Aryan memandang ke sekelilingnya memandang koridor yang riuh