Aryan menghirup secangkir kopi panas yang terhidang di hadapannya sambil menikmati pemandangan serta dibelai angin bayu yang sepoi-sepoi bahasa.Sesekali dia teringat akan Arasy.Sudah lebih setahun adiknya itu kembali ke pangkuan Illahi.Dan sampai kini,jujur dia katakan rindu itu tetap tidak pudar dari lubuk hatinya.
Lagi-lagi rindunya sentiasa ada kerana setiap degupan jantung tatkala dia terus bernyawa mengingatkan dia kepada Arasy.Jantung Arasy yang ada dengannya setiap waktu membuatkan Arasy terasa sangat dekat dengan insan itu.
Sungguh mereka sangat terkejut dengan kepergian Arasy.Tetapi kepergian itulah yang membawa hikmah yang terlalu besar buat Aryan di mana dia dapat terus menjalani kehidupan malah dia dapat hidup normal seperti yang dia sangat mahukan sebelum ini.
"Fam,kau tak apa-apa?"
Pandangan tertala pada Airina yang sudah menoleh ke arahnya walhal sedari tadi gadis itu begitu ralit tersenyum menikmati pemandangan lautan yang luas nan indah di kepulauan Bali itu.
Ya,mereka berada di Bali saat ini.
Kebetulan dia harus menyelesaikan sedikit masalah di sana jadi dia bawalah Puan Darlia dan Airina bersama.
"Kenapa tiba-tiba tanya macam tu?"
Airina senyum senget.
"Saja rasa nak tanya."
Aryan sudah dapat meneka apa maksud di sebalik pertanyaan Airina itu.Pasti dia melihat Aryan termenung tadinya.
Dan pasti Airina menyangka dia sedang mengingat Arasy.Walaupun kenyataannya memang betul pun.
"Aku tak apa-apa.Aku tengok pemandangan yang tersergam indah ni je aku jadi emosi sikit.Jadi terfikirkan arwah Arasy, itu je.Kalau dia masih ada,aku nak cakap dekat dia yang aku bangga dengan kejayaan dia.Dia memang luar biasa,mampu bina hotel yang gah dekat kepulauan besar macam ni.Tapi aku redha.Allah punya perancangan yang lebih baik."
Airina hanya mengangguk kerana dia turut merasakan perkara yang sama.Kalau Arasy ada di depannya,dia pun mahu berkata hal yang sama.
Betapa dia bangga dengan Arasy kerana berjaya mencipta kejayaan sebesar itu.Arasy memang manusia yang luar biasa.
Dan Arasy juga adalah penyelamatnya suatu ketika dulu.
"Jangan risau,Allah akan temukan kau balik dengan dia dekat sana nanti.Jadi kau kena stop lah buat dosa dengan aku.Baru kau dapat masuk syurga.Ini tak,kerja menyakitkan hati aku je."
Aryan terus mencebik.Tak boleh berdrama sedikit.Ada saja yang Airina mencari modal untuk bercakar dengannya.Umur masing-masing sudah taraf mak bapa orang,hanya perangai saja yang masih belum berubah.
"Apa kau ingat aku saja nak sakitkan hati kau?Kang kalau aku buat baik, sweet-sweet sikit kau kata gelilah apalah."
Aryan turut menambah.
"Ish yalah-yalah.Aku malas nak gaduh dekat tempat cantik macam ni.Apa-apapun,terima kasih Encik Aryan sebab bawa aku ke tempat yang cantik sangat ni.Kalaulah Mama D tak selsema dia mesti suka tengok pemandangan laut ni."
Ya,Puan Darlia baru saja berjalan di Bali selama sehari tetapi dia sudah dijangkiti selsema.Mungkin tidak biasa dengan cuaca di tepi laut.Jadi dia mengambil keputusan untuk berehat sahaja di hotel.Keluar dengan keadaannya begitu bukan seronok pun.Silap-silap dia akan menyusahkan orang lain pula.
"Sama-sama,Mbak Airina.Terima kasih ya kerana sudi menginap di hotel kami.Mbak bisa melakukan penilaian terhadap hotel kami dari skala 1 hingga 5 di aplikasi TravelGo."
Aryan meniru gaya percakapan receptionist yang Airina jumpa semalam.Sangat persis!
Sampaikan Airina mahu tergelak.
YOU ARE READING
MR VS MRS
RomanceAryan Airina dan Fahmi Aryan. Bukan kembar bukannya kawan.Dari awal pertemuan lagi mereka lebih selesa berlawan. Nama yang kebetulan sama itu tidak sedikitpun mendekatkan. Tapi sekeras-keras seorang Airina lembut juga akhirnya dengan tindak tanduk s...