BAB 14

1.7K 88 2
                                    

Airina mula mengemas barang-barangnya yang sudah bersepah di atas meja terus ke dalam beg galasnya.Dan sebentar lagi,tamatlah waktu sekolah dan para pelajar sudah boleh beransur pulang.Tapi sayangnya,niat ingin pulang dan berehat di rumah telah terbantut apabila rakan-rakannya tiba-tiba saja mengajaknya menyertai study group.Mentang-mentang periksa dalam seminggu lebih lagi,masing-masing mula lah kalut nak belajar.Selama ini,banyak main dari belajar.Dah nak ambil SPM,tapi bila lah budak-budak ni nak sedar.Haih.

Tepat jam 2 petang,waktu sekolah telah pun tamat dan para pelajar sudah mula berdiri untuk pulang.Aina dan Aleen pula sudah tercongok di hadapan meja Airina.Angin apa yang hasut Aina kali ini?Teruja lain macam dengan sengihannya.Entahlah.

"Kita buat dekat Pondok Maharajalela nak?Dekat sikit dengan pagar sekolah.Habis belajar nanti dah boleh pecut balik rumah."Hani memberi cadangan.Mereka sempat berfikir-fikir sebelum mengangguk tanda setuju.Usai itu mereka mula bertolak menuju ke Pondok Maharajalela yang terletak di sebelah kantin sekolah,berdekatan pintu pagar utama SMK Gamma Jaya.

Yang menyertai study group tidak lah begitu ramai.Hanya ada Airina,Hani,Aina,Aleen berserta Ira.

"Kau serius ke nak study dekat sini?"Tanya Aleen secara tiba-tiba menghentikan langkah mereka semua.Dahi mereka mula berkerut,serentak.Lantas mata mereka semua terarah ke bahagian pondok yang jaraknya hanya beberapa langkah sahaja dari mereka.

"Kalau kita study dengan diorang?Okey juga kan?"Syafiqah yang entah dari mana datang mencadang sambil keningnya dinaikkan.Hani dan Aina saling berpandangan sebelum pandangan mereka berkalih pula pada Airina.Gadis itu hanya kelihatan tenang tanpa sebarang bantahan.

"Apa dia?"Airina menyoal bingung,pelik apabila dia menjadi tumpuan.

"Kau tak kisah ke nak duduk dekat sana?Kau tahu,sana ada Fahmi Aryan."Mendengar pertanyaan dari mulut Aleen mendatangkan tawa buat Airina.Depa tak tau lagi ka aku dah malas nak bermusuh dengan Fahmi Aryan?

"Apa hal aku nak kisah atau tak.Dia manusia jugak kan?Bukannya harimau.Dah jom lah."

Laju saja Airina melangkah meninggalkan rakan-rakannya di belakang.Mereka masing-masing hanya membontoti saja langkah Airina.Mereka sebenarnya tidak mengerti apa-apa yang dimaksudkan oleh kata-kata rakan mereka,malah tak tahu menahu soal Fahmi Aryan.

Hani hanya beriak tenang sahaja sedangkan Aleen dan juga Aina sudah memandang satu sama lain dengan riak tak percaya.Lambat-lambat mereka menguntumkan senyum.Jadi,musuh tradisi sudah mula mengalah dengan ego masing-masing.Malah sudah mula serasi hah.Satu perkembangan yang baik.Mungkin kerana tempoh persekolahan mereka sudah tidak lama jadi mereka ambil keputusan untuk berbaik.Dan mungkin juga kerana Aryan sudah mendapat kemaafan dari Airina setelah menjadi knight in shining armor buat Airina di kem tempoh hari.

Mereka malas mahu berfikir panjang lantas mula mengejar langkah sahabat-sahabat di hadapan.

"Assalamualaikum."

Amin and the geng diikuti Aryan dan Irfan yang turut ada sama di situ tersentak dengan teguran tiba-tiba dari seseorang.Semua mata sudah memandang gadis di hadapan yang sedang tersenyum mesra.Aryan masih beriak tenang sebelum riaknya berubah ketika matanya tertancap pada seorang lagi gadis yang berada di bahagian belakang gadis yang memberi salam.

"Waalaikumusalam,eh ini Syafiqah?Budak akaun tu eh?Hah classmate kita pun ada.Dan wah,tak salah aku minah yang malu-malu kucing nyorok dekat belakang tu Airina,kan kan?"

Amin mengecilkan mata ke arah Airina.Airina mula menayang penumbuk.Sejak bila pula aku malu-malu kucing?Aku segan sikit saja duh.

"Ya,kami ingat nak buat study group dekat sini.Tapi alih-alih korang takhluk tempat ni dulu.Kalau tak keberatan,kitorang nak join korang saja lah.Nak buat dekat tempat lain,ramai pula junior."

MR VS MRSWhere stories live. Discover now