Kaki melangkah keluar dari balai ketibaan.Betapa leganya hati ketika ini tidak tergambar dengan kata-kata.Hampir dua minggu Airina berada di Osaka bagaikan menyeksa jiwa dan raganya.Dengan cuaca yang agak asing dengan tubuhnya.Dengan makanan yang banyak mentah,sangat tidak boleh diterima oleh tekak melayunya.
Sudahlah siang dia kurang bersemangat,malam pula tidur tak dapat.Kerana apa?Tak lain tak bukan kerana Fahmi Aryan.Di Osaka pun langsung tiada sebarang khabar berita dari Aryan.Yang paling dia tak suka melihat tanda anak panah berganda yang masih tidak berwarna cukup membuktikan yang pesanan WhatsAppnya langsung tidak dibaca oleh Aryan.Cuba menelefon atas talian antarabangsa sekalipun tidak langsung bersambut.Tapi kenapa?Adakah dia ada berbuat apa-apa kesalahan?
Sudah lah dalam tempoh ini juga hati Airina tidak sedap semacam.Entah kenapa mindanya sering berfikir negatif dan rasa berdebar-debar dengan tiba-tiba.Kalau mahu dikatakan dia risau dengan keadaannya papanya,papa baik-baik saja.Sudah sihat seperti biasa setelah dijaga sebaik mungkin oleh isteri dan anak selama dua minggu ini.
Dan sampai saja di Malaysia,Airina berniat akan terus singgah ke rumah Aryan.Kalau dengan cara menghubungi masih gagal,lebih baik dia bertemu sendiri dengan lelaki itu bertanyakan keadaan.Sungguh dirinya sudah tak mampu bertangguh lagi.Entah kenapa fikiran beria-ria mahu bertemu Aryan.
"Mama dengan Papa bawa balik dulu beg Rin tau.Rin nak ke rumah Aryan dulu.Urgent."
Encik Yasir dan Puan Zurina mengiyakan saja.Puan Zurina pun memang sudah mengerti apa yang sedang berlaku kepada anak gadisnya saat ini.Airina menghantar kepulangan mama dan papanya dengan pandangan.Dia mendapatkan Grab.Tempat yang dituju diberitahu kepada pemandu Grab tersebut.Dan ya,dia terus dibawa ke rumah Aryan berdasarkan alamat yang diberi.
"Dik,betul ke adik nak datang sini?Buat apa dekat rumah banglo ni?Adik ni macam muda lagi,takkan adik nak beli rumah?"
Tak semena-mena abang Grab itu bertanya setelah not beberapa ringgit dihulurkan kepadanya.Airina tersenyum sebagai tanda terima kasih.Tetapi dia agak pelik dengan pertanyaan itu.
"Sini rumah kawan saya bang.Saya nak jumpa dia lah ni.Kenapa abang tanya macam tu?"
Sudah terbayang wajah Mama D di benak.Begitu juga wajah Aryan.Merangkap orang yang paling dirindukan.
Eh dia tengah mengaku ke dia rindu Aryan?!
"Sebab tu abang tanya,sini kan ada sebuah saja rumah.Ni lah rumahnya.Tapi rumah ni untuk dijual.Betul ke kawan adik tinggal sini?"
Pemandu Grab itu menundingkan jarinya ke arah bahagian depan rumah.Seperti yang dia katakan memang terdapat papan tanda ' for sale' terpacak betul-betul di hadapan pagar rumah.
Airina terpinga-pinga.
Takkan lah dia dah termasuk alam sebalik mata.Memang di sinilah rumah Aryan yang pernah dia kunjungi suatu ketika dulu bersama mamanya.Tapi kenapa rumah ini tiba-tiba dijual?Diorang dah pindah ke?
Kenapa dia tidak tahu?
Airina kehairanan.Dia tidak tahu harus berbuat apa.Tiba-tiba dia terasa sedih.Sudahlah Aryan tidak dapat dihubungi.Rumahnya pula sudah dijual.Ke mana lelaki itu menghilangkan diri tanpa sebarang khabar berita?
"Saya tak salah baca ke bang?Rumah tu dia jual?"
Dia bertanya lagi kepada abang Grab bagai masih tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.
"Iya lah dik.Takkan lah saja-saja dia nak gantung buat hiasan dekat situ pula.Adik ni betul ke rumahnya.Ke salah alamat?"
Suatu keluhan panjang dilepaskan.Airina pasrah.Pulang nanti dia akan cuba menghubungi Irfan dan kawan-kawan lelakinya yang lain sekiranya mereka tahu keberadaan Aryan.
"Jadi dik nak naik balik tak ni?Abang belum accept orang lain lagi ni."
Soalan abang Grab itu dibalas anggukan.
