BAB 23

1.3K 58 0
                                    

Aleen menghilangkan diri sekejap ke parkir kereta yang tidak jauh lalu dia muncul kembali sambil menatang Kek Coklat Indulgence dari Secret Recipe yang selama ini menjadi kek kegemaran Airina.

"Happy birthday to you.Happy birthday to Airina.Happy birthday to you."

Masing-masing yang ada disitu bertepuk tangan usai lagu rasmi hari jadi itu habis dinyanyikan.Airina menoleh ke belakang mencari kelibat seseorang.Kelihatan Aryan yang sudah tersenyum singgung.Ini rupanya plan dia datang pagi-pagi mengajaknya keluar.

Airina terkedu.Hanya Tuhan yang tahu betapa terharunya hati dia tika itu.Jadi hari ini adalah hari jadi dia.Entah kenapa dia sendiri tidak ingat.Teruklah kau ni Rin!

Dan yang paling dia tidak sangka ialah mereka-mereka yang sudi ada bersamanya sewaktu itu.Selain tiga sahabatnya yang sudah dia kenal lama,ada juga kawan-kawan barunya yang sangat baik hati sampai sanggup melakukan kejutan ini untuk dia.Lebih-lebih lagi Fahmi Aryan.

Kebiasaannya ibu bapanya yang akan mengucapkan selamat hari lahir terlebih dahulu.Kali ini pasti disebabkan kejutan ini mereka berpakat dengan Aryan untuk buat-buat lupa.Sampaikan Airina sendiri tidak ingat betul-betul.

"Happy birthday Aryan Airina aka musuh ketat aku.Sorry ganggu kau tidur hari minggu ni tapi aku terpaksa juga sebab nak sambut birthday kau.Dan aku nak ingatkan yang kau tu dah tua.Jadi dah boleh slow-slow berhenti buat perangai budak-budak."

Ucapan Aryan tetap menyentuh hatinya walaupun lebih banyak ke arah menyakitkan hati.

Dia meletus tawa.

"Happy birthday Airina!"

"Selamat hari jadi Rin."

"HBD Rin."

"Hb Rin.Kek tu potong lebih sikit dekat aku."

Masing-masing memberi ucapan sebelum lilin di atas kek ditiup dan dipadamkan.Kek itu dipotong dan dibahagi sama rata kepada semua orang kecuali Malik yang dapat lebih sedikit sesuai permintaannya.Tengokkan orangnya adalah gebu sedikit.

"Lepas makan kek ni kita pergi main boling nak?Nak balik macam awal lagi."

Cadangan Ira disambut baik oleh semua orang.Memandangkan mereka ramai,lebih seronoklah untuk bermain boling.Selama ini apabila Airina berempat sahaja dengan Hani, Aleen dan Ira.Agak kurang hype lah suasananya.

******

AKTIVITI bermain boling selesai dengan kemenangan berpihak kepada pasukan Airina yang terdiri daripada Hani,Aleen,Ira,Hadi dan Amin manakala pasukan yang kalah adalah pasukan Aryan yang terdiri daripada Irfan,Faris dan Malik.

Apabila pasukan majoriti perempuan yang menang memang tersenyum lebar lah Airina.Berjaya membuktikan yang tangan wanita mampu mengangkat bola boling dengan cekap inikan pula mahu menggoncang dunia.

Walaupun yang banyak menyumbang mata adalah Hadi dan Amin.Ah dia tak peduli.Tetap juga pasukan perempuan menang pertempuran!

Habis saja mereka bermain,Faris menawarkan diri untuk belanja aiskrim.Katanya alang-alang dia baru saja mendapat hadiah wang tunai dari Cikgu kerana memperoleh keputusan terbaik dalam peperiksaan awal tahun haritu.Benda dah lama sebenarnya cuma Cikgu saja baru kasi katanya.

"Thankyou doh Faris.Kau nampak handsome luar biasa harini."

Seperti dijangka,Ira mula cucuk jarum.Pandai saja dia mencari peluang.

MR VS MRSWhere stories live. Discover now