"Kau suka aku ?"
"Eh gila kau!"
"Apa?Tak salah kan kalau kau suka aku?"
"Minta simpang 44 lah."
Airina mula menggelabah. Dia mula mengemas barangannya lalu memecut pergi dari situ.Aryan ditinggalkan terpinga-pinga.
"Airina!"
"Kau kenapa?"
"Kau tu tak tunggu aku.Soalan aku pun tak berjawab lagi."
Langkah Airina dikejar laju oleh Aryan.Airina tetap menutup telinganya.Mereka beriringan menuju ke pondok menunggu.
"Aku dah jawab.Eh,lagipun apahal pulak aku nak kena jawab dengan kau?!Kau siapa?"
"Saja.Alah,aku tanya kau suka aku ke tak,itu saja pun.Kalau kau tak boleh jawab,maknanya kau suka aku."
"Eh lah,again!minta simpang!"
Airina menampar perut Aryan menggunakan buku log tebal ditangannya lalu laju berlari meninggalkan lelaki itu yang sudah memegang perut seperti kesakitan.
"Ish,aku tak suka dia.Pehal payah nak bagitahu.Kan?"
Sempat Airina menggumam sendiri.Terus tubuhnya berpaling ke belakang.
"Aryan?"
Airina tersentak tatkala melihat tubuh Aryan sudah terbaring di atas tar.Laju dia berlari mendapatkan lelaki itu.
"Weh,kau kenapa?Aku pukul sikit je weh.Fahmi Aryan!Weh bangun lah!"
Airina menggoncang tubuh lelaki itu tetapi tiada respon.Airina mula diserbu rasa bersalah dan kerisauan.Takkan dia pengsan sebab kena pukul dengan buku?
"Fahmi Aryan!Bangun lah weh.Aku minta maaf sebab pukul kau.Jangan lah bergurau Aryan!"
Tubuh itu masih kaku tidak bergerak.Airina mula keresahan.Air matanya tiba-tiba saja meluncur laju.Tubuh Aryan tetap digoncangnya berharap lelaki itu bakal bangun.
"Aryan..jangan buat aku risau.Bangun lah,tak ada orang ni.Please lah weh..."
"Okay,lepas ni aku tak akan marah-marah kau lagi.Aku janji aku tak akan pukul kau lagi.Aku mengaku aku suka kau weh,suka sebagai kawan baru aku."
Tubuh Airina mula letih.Air matanya semakin deras mengalir.Tanpa dia sangka,dia telah jatuh sayang dengan lelaki itu.Matanya terpejam menahan tangis.
"Fahmi Aryan!Aku sayang kau!"
"Aku tahu."
Terbuntang luas mata Airina memandang lelaki yang sedang duduk memeluk tubuh beserta senyuman senget di bibirnya.
"Tak guna kau!Ish!"
Laju tangan Airina mencapai buku lognya lalu bahu Aryan dipukul berkali-kali.Dia ketawa kuat memecahkan kesunyian kawasan sekolah.
"Oi kenapa mata merah tu?Nangis eh?Loh cengengnyaaaaa."
Aryan terus mengusik.Airina sudah membengis.Tidak cukup dengan buku log,di sepak pula lelaki itu.Ganas budak ni!
"Selagi kau tak minta maaf sebab buat aku nangis,aku akan pukul kau.Tak kira ah."
Mata berair tadi dikesat laju oleh Airina.Semua sebab makhluk yang pura-pura pengsan ni,tak pasal-pasal berhingus di hidung.Kurang hajoo!
"Dah lah weh,kalau aku mati betul baru tau."
"Elok lah,kalau kau mati aku tak nak jenguk kau langsung.Biar padan muka!"
Kata-kata Airina berjaya mengetuk hati Aryan.Tawanya terus mati.Dadanya tiba-tiba dirundum rasa sebak.Kelakuan Airina turut terhenti memandang air muka Aryan yang tiba-tiba berubah.Aku ada salah cakap ke?
"Aryan,aku ada salah cakap ke?Maaf weh."Airina memujuk.
"Airina,kalau nanti aku dah tak ada,kau jangan tak melawat aku pula nanti.Takut-takut roh aku tak tenang lepastu kacau kau."Aryan meletuskan tawa,tawa yang kedengaran begitu pura-pura di telinga Airina.
Lambat-lambat Airina mengukir senyuman.
"Aku gurau lah.Kau jangan cakap pasal mati boleh.Benda tu buatkan aku takut,takut kehilangan orang yang aku sayang untuk kali kedua."
"Kau pernah hilang orang yang kau sayang ke?"
"Yalah,Tok dengan nenek aku,saudara-mara aku.Ish,banyak soal lah kau ni Fam."
Airina tersenyum kelat.Mindanya mula teringat kembali akan memori silam.Sungguh dia takut jika perkara itu berulang kembali.
"Oh ya,kenapa kau panggil aku Fam?"
"Sebab Fahmi terlalu panjang.Aryan kalau nak panggil selalu macam cringe sebab nama aku pun Aryan."
"Aku rasa nama aku dua suku kata je.Kau lagi panjang,Ai.ri.na.Tiga suku kata."
"Dah tu,panggil aku Rin.Aku pula panggil kau Fam.Okey?"
Aryan tersenyum lebar sehingga ke telinga.Kepalanya terangguk-angguk menimbulkan rasa geli hati buat Airina.
"Okey cun.Jadi,officially kawan?"
"Well,lepas bagi nickname bagai.Aku rasa kau dah layak jadi sahabat kepada Aryan Airina yang cantik dan vogue ni."
Airina mempamer wajah bangga.
"Cantik lah sangat.Hidung merah.Mata sembap.Eeeee,cengeng!"
Aryan mengusik sekali lagi.Melihat wajah comel Airina,hatinya tercuit.Sebab itulah barangkali dia seperti ketagih untuk mengusik gadis itu.Lagi Airina marah terasa lagi berbunga hatinya.
"Tengok lah nanti.Sebab kau aku jadi macam ni.Esok aku balas balik.And yes,kau officially jadi musuh paling buruk aku lepas kau cakap camtu."
"K,fine."
Aryan membalikkan bola mata dengan sangat slay.Kedua-duanya meletuskan tawa.
Mata terarah pada myvi milik mama Airina yang sudah terpakir di hadapan pagar.Airina meminta diri sebelum kakinya melangkah meninggalkan Aryan.Sempat dia melambai-lambai dengan senyuman lebar di bibirnya.Aryan menghantar pergi Airina dengan pandangan.
"Aku bersyukur dapat dekat dengan kau.Walaupun sekejap."
Dia sempat berfikir tentang ideanya untuk memberitahu Airina perkara sebenar.Sebenarnya dia sudah termakan nasihat Irfan untuk tidak memberitahu Airina sekarang memandangkan mereka masih baru berbaik.Kalau berita sedih ini sampai ke Airina, apa pula tanggapannya nanti.Kata Irfan dia dan Airina masih belum cukup akrab untuk berkongsi rahsia.Takutnya Aryan yang shock sendiri nanti sedangkan Airina menganggapnya kawan biasa sahaja.
Aryan menyeluk poket seluarnya bagi mencapai sesuatu.Sebiji pil selamat mendarat ke dalam badan.Aryan memegang dada bahagian kirinya.Sakit yang semakin mencengkam membuatkan wajahnya berkerut.
YOU ARE READING
MR VS MRS
RomanceAryan Airina dan Fahmi Aryan. Bukan kembar bukannya kawan.Dari awal pertemuan lagi mereka lebih selesa berlawan. Nama yang kebetulan sama itu tidak sedikitpun mendekatkan. Tapi sekeras-keras seorang Airina lembut juga akhirnya dengan tindak tanduk s...