BAB 32

1.3K 62 1
                                    

Suasana yang masih riuh rendah di lapangan terbang antarabangsa itu menjadi peneman sunyi buat Airina.Seketika tadi dia melihat Fahmi Aryan pergi.Jauh ke Eropah sana.Kakinya masih kekal disitu.Berat dia mahu melangkah.Dia sudah maklumkan kepada papa yang dia mahu pulang sendiri.Dan dia tidak mahu terus pulang ke rumah dengan keadaan begini.Dia mahu melepak dahulu di mana-mana tempat.Untuk mengubat fikiran.

"Airina... "

Matanya mencelik luas saat ada satu suara yang menyeru namanya dari belakang.Tubuhnya berkalih dan memandang gerangan tersebut.Bibirnya mahu senyum tetapi serta-merta memberat.

"Abang Aizat?"

Keningnya berkerut.Memang lah Aizat sedang bercuti panjang.Tapi macam mana dia boleh tiba-tiba muncul dekat sini.Kenapa dia tak tunggu di rumah saja dan bagitahu dia nak datang?Dalam emosi yang kurang stabil ini,Airina risau juga kalau-kalau Aizat yang ada di dekatnya waktu ini akan terkena tempiasnya.Lagi-lagi suasana dingin antara mereka masih belum suam.Tidak ke dia rasa segan dengan apa yang berlaku antara mereka hari tu?

"Ya,ni abang Aizat.Takkan dah tak kenal."

Tanpa banyak bicara,dia terus mendekati Airina.Punggungnya dilabuhkan di kerusi kosong yang berada di samping gadis itu.

Sebenarnya dia sudah lama berada di situ.Dia datang ke airport sebenarnya mahu menjemput kawan.Sedang matanya melilau memandang orang ramai yang macam semut itu,tak sangka pula dia menemui Airina di celahan orang ramai.Dan hatinya dapat menghidu sesuatu yang sudah berlaku kepada Airina bila adik sepupunya itu tampak seperti mengesat air mata.Dan tak semena-mena dia nampak Airina bercakap dengan seorang budak lelaki.

Dan dia pasti budak lelaki tu bukan kawan biasa-biasa dengan adik sepupunya.Dia kenal Airina macam mana.Bukan gadis itu hati batu tetapi air matanya selalu mahal kalau bukan pasal orang tersayang.Selagi dia tak sayang,selagi itu emosinya tak tersentuh.Itulah Aryan Airina.

"Sebab dia ke Rin tak mahu terima kata-kata abang tempoh hari?Mama Rin bagitahu abang yang Rin ada rapat dengan budak lelaki."

Melihatkan keadaan Airina yang masih kaku di tempatnya membuatkan Aizat membuka mulut.Dia cuba mengorek rahsia diantara Airina dan budak lelaki itu.Dia cuba fikir positif,tapi tak boleh.Budak lelaki tu nampak terlalu luar biasa untuk jadi orang biasa.

"Abang boleh tak kalau tak ungkit benda ni sekarang?!Patutnya abang faham keadaan Rin.Tapi abang lagi serabutkan kepala Rin."

Wajah Airina segera berubah.

Merah padam dan jelas mengetap bibir.Tanpa sempat Aizat buka mulut,dia sudah berjalan laju meninggalkan tempat itu.Meninggalkan Aizat yang terpinga-pinga sendiri.Fikir Aizat,sikap Airina tadi lagi menguatkan sangkaannya terhadap budak lelaki tadi.Kalau tak kerana budak tu,mesti Airina tak emosi macam ni.Malah tak mungkin melenting sampai begitu sekali.

Dia segera bangun dan mengejar langkah Airina.Mungkin salah dia juga kerana terlalu beremosi pada orang yang sedang emosi.Kalau macam ni boleh jadi Airina benci terus kepada dia.

Lengan gadis itu ditarik laju.

"Rin!"

Airina menoleh.Wajah Aizat dipandang.Marah?Sakit hati?Berkecamuk jiwanya.

"Abang hantarkan Rin balik?Atau Rin nak pergi ke mana-mana?Biar abang temankan.Yang pasti abang tak nak Rin sendiri.Kalau ada apa-apa,Rin kongsi dengan abang.Selama ni pun Rin selalu share masalah dengan abang.Jadi,biar abang ada di sisi Rin untuk hari ni?"

Sedaya-upaya Aizat memujuk.Berharap yang dia mampu sejukkan hati Airina.Melihatkan reaksi gadis itu yang hanya diam dengan wajah cemberut, lagilah dia tak senang duduk.

MR VS MRSWhere stories live. Discover now