BAB 52

147 13 0
                                    

Arasy melangkah perlahan ke arah wad yang menempatkan abangnya.Ditangannya dibawa dua bungkus nasi dan kuih muih yang dibeli dari kafeteria hospital.Satu dibeli untuk dia makan sendiri dan satu lagi niatnya untuk diberi kepada Airina.

Sejak Aryan jatuh dan tak sedarkan diri semalam,gadis itu tidak pulang-pulang ke rumah.Sempatlah dia melihat Airina kembali ke bilik rehatnya yang terletak di aras yang sama.Itupun hanya untuk mandi dan menukar pakaian.Selebihnya dia hanya kekal di bilik Aryan.Setia menanti abangnya.

Arasy sempat menjenguk ke dalam mengintai Airina.Kakinya perlahan-lahan masuk ke dalam wad kerana dia terlihat gadis itu yang sedang tersengguk menahan kantuknya.Walaupun seminit dua dia melihat Airina pejam mata,itupun sudah membuatkan dirinya berasa lega.Bukan dia tak suruh Airina balik berehat malah dia memaksa lagi.Tapi gadis itu sangat berkeras dan susah sekali untuk dipujuk.

Kepala batu betul si Airina ni!

Dia meletakkan bungkusan plastik berisi nasi bungkus itu ke meja dengan perlahan tetapi usahanya untuk tidak mengejutkan Airina gagal apabila gadis itu tetap tersedar dari lelapnya.

"Maaf,saya kejutkan awak eh?"

Airina menggesel matanya.Dia menoleh ke arah Arasy dan perlahan-lahan bangun dari duduknya di tepi katil yang menempatkan Aryan.

Langkahnya dibawa ke ruang berisi meja kecil dan sofa di mana duduknya Arasy.

"Tak adalah.Saya tak mengantuk sangat pun."

Arasy mengeluh panjang.Masih lagi nak menipu.

"Rin,tak baik tipu.Ni saya bawakan makanan.Nasi kak wok paling terkenal dekat area ni.Rugi sangat lah kalau tak makan."

Arasy membawa keluar bungkusan nasi itu lalu meletakkannya ke dalam pinggan.Dia terus menghulurkan kepada Airina yang sudah duduk di hadapannya.

Tetapi hulurannya tidak bersambut.

"Tak naklah.Saya kenyang lagi.Awak makan la.Lagi satu tu tapau bawa balik dekat Mama D."

Airina menolak.Bagilah nasi apapun.Sudah mulutnya tak berselera.

"Haih,tengok tu tipu lagi.Tak elok Rin amalkan tabiat menipu tu.Nanti berjangkit dekat anak-anak awak.Makanlah,bukan saya tak tahu awak dari semalam lagi tak menjamah makanan.Kalau setakat makan sekeping roti pagi tadi,tak payah cakap kenyang lah Rin."

Arasy tetap memaksa.Ditariknya meja kecil yang ada di situ mendekati Airina.Jauh sangat nanti tak sampai.

Pinggan berisi nasi itu diletakkan di hadapan Airina.Tangannya terus menuang air,diletakkan juga di hadapan gadis itu.

"Rasy,saya tahu awak risau saya tak makan.Tapi entahlah,tengok Aryan macam tu.Saya rasa tak berselera nak makan, lagi-lagi depan dia yang tengah terlantar macam itu."

Arasy menggeleng kepala perlahan.Dia merenung Airina.

Kenapalah gadis itu terlalu degil?

"Rin,doktor dah cakap yang Aryan tak apa-apa.Dia cuma terdedah dengan angin luar tu lama sangat jadi tubuh dia lemah.Dia masih tak bangun tu pun sebab tubuh dia nak berehat."

Airina memandang Aryan dari jauh.Dia mengeluh panjang.Walaupun doktor sudah menjelaskan keadaan lelaki itu,dia tetap saja tak senang duduk.Dia risau keadaan lelaki itu dalam diam semakin memburuk.

"Arasy,memang sekarang doktor cakap dia tak ada apa-apa.Dia stabil.Tapi kita tetap tak boleh nak tepis kenyataan yang penyakit dia dah tak ada ubat.Tetap saja pengakhirannya nanti,Aryan..."

Kata-kata Airina terhenti.Dia agak lancang membicarakan urusan hidup dan mati Aryan.Dia terlalu ikutkan emosi.

"Ya,saya faham apa yang awak cuba sampaikan.Betul,cepat atau lambat Aryan tak akan kekal ada dengan kita.Awak doktor memang dari segi perubatan awak dah dapat agak keadaan dia memang dah tak akan lama.Tapi dari sudut rohaninya tiada yang mustahil dengan kuasa Allah.Kita selaku orang yang sayangkan dia perlu doa banyak-banyak buat pergantungan dari-Nya supaya ada harapan untuk Aryan tetap berada dalam hari-hari kita."

MR VS MRSWhere stories live. Discover now