"Nak bang.Hantarkan saya ke rumah,dekat Taman Melati"
Airina senyum singkat sebelum masuk kembali ke dalam kereta.Akhirnya dia terpaksa pulang dengan perasaan hampanya tidak dapat bertemu Aryan setelah sekian lama dia ke Jepun.
********
MALAM itu Airina melabuhkan punggung di birai katil setelah menunaikan solat fardu Isyak.Telefon bimbitnya dicapai dan dia mencari nama seseorang di dalam contact list. Nama yang tertera Irfan berjaya dia cari lalu nombor itu ditekan.
Setelah beberapa detik,panggilannya berjawab.
"Hello Irfan.Aku ni, Rin.Aku nak tanya yang Aryan ada dengan kau ke?Atau kau tahu tak rumah baru dia?Aku chat dengan call dia tak balas-balas lah."
Laju Airina bertanya tetapi dia sudah meneka jawapan Irfan setelah dia mendengar keluhan di hujung talian.
"Tak adalah Rin.Aku sendiri pun kena palau dek dia.Dah berminggu dia hilangkan diri.Batang hidung langsung tak nampak dekat mana-mana.Cikgu cakap dia ambil mc seminggu tapi dia tak boleh bagitahu sebab apa.Sampaikan orang buat spekulasi dia pergi honeymoon dengan kau.Yalah sama-sama cuti panjang."
Mata Airina membulat.Makhluk manalah yang pandai-pandai buat spekulasi bukan-bukan.Benak ubi sungguh!
Dapat dia bayangkan muka mengamuk Hani sewaktu dia mendengar spekulasi tu.Dia sudahlah memang anti sungguh apabila Airina dikaitkan secara romantik dengan Aryan.Tak merestui katanya.
"Entahlah Rin,pergi bertapa dalam gua agaknya mamat tu.Dengan tiba-tiba pindah rumah bagai."
Kedengaran Irfan turut mendengus geram di hujung talian.Melihatkan Irfan yang sahabat baik Aryan sendiri tidak tahu sama sekali keberadaan lelaki itu,memang dia pasti ada sesuatu yang telah berlaku.
Dan sampai tidak menghadirkan diri ke sekolah dalam tempoh seminggu.Pasti ada alasan yang kukuh seperti Airina sendiri yang terpaksa ke Jepun.
"Kau tak tahu ke nak cari dia dekat mana-mana?Rumah saudara mara dia ke?"
Irfan turut berkata tidak.Menafikan.
"Yang aku tahu dia dengan Mama D sebatang kara dekat sini.Mama D memang anak yatim piatu dan membesar pun dekat rumah anak-anak yatim.Saudara mara belah ayah dia aku tak pasti.Tapi setahu aku ayah dia sendiri pun dia tak kenal inikan saudara belah sana."
Airina hanya mengiyakan.Dia tidak mahu bertanya lebih-lebih tentang perihal keluarga Aryan.Kalau tidak keluar dari mulut Aryan sendiri dia terasa seperti mengumpat pula nanti.Dan mungkin perkara ini tidak begitu senang untuk diceritakan Aryan kepada sesiapa kecuali Irfan yang paling rapat dengannya.Dia patut hormat.
Setelah meminta diri,talian yang bersambung segera dimatikan.Airina termenung lagi.Kali ini dia sudah buntu harus mencari Aryan di mana.Walaupun hatinya tidak sedap memikirkan sekiranya Aryan sedang berdepan apa-apa masalah.Aryan pernah menolongnya bukan sekali malah berkali-kali.Kalau ada peluang untuk dia membalas haruslah dia ambil.
Tetapi kalau Aryan sendiri seperti tidak mahu dicari oleh sesiapa termasuklah Irfan sendiri yang sudah mengenalnya dari sekian lama.Memang dia tidak mampu berbuat apa-apa.Hanya perlu menunggu suatu hari nanti untuk Aryan memunculkan diri semula.
Paling tidak pun sewaktu cuti sekolah Tetapi ada sedikit rasa terkilan di benaknya.
Kalau dia membalas pesanan mesej Aryan hari itu?
Mungkinkah Aryan akan memberitahunya apa-apa.Ke mana lelaki itu akan pergi dan kenapa dia mahu menghilangkan diri dengan tiba-tiba.Aryan mahu berjumpa?
Adakah Aryan mahu bercerita tentang masalahnya kepada Airina.
"Maaf Fam,aku tak ada untuk kau."
Gadis itu mengeluh panjang.
YOU ARE READING
MR VS MRS
RomanceAryan Airina dan Fahmi Aryan. Bukan kembar bukannya kawan.Dari awal pertemuan lagi mereka lebih selesa berlawan. Nama yang kebetulan sama itu tidak sedikitpun mendekatkan. Tapi sekeras-keras seorang Airina lembut juga akhirnya dengan tindak tanduk s...