BAB 41

2.1K 60 10
                                    

Kaki berlari laju menuju ke bilik Prof Hilman.Tadi niatnya ingin turun sekejap membeli makanan sementara dia tidak ada patient untuk di-consult.Ingatkan sempat lah menghilang sekejap.

Tetapi Prof Hilman terlebih dahulu menelefonnya untuk mengisi slot masanya yang terluang itu.

Pintu bilik Prof Hilman diketuk perlahan.Tombol pintu dipulas.Terjegul wajahnya di muka pintu dengan senyuman nipis dipamerkan.

"Maaf saya lambat sikit."

Dia memberi alasan.

Matanya tertancap pula pada perempuan sebaya dengan mamanya yang sedang duduk di hadapan Prof Hilman.Melihatkan gaya wanita itu,dia bukan calang-calang orang sama seperti yang diperkatakan oleh Prof Hilman.Kalau tak silap suaminya merupakan orang kaya berstatus tengku yang banyak menyumbang dana kepada hospital itu.

Matanya beralih pula ke arah lelaki segak yang sedang duduk di samping wanita itu.Boleh tahan lah auranya tu.Memang nampak aura tengku tu bila ditilik cara pemakaian dan personalitinya.

"Doktor Airina,saya perkenalkan Encik Fahim Arasy.Ibu dia,Ku Fatima adalah client baru awak seperti yang awak sedia maklum."

Airina pamer senyum.Tapi mindanya mula menerawang.Fahim Arasy?Kenapa nama dia agak familiar didengar ya?

"Encik Rasy,ini Doktor Aryan Airina.Dia akan jadi doktor kepada ibu awak menggantikan Doktor Hanif.Encik cakap yang Encik nak doktor terbaik untuk rawat Ku Fatima.Jadi saya rasa dia paling layak sebab saya nampak kebolehan dia."

Prof Hilman menambah.

"Oh hai Encik Fahim Arasy.Saya Doktor Rin dari Oncology department.Saya harap Tuan boleh letakkan kepercayaan kepada saya untuk rawat Ku Fatima.Saya janji akan cuba sedaya upaya saya untuk bantu dia."

Arasy masih tegak berdiri.Dia sedikit terkedu melihat doktor muda itu.Matanya memang tak salah.Wajah dan suara tu.

Tapi takkan lah dia tak ingat Arasy yang dah selamatkan dia?!

Arasy sedikit kecewa.

"Rasy,panggil saya Rasy."

Airina senyum nipis.

"Baiklah Tuan Rasy.Oh ya boleh saya tahu macam mana keadaan ibu awak?"

Arasy mengangguk.Dia melepaskan keluhan.

"Ibu saya dah bertahan dengan kanser dia selama berpuluh tahun.Saya rasa itu doktor dah tahu.Yang merunsingkan saya ialah dia menghidap Dysthymia,a persistent deppresive disorder.Benda ni dah hidup dalam diri dia selama sepuluh tahun.Dia pernah bergaduh besar dengan suami dia pada malam sebelum lelaki tu meninggal dunia.Dan sampai sekarang penyebab depresi yang dia alami tu kekal misteri."

Arasy bercerita.Yang dia pasti sebab semua ni berlaku adalah berkait rapat dengan kisah silam ibu dan ayahnya.Setakat apa yang dia tahu,mungkin Ku Fatima tak mahu terima kenyataan yang dia bukanlah anak yang Ku Fatima kandungkan sendiri.Dan yang dia tahu ibu kandung dan abang dia masih ada di mana-mana.

Macam mana dia tahu?

Dia pernah kaji tentang osteosarcoma yang dihidap oleh ibunya tu.Kalau diikutkan rekod chemotherapy yang ibu dia buat bermula dari umurnya awal 20 tahun tu,tak mungkin ibunya boleh mengandung seperti perempuan normal kecuali another miracle yang berlaku.Kesan sampingan yang muncul daripada proses chemotherapy itu sendiri paling ringan adalah rahim dia tak cukup kuat untuk mengandung.

Dan sebab itulah dia berjaya buktikan yang dia bukan anak kandung ibu selain gambar-gambar yang pernah dia jumpa dalam album lama yang tersorok dalam almari arwah papanya.Gambar seorang perempuan lebih muda dari ibu dengan seorang budak lelaki yang wajahnya saling tak tumpah dengan dirinya.

MR VS MRSWhere stories live. Discover now