BAB 13

1.5K 82 2
                                    

Keesokan harinya, Aryan mula ke sekolah seperti biasa walaupun keadaannya tidaklah membaik tetapi tubuhnya sudah sedikit bertenaga setelah rawatan. Dan hari ini,ada perkara mustahak yang Aryan perlu lakukan.

Ya,dia mahu berterus terang kepada Airina tentang keadaannya memandangkan gadis itu ada bersamanya semasa dia pengsan dan sepanjang dia dirawat.Serasanya tidak adil untuk dia merahsiakan perkara ini jikalau benar mereka sudah mula berkawan.

Mata Aryan tertancap pada Airina yang sedang duduk tidak jauh darinya.Kaki dihayun ke arah gadis itu.Airina yang sedang ralit memandang ikan yang seronok berenang-renang di dalam kejernihan kolam itu sama sekali tidak menyedari kehadiran Aryan.Sesekali tangan gadis itu dicelupkan ke dalam air.Sudah lagak seperti Ariel dalam 'The Little Mermaid'.Feeling-feeling under the sea begitu.

"Ehemm."

Airina pantas menoleh sebelum dirinya terkejut melihat kehadiran Aryan di situ.

"Macam mana kau--?"Airina terus menjeling ke arah rakan-rakannya yang duduk tidak jauh dari mereka.Mesti dia orang yang bagitahu ni.Sah!

"Eh tak payah lah marahkan dia orang.Aku yang tanya,jadi dia orang jawab saja lah.Lagipun,aku ada benda penting nak bagitahu kau ni."Aryan cuba menenangkan Airina yang kelihatannya mahu mengamuk itu.Airina mengeluh panjang sebelum matanya dikalih memandang Aryan.

"Boleh saja kan kalau kau tunggu aku dalam kelas.Kita sekelas,bila-bila masa kau boleh beritahu aku jadi kenapa sampai nak kejar aku sampai ke sini?"Airina menyoal dengan wajah geram.Bukan marah akan Aryan sebenarnya.Tapi marah dengan rakan-rakannya yang membongkarkan tempat lepak dia.Tempat kegemaran pula itu.Lepasni mesti waktu lepaknya tidak akan setenang seperti biasa lagi.Itu rahsia sulit duh.

"Apa aku nak cakap ni tak sesuai sebenarnya untuk dibicarakan depan orang ramai.Sebab tu lah aku nak bincang depan-depan kau,asal kau seorang yang dengar."Aryan bersungguh-sungguh menyatakan hasratnya.

"Kalau Yan tipu Rin,Yan rasa dia mampu maafkan bila dia dapat tahu kebenaran?Kalau dia marah dan terus tak mahu berkawan dengan Yan macam mana?Yan akan lebih menderita tanpa dia nanti."

Masih terngiang-ngiang kata-kata mama tempoh hari.

Ya,aku akan beritahu perkara sebenar.Tekad Fahmi Aryan.

"Airina,aku sebenarnya.."

"Sebenarnya?"

Mata Airina mula bersinar-sinar.Kalau tadi dia kurang berminat,sekarang minatnya sudah berkobar-kobar ingin tahu.

"Sebenarnya.."

"Ya?"

"Sebenarnya aku.."

"Apa dia?"

"Aku sebenarnya.."

"Sebenarnya-sebenarnya,kau boleh cakap cepat tak?Aku tumbuk kau satgi."Airina mula hilang sabar.

Nak cakap pun payah.Gagap-gagap.Tampar terteleng kang,tak pasal-pasal jadi sengau.

"Ak--"

"Rin!Rin!Jom jom!Aku baru teringat yang lepas ni subjek Fizik dengan Cikgu Kamal.Kau tahu kan dia pantang kalau lewat masuk kelas.Aku tak sanggup kena marah sambil nak kena hadap misai tebal tak bercukur setahun dia tu weh."

Hani menarik lengan Airina.Tanpa berpeluang membuka mulut,Hani terus menarik Airina pergi.Aryan tersenyum hambar.Tak dapat juga nak bagitahu dia sekarang.Tak apalah.Aryan turut berlari mengejar langkah gadis-gadis itu.Dia juga seriau mendengar nama cikgu Kamal.

***

"Hani, sebenarnya masa aku hilang tu apa yang berlaku?Maksud aku macam mana orang tahu aku hilang?"Hani menoleh memandang gadis di sisinya.Cikgu pula baru sahaja keluar.Subjek seterusnya ialah yang terakhir iaitu subjek Bahasa Inggeris.Subjek paling santai untuk mereka.

"Oh masa tu aku memang tengah tunggu kau.Aku dengar Aryan pun tercari-cari kau masa tu.Masa kumpulan kau sampai tu gelap jadi tak nampak apa-apa,aku ingatkan kau ada sebab itu kumpulan terakhir. Tapi bila kem komandan bagitahu yang ada salah seorang hilang aku memang tak sedap hatilah.Bila tengok-tengok memang betul kau orang yang hilang tu.Hampir gugur jantung aku kau tahu?"

Hani rancak bercerita sambil mindanya kembali ke malam kejadian Airina hilang.Berdebar betul jantungnya sewaktu itu. Macam-macam persoalan datang dalam kepala.Orang kata kalut.

Yalah,Airina ni kawan baik dia dari zaman tadika lagi.Bila perkara buruk berlaku kepada Airina,memang memberi impak yang besarlah kepada dia.

"Lepastu,apa yang jadi?Oh ya,aku masih pelik tentang kenapa Aryan seorang diri masa datang tolong aku.Bukan sepatutnya jurulatih patut ikut sekali."

Airina bertanya.

"Itulah dia, sepatutnya Aryan tak boleh pergi seorang sebab bahaya.Tapi entahlah, aku pun tak faham apa yang ada dalam kepala dia masa tu.Bila aku minta tolong dia selamatkan kau tu, dia nampak risau sangat-sangat.Tak sempat cakap apa-apa dia terus lari masuk ke hutan seorang diri.Kem komandan dah cuba halang pun dia tak peduli langsung."

Mendengarkan cerita yang keluar dari mulut Hani itu membuatkan Airina tersentak.Jadi memang Aryan lah main character yang telah menyelamatkan dia dari bahaya.

Sesayang itukah Aryan kepada dia sebagai musuh.Takut dia tak kembali untuk cari gaduh ke?Tapi pelik, takkanlah Aryan serisau itu terhadap dirinya sedangkan mereka cuma kawan biasa.Oh ya, bukan kawan juga, lawan adalah.

Jadi kenapa?

"Dan kau kena ingat Rin,kau diselamatkan atas sebab Fahmi Aryan lah.Dia yang pesan dekat aku,lepas sejam dia masuk hutan tak keluar,dia nak anggota penyelamat masuk ke hutan tu.Jadi sebab tu lah kami bertindak cepat.Dan kalau tak kerana jejak yang Aryan tinggalkan,aku tak rasa kau boleh selamat.Entah-entah dua-dua kami lambat jumpa."

Airina terkedu mendengar kata-kata Hani itu.

"Aku tak patut benci dia sejak dari dulu."

Airina meraup wajah dengan kasar.Hani yang menyedari tingkah laku sahabatnya memandang pelik.Tangannya menyentuh bahu Airina.

"Kau kenapa?"

"Ak—aku dah banyak sakitkan hati dia.Aku selalu gaduh dengan dia.Tapi lepas dia selamatkan aku,aku rasa serba salah.Sanggup dia risikokan diri dia demi selamatkan aku,musuh turun-temurun yang dia ada."Airina mula dirundum rasa berat hati.Bagai dihempap batu.Matanya mula berpasir mengenangkan kembali di saat dia saling menengking diantara satu sama lain dengan Fahmi Aryan.Mahu saja Airina ditelan batu belah batu bertangkup tatkala mengenangkan berapa banyak dosa dia kepada Aryan.

"Jadi Rin,kau dah tak bergaduh lagi dengan dia sekarang kan?Eloklah tu, berbaiklah dengan dia.Jadi kawan.Sekurang-kurangnya kau berpeluang balas budi dia dengan menerima dia sebagai kawan kau.Aku pun lepas dari kejadian ni aku dah tak rasa dia tu teruk sangat.Walaupun kadang-kadang dia nampak menyakitkan hati tapi entahlah aku rasa dia baik sebenarnya."

Hani mencorak senyuman bagi menenangkan gadis di hadapannya.Bahu Airina digapai lalu badan Airina dikalih ke arahnya.

Tak guna punya Hani, dulu dia juga yang menjadi batu api untuk pergaduhan Airina dengan Aryan.Tapi ada betulnya cakap Hani.

Mungkin tanggapannya pada Aryan salah selama ini.Hanya disebabkan insiden kecil yang tidak wajar.

Dia khilaf.

MR VS MRSWhere stories live. Discover now