Jam tangan dibelek dan di setkan mengikut waktu Jepun.Setelah tujuh jam perjalanan mengejutnya ke Tokyo,akhirnya sampai juga mereka ke sini.Sementara menunggu kenderaan yang akan membawa mereka ke hospital,tempat di mana papanya berada,mereka melabuhkan punggung terlebih dahulu di bangku berdekatan.
"Rin tunggu sini sekejap.Mama nak ke tandas.Jaga barang mama."
Airina hanya mengangguk.Puan Zurina melangkah pergi meninggalkan Airina sendirian.Perjalanan yang lama membuatkan kepala Airina sedikit berdenyut.Dia membuka beg sandangnya untuk mengambil minyak angin dan matanya jatuh pada Samsung Note 3.Setelah tujuh jam di pesawat,baru dia teringat yang dia ada membuka mesej yang dihantar Aryan pada pagi tadi.Dan dia juga telah meninggalkan tanda biru terlalu lama kepada Aryan.
To;Fam👻
Aku minta maaf tak sempat balas chat kau.Aku baru sampai ke Jepun sebab papa aku kemalangan.Nanti balik aku jumpa kau.👌🙏
Mesej melalui aplikasi whatsapps itu dihantar kembali kepada Aryan.Dia menutup dan menyimpan kembali telefon bimbitnya ke dalam beg sandang.Di saat itu kepalanya bukan saja sakit malah terasa mahu pecah.Berbagai pemikiran buruk mengisi mindanya.Dia perlu segera bertemu papanya untuk melihat sendiri keadaan lelaki itu.Hanya Tuhan yang tahu betapa tidak sedap hatinya saat itu.
Walaupun sudah diberitahu melalui panggilan telefon yang papanya tidak apa-apa dan hanya luka ringan,dia tetap tidak yakin sebelum papanya sendiri ada di depan mata.
"Rin janganlah banyak fikir sangat.Papa tak apa-apa insha'Allah.Kita doakan dia.Rin dah bagitahu Aryan yang Rin ada dekat sini?"
Soalan daripada Puan Zurina membuatkan Airina terpinga-pinga.Kenapa pula dia harus memberitahu Aryan kalau lelaki itu tidak tanya.Mama membuatkan mereka nampak sangat rapat pula sedangkan Aryan dan dia cuma kawan biasa.
Dia memberitahu Aryan pun dek kerana Aryan sendiri yang mesejnya terlebih dulu.
"Kenapa pula Rin kena bagitahu dia?Kitorang bukan bestie sangat pun mama."
Puan Zurina ketawa kecil.Mungkin sudah terasa lega sikit setelah sampai ke sini sampaikan mamanya sudah mampu tersenyum sedikit.Tidak seperti awal-awal tadi dengan mukanya pucat lesi kerana kerisauan.
"Orang kata benci lama-lama sayang,Rin."
Puan Zurina cuba mengusik.Wajah Airina sudah cemberut.Tangannya mencapai plastik berisi roti dan air lalu dihulurkan kepada Airina.Dia tahu anaknya mesti sudah berasa lapar.
"Nah,makan ni dulu.Lepasni kita cari makanan dekat sana."
Airina hanya mengangguk dan mengambil air tin dahulu kerana tekaknya sudah terasa dahaga.Dia menarik penutup tin itu perlahan-lahan bagi mengelakkan gas berlebihan meletup ke mukanya.Dia menyua minuman berperisa lemon itu ke mulut.
Tangannya cuba meletakkan air tin itu ke atas bangku disebelahnya yang kosong tetapi entah kenapa jantungnya tiba-tiba berdegup sangat kencang dan dia diserbu rasa tidak sedap hati.Tangannya tiba-tiba melemah dan secara spontan air di tangannya jatuh bersepah ke lantai.
"Ya Allah,Rin.Kenapa ni?Rin okay tak ni?"
Airina memegang dadanya yang masih berombak kuat.Dia menelan liur.Entah apa perasaan yang dia rasai sekarang.Dia benar-benar tidak tahu.
YOU ARE READING
MR VS MRS
RomanceAryan Airina dan Fahmi Aryan. Bukan kembar bukannya kawan.Dari awal pertemuan lagi mereka lebih selesa berlawan. Nama yang kebetulan sama itu tidak sedikitpun mendekatkan. Tapi sekeras-keras seorang Airina lembut juga akhirnya dengan tindak tanduk s...