BAB 35

1.3K 61 4
                                    

Setiap barangan yang dibawa dari kampus telah disimpan rapi ke dalam perut bas.Syukur hari ini merupakan hari yang cerah dan program pasti dapat berjalan dengan lancar.Program kali ni turut memberi cabaran kepada peserta memandangkan tarikh diadakan yang sangat tiba-tiba dan mendadak.

Orang sudah nak habis belajar,tinggal beberapa detik saja lagi.Program macam ni sepatutnya diadakan lebih awal macam program-program sebelum ni.

Tapi tetap saja harini merupakan program terakhir untuk kelas mereka sebelum masing-masing bergraduasi.Serasanya setiap orang dalam kelas ni bukan fikir nak jadi doktor saja untuk harini,malah lagi banyak fikir tentang mahu selfie dan cipta memori terakhir sebagai mahasiswa dan mahasiswi sebelum graduasi.Lepasni akan ada yang dah kahwin,kerja sendiri,sambung degree dan sebagainya.

Airina?

Kakinya kalau boleh akan dia angkat ke luar negara kalau ada rezeki.

Tapi dia selaku anak tunggal mama papa ni faham-faham sajalah.

Lebih baik belajar dan mengejar kejayaan yang setinggi langit daripada mengejar memori lama.Dia lebih suka belajar dan sibukkan diri,akhirnya dia tak ada masa lagi nak fikirkan orang yang sudah pergi.

"Baiklah,semua dah ada.Jadi kita boleh bertolak sekarang."

Suara Puan Arini mula kedengaran.

Para peserta program mula berganjak untuk menaiki bas setelah mendapat arahan.Airina mula memimpin Naura.Niat dia sebenarnya mahu menaiki bas terlebih dahulu sebelum Naura.Barulah dia dapat duduk tepi tingkap.Dari awal pertemuan dia dengan Naura lagi dan kali pertama mereka naik bas,Airina sudah pesan awal-awal kepada Naura yang dia ada tabiat suka duduk tepi tingkap setiap kali naik kenderaan.Tapi dia memang kawan baik sejati,dia buat bodoh saja.Orang kata kawan baik tak sah kalau tak bercakar.Dan itulah cara dia.

Sebab itu jugalah Airina fade up.Akhirnya Airina cipta pertarungan ni dengan dia.Pertarungan siapa yang dapat duduk tepi tingkap dulu.Tak matang betul perangai mereka.Tapi ya,dia selalu menang dan harini pun dia tetap menang.Belum sempat pun Airina tarik dia,kaki Naura yang panjang kalah model itu sudah melintas dulu macam tak bersalah.Siap senyum lagi tu.

"Yalah,dah habis sem dah pun.Tak guna aku berkelahi dengan kau nak berebut tempat.Lagipun aku lagi matang dari kau.Aku harus mengalah ya,Uya."

Kata-kata Airina sengaja dilemah-gemalaikan.

Naura menyiku Airina yang sudah mengambil tempat di sisinya.

"Kau dengan aku tak pernah nak matang lah,Rin.Sudah-sudahlah bermimpi.Sampai nanti kau ada cucu pun aku rasa kau tetap juga buat gurauan berhingus dengan aku."

Mendengarkan kata-kata Naura,Airina terus buat muka geli.Sempat juga dia hambur tawa.Tapi ketawa Airina dan Naura terbantut selepas telefon bimbitnya mula bergetar dari dalam poket.

Bibir tersenyum singkat sebelum jarinya meleret butang jawab.

"Hello Pan Pan."

Orang ditalian disapa dengan penuh ceria.

"Hello Ice bear."

Suara garau itu menyapa dengan nada guraunya.

Naura sudah mengerling ke arah Airina.Bibirnya mula bergumam.

MR VS MRSWhere stories live. Discover now