BAB 17

1.5K 64 3
                                    

"Weh,ada budak baru masuk lah.Kelas sebelah."

"Cun weh.Tapi sombong nak mampus!"

Airina menenyeh-nenyeh telinganya yang berselindung di sebalik tudung.Sedari tadi telinganya menangkap gossip yang sedang dibualkan oleh pelajar kelas 5S1 itu.Bukan sengaja dia mahu mendengar,tetapi dek kerana suara orang-orang di sini setaraf dengan speaker jadi secara tidak sengaja dia turut mendengar perkara yang menjadi bualan ramai itu.

"Apalah yang dia orang ni kecoh sangat.Setiap kali ada budak baru saja membingit.Kalau budak baru tu lisa blackpink tak apalah juga.Ini entah-entah lisa blackhead je."

Airina mengomel sendiri sedang tangannya membelek helaian nota bahasa melayu.Sebentar lagi peperiksaan bahasa melayu bakal bermula.Kategori pelajar rajin sudah berteleku dengan buku.Tinggal pelajar yang bertawakal dengan result saja sedang rancak berborak dan beriadah.Hotak kau beriadah,calon spm zaman kini memang pelik-pelik belaka!

Sedang ralit Airina menghadap buku,bukunya dirampas laju.Pantas matanya berkalih memandang gerangan yang sudah terpacak di hadapannya dengan senyuman senget,sesenget tuannya.Airina mendengus kasar.

"Bak balik lah buku tu.Aku nak study."

Airina cuba mencapai bukunya tetapi dek kerana tubuhnya kurang inci,dia terdorong dan nyaris tersungkur.

"Ceh,pendek gila kau"

Airina diserbu rasa geram lebih-lebih lagi apabila perkataan pendek itu disebut.Sudah lah dia anti dengan perkataan itu.Gerangan yang mengusik sudah mula menahan tawa.Sudah dia tahu kelemahan pihak lawannya.

"Bagi balik lah tak guna!"

"Wui tak dapat tangkap.Bila lah kau ni nak besar.Macam budak-budak.Kau tak cuba amal supplement ke Rin.Ubat tinggi ke?"

Aryan cuba mencabar nampaknya.Airina semakin geram.Tangannya sudah menggenggam penumbuk.

"Bagi buku aku tu balik Fahmi Aryan!"

Bergegar kelas itu dengan suara Airina beserta aksi berlari-larian di dalam kelas.Yang memerhati pula ada yang bersorak,ada juga yang tidak menghiraukan adegan itu.Sudah biasa benar dengan aksi dan ragam kedua makhluk itu.Gaduh-gaduh manja.Kahwin baru tahu!

Yang tak boleh blah,dalam kelas diorang lah yang paling bising dan nakal macam toyol.Tapi bila mood ketua pelajar dia mai,lupa terus dengan perangai buruk sendiri.

Sudah berbaik pun apa ada hal.Rutin sakit menyakitkan hati itu tetap tidak selesai.

Aryan berlari sehingga ke luar kelas.Mereka berdua sudah kelihatan seperti anak-anak tadika yang sedang berebut mainan.Untung saja cikgu masih belum masuk.Tanpa sedar Aryan berlari laju tanpa memerhati orang di hadapannya lalu dia secara tidak sengaja berlanggar dengan seorang perempuan tinggi lampai,berkulit putih melepak.Airina ternganga.

Cantiknyaaaaaa.

"Eh sorry."

"Tak apa-apa.Lain kali jalan elok-elok.Eh jap,you ni Fahmi Aryan right?Headboy?."

Gadis itu mula tersenyum lebar sejurus bangun.Bajunya ditepuk-tepuk bagi menghilangkan habuk.Secarik senyuman manis terukir di bibirnya.

Sesakit sakitnya jatuh terjelepok ke lantai pun sudah tak terasa apabila menjamah keindahan wajah lelaki di hadapannya.

"Yaa,aku headboy.Kenapa?"

"I am Hazel.You nak tak jadi boyfriend i?I banyak dengar kawan-kawan bercerita pasal you.Tapi I tak sangka you actually memang hot."

Gadis bernama Hazel itu menghulurkan tangannya.

Rahang jatuh.Terbuntang luas mata Airina mendengar kata-kata yang keluar dari mulut gadis itu.Serius ah?Minah ni dah gila ke apa?Buta ke dia kata Aryan ni hot?Walaupun dia memang hot tapi sikit je!

MR VS MRSWhere stories live. Discover now