BAB 1

5.9K 147 4
                                    


Airina melangkah masuk ke dalam kelas seperti biasa.Dia memandang ke sekeliling,takut-takut kalau classmatenya yang satu itu sudah datang ke sekolah.Dia memang sangat anti dengan makhluk Allah yang satu itu.Mahu tengok muka pun menyampah inikan bercakap.Tapi nama pun satu kelas.Pusing tang ni tang tu bersua muka juga.

"Yes,line clear."

Penyapu dan penyodok yang terletak tidak jauh darinya digapai.Harini kalau mengikut jadual dialah yang bertugas menyapu lantai.Sebab itulah matahari belum naik pun Airina sudah terpacak di dalam kelas.Kalau hari-hari biasa lima minit pintu pagar sekolah tu mahu tutup barulah nampak batang hidung.

Untung sempat masuk kalau tak?

Semestinya lah kena denda dengan polis sekolah.

Lantai yang sedikit berhabuk itu disapu-sapunya berulang kali.Kalau ikutkan harini hari isnin sepatutnya habuk dan sampah sarap tidak lah sebanyak hari ahad.Tapi rakan sekelasnya mungkin buat bisnes jual habuk kot.Bersepah saja habuk di atas lantai.

Sempat juga dia menoleh ke sekeliling.Memandangkan sekarang masih pukul 6.50 pagi dan matahari pun tidak sempat naik lagi,agak gelap juga kawasan sekitar.Dengan kelas sebelah yang masih kosong tak berpenghuni dan kelas ini pun cuma dia seorang yang bertemankan bunyi kriuk kipas siling yang sudah lama agaknya digunakan.

Dia menelan liur.Seram juga perasaannya.Tapi cepat-cepat dia tepis rasa tak tenang.Tak lama pun ini,dalam dua tiga minit lagi sampailah orang lain.

Ralit dia menyental habuk degil di lantai ada suara yang tiba-tiba menyergahnya dari belakang.

"Bahhhh!!"

"Arhhhhhhh!"

Seraya itu tangannya yang sedari tadi mengenggam erat batang penyapu itu automatik terangkat tinggi dan terasa bunyi tengkorak seseorang diketuk.

Tindakan refleks!

Akhirnya bertubi-tubi gerangan di hadapannya mendapat pukulan.

"Hoi,sakitlah Rin.Kau ni apa hal?!"

Dengan itu kedengaran lah suara mengaduh menerima pukulan hikmat dari seorang Aryan Airina.

Sebaik saja tersedar Airina berhenti memukul,gerangan itu cemberut.

"Oh kau,padan lah dengan muka kau!Siapa suruh sergah aku macam tu.Ni nasib baik penyapu.Kalau waktu kau sergah aku tu,aku tengah pegang pisau.Mau parah kau kena tikam."

Aryan membetulkan rambutnya.Rambut adalah mahkota lelaki.Walaupun selalunya perempuan yang claim ayat ni.Yang pasti dia tidak peduli.Apa yang lebih menarik minatnya adalah gadis di hadapannya yang sudah masam mencuka.

"Hello Mrs Aryan,kau ni kalau sehari tak garang sangat macam The Grinch tak boleh ke?Nasib baik kau bukan hijau kalau tak kau duduk kutub utara sajalah."

Aryan berlalu meletakkan beg galasnya ke kerusi dan melabuhkan punggung.Sempat ekor matanya mengerling Airina yang sudah berlalu ke sudut belakang kelas bagi menyimpan semula penyapu yang digunakan.Seusai itu matanya menjeling tajam ke arah Aryan.

"Ish,dah berapa kali aku cakap dekat kau. Stop panggil aku macam tu.Kau nak kahwin sangat ke dengan aku sampai nak ber-Mr dan ber-Mrs sangat ni?"

Airina mendengus kasar sebelum mengambil tempat tidak jauh dari Aryan.Ya,tidak jauh tu pula betul-betul di hadapan Aryan.Dia membuka zip beg galasnya lalu mengeluarkan buku Matematik dan sebatang pensel.Fikirnya daripada bergaduh mulut dengan Aryan lebih baik dia buat kira-kira.Ulangkaji untuk topik baru nanti.

Walaupun gurauan Aryan yang menggelarnya Mrs Aryan tu mungkin tidak akan menarik perhatian orang lain memandangkan hanya mereka dan rakan sekelas saja yang tahu maksud disebalik gelaran itu,akan tetapi sekiranya adalah orang luar yang faham memang automatik orang ingat mereka bercinta nanti.

MR VS MRSWhere stories live. Discover now