Puan Darlia memandang sayu ke arah anak lelakinya yang sedang ralit menopang dagu sambil matanya membuang pandang ke luar jendela.Hatinya begitu sebak tatkala terkenang akan nasib yang menimpa anak terunanya yang satu itu.Matanya mulai berpasir.Bayangkan,dari kecil Aryan menderita dengan penyakit.Aryan sememangnya bukan kanak-kanak normal seperti yang lain sejak dari sekolah rendah lagi.
Pada tahun pertama Aryan menjejakkan kaki ke sekolah rendah.Dia seringkali mengadu sesak nafas dan dadanya terasa sakit.Dan pada malam itu juga dia pengsan tidak sedarkan diri.Alhamdulillah dia mampu diselamatkan setelah tindakan pantas membawanya ke hospital.Tapi apa yang menjadi khabar duka buat keluarga itu ialah,Fahmi Aryan disahkan menghidap kegagalan jantung.Betapa luluh hati Puan Darlia sebagai seorang ibu mengenangkan anak lelakinya yang masih kecil sudah diuji sebegitu rupa.Dia sendiri tidak kuat berdepan keadaan dikala anaknya itu menangis dan mengadu akan sakitnya.Dan berkali-kali anaknya terpaksa dimasukkan ke hospital.Beberapa tahun lalu, Aryan pernah membuat pembedahan injap jantung.Tapi setelah bertahun penyakit itu kurang aktif,tidak dia sangka penyakit itu kembali lagi menghantui hidup anaknya.Sudahlah pembedahan yang dilakukan dahulu sudah terlalu menyakitkan untuk Aryan.
"Mama?Mama nangis ke?"Teguran Aryan menyedarkan Puan Darlia dari menungnya.Pantas tangannya menyeka air mata yang hampir saja terembes.Satu senyuman diukir pada bibirnya.Anak lelakinya didekati.
"Tak sayang.Mama tak nangis.Mama kan kuat.Sebab itu lah mama selalu nasihatkan yan supaya jadi kuat macam mama.Yan tak apa-apa?"
Puan Darlia melabuhkan punggung di birai katil,di sebelah anak lelaki kesayangannya.Aryan memandang Puan Darlia dengan perasaan bersalah.Hatinya tercalit sedikit rasa kecewa.Kecewa dirinya telah menghapuskan senyuman bahagia di bibir seorang ibu yang sangat dia sayangi.
"Mama,yan minta maaf.Disebabkan anak mama yang sakit ni,mama tak mampu senyum.Maafkan yan,sebab anak mama ni,tak mampu berikan kebahagian buat mama.Yan—"
Baru saja separuh kata-katanya keluar dari bibir,dadanya yang kian terasa sebak memutuskan percakapannya sendiri.Tak semena matanya mula berpasir.
"Yan..Yan tak mampu janji untuk bahagiakan mama.Yang mampu Yan buat hanyalah,susahkan mama,buat mama sedih.Yan takut ma..takut yang Yan tak akan sempat bahagiakan Mama seperti apa yang telah dijanjikan.Yan sakit ma..nyawa Yan mampu dicabut bila-bila masa.Doktor pun ada cakap penghidap penyakit ni biasanya tak mampu bertahan sampai 20 tahun pun."
Aryan menunduk memandang lantai.Sesekali dia tertanya.Salahkah dia mahu menjalani kehidupan seperti insan lain.Salahkah dirinya mahu hidup seperti biasa?Tapi dia akur.Bukan dia seorang yang mengalami ujian sebegini,malah ada orang lain yang lebih menderita dari dirinya.Segalanya telah tertulis di Luth Mahfuz.Tiada siapa yang mampu menolak Qada' dan Qadar Allah SWT.
Puan Darlia tidak mampu lagi menahan air matanya dari mengalir.Dibiarkan titisan mutiara jernih itu jatuh berjuraian ke pipi.Lalu anaknya itu dipeluk erat.Sungguh dia sayangkan anak itu.Anak yang telah dia kandung selama 9 bulan 10 hari,dan telah dia besarkan dengan penuh kasih sayang dan ditatang dengan minyak yang penuh.Sanggupkah dia menerima takdir seandainya anugerah itu ditarik semula oleh Tuhan Yang Maha Esa?Tidak mampu dia bayangkan separuh hidupnya dibawa pergi.
"Yan,Mama..sayang kan anak mama.Setiap malam mama berdoa agar nyawa mama dicabut terlebih dahulu sebelum anak mama.Mama tak sanggup yan..tak sanggup mama bayangkan separuh hidup mama diambil secepat ini.Macam mana mama nak hidup tanpa anak mama?!Yan tahu kan?Mama cuma ada Yan seorang dalam hidup mama!"
Puan Darlia tidak mampu lagi menahan rasa hatinya yang sudah terpendam terlalu lama.Raungannya begitu menyentakkan hati Aryan.Pelukan mereka dieratkan.
"Mama,pandang Yan..."
YOU ARE READING
MR VS MRS
RomanceAryan Airina dan Fahmi Aryan. Bukan kembar bukannya kawan.Dari awal pertemuan lagi mereka lebih selesa berlawan. Nama yang kebetulan sama itu tidak sedikitpun mendekatkan. Tapi sekeras-keras seorang Airina lembut juga akhirnya dengan tindak tanduk s...