Airina memandang ke sisi kanannya.Aryan masih fokus terhadap pemanduannya.Sedikit pun tidak berkalih matanya dari memandang jalan raya.Masih terngiang-ngiang apa yang berlaku sebentar tadi.Mesti fikiran Hani masih terganggu.Mungkin dia berasa bersalah atas keterlanjuran katanya.
"Lain kali jangan tuduh melulu.Kita tak tahu apa masalah orang.Tak pasal-pasal kita lukakan perasaan orang.Nak cakap apa-apa pakai mata,pakai otak dulu.Boleh kan."
Aryan tiba-tiba bersuara.
Airina menoleh ke arahnya.Memang lah,memang menikam ke jantung dia punya ayat.Haih.
"Aku tahu Fam,memang salah kitorang.Tapi kau jangan lah pedas sangat.Hani tak sengaja tersalah sangka sebab mata dia tengok benda yang tak jelas.Dia tahu lah yang dia salah.Aku pun sama."
Airina mengeluh panjang.
Tangan disilangkan ke dada.Pandangan dilemparkan ke luar tingkap.Tipu lah kalau dia tidak terasa sekali dengan apa yang Aryan cakap tadi.Dia tahu Aryan bukan maksudkan Hani seorang.Dia yang ada di tempat kejadian,mestilah diapun terpalit sama.Tapi entahlah,rasa sebak hati tisunya melihat Aryan tiba-tiba marah.
"Airina.."
Meleret suara Aryan menegur setelah melihat wajah Airina yang sudah berubah.Mungkin baru tersedar yang dia telah mengguris perasaan dengan kata-katanya.Tetapi niatnya hanya mahu memberi nasihat saja.
"Aku bukannya nak cakap kau jahat.Hani pun.Aku cuma nasihatkan kau.Tak payah lah nak memuncung sangat.Jom,teman aku ambil angin."
Niat Aryan mahu saja dia menghantar Airina pulang ke rumah segera.Tetapi waktu masih banyak tersisa.Lagipun dia sudah berjanji menghantar Airina sebelum malam tetapi sekarang jarum jam baru menginjak angka 4 petang.Walaupun dia sebenarnya tidak boleh berlama di luar kerana kesihatannya kurang membaik tika itu.
Tapi tidak mengapalah,ini saja masa yang ada untuk dia meluangkan masa bersama Airina.Peluang keemasan sebegini bukan datang bergolek banyak kali.Lagi-lagi takut juga bila-bila masa nyawanya bakal dicabut.
Kan tak sempat merasa dating dengan Aryan Airina.
"Kenapa pula?Aku nak balik lah.Nak rehat.Penat dah meronda satu mall tadi.Lagipun tak nak lah aku keluar berdua dengan kau.Tak teringin!"
Airina semakin tarik muka.Dia berpeluk tubuh seperti anak kecil yang sedang protes.
"Kau ke aku yang bawa kereta ni?Dan satu lagi,kereta ni aku punya ke kau?"
Sarkastik Aryan bertanya.
Airina menghadiahkan jelingan.Sakit hati sungguh dia dengan Aryan.Sudahlah hatinya masih terkesan dengan kata-kata Aryan sebentar tadi,sekarang sempat pula lelaki itu mengungkit.Tadinya semasa dia beria mengajak tiada pula alasan sebegitu rupa.
"Ya kau yang pandu.Pandu-pandu jugak,lesen ada ke bang?Kan tak pasal-pasal terjumpa abang sedara yang bawak motor liplap-liplap tu."
Airina senyum sinis.
Kalau kena saman pun biarlah.Yang disaman pun duit pakcik ni bukan duit mama papa dia.Kahkah.
"Apalah sangat setakat motosikal liplap-liplap dia tu.Ini Fam lah.Drifter tersohor area ni.Kalau kena kejar dengan diorang apa salahnya aku drift.Bawak awek dekat sebelah lagilah feel Dom Toretto."
Airina mendengus geram.Ada saja jawapan tak semenggah Aryan.
"Kau nak bawa aku ke mana?Tak elok culik anak dara orang."
"Ke hati aku."
Sekali lagi Aryan menduga Airina.Gadis itu sudah berubah riak.Entah naik liang romanya mendengar pickupline Aryan yang entah apa-apa.
YOU ARE READING
MR VS MRS
RomanceAryan Airina dan Fahmi Aryan. Bukan kembar bukannya kawan.Dari awal pertemuan lagi mereka lebih selesa berlawan. Nama yang kebetulan sama itu tidak sedikitpun mendekatkan. Tapi sekeras-keras seorang Airina lembut juga akhirnya dengan tindak tanduk s...