aku tak main-main Rin.Bila aku culik kau harini,aku bawa pi Lombok.Kita kahwin dekat sana.Dapat anak nanti baru kita balik sini.Boleh tak?"

Aryan menjeling sekilas ke arah gadis itu.Sudah melopong nampaknya.Berjaya ke dia kali ni?

Saat itu Airina menoleh.Tapak tangannya sudah dibuka lebar dan sejurus itu melayang laju ke arah bahu keding milik Fahmi Aryan.Dia mengaduh sakit.

Nasib baik tak terbabas dia bawa kereta.Bukan tak tahu,tapak tangan Airina nampak saja kecil,tapi pukulan padu dari dia tu setaraf dengan pemain bola tampar peringkat antarabangsa.

"Dah puas kau merapu,Fam?Kita nak pergi mana ni?"

Aryan tersenyum nipis.Reaksi Airina tak ada lah sekelat tadi.Puas hati agaknya dapat pukul badan keding ni.Lega hatinya.Harap-harap rajuk pun sudah reda lah.

Dia tahu Airina bukan susah mahu disejukkan.Rajuknya bukan susah mahu reda.

"Itu kau mana boleh tahu.Rahsia.Yang pasti bukan jalan ni kalau kita nak ke Lombok.Lagipun susah aku nak culik kau.Nanti aku pula yang lebam."

Aryan meneruskan lawaknya yang tidak berpenghujung.

"Sewel!"

*********

MR VS MRSWhere stories live. Discover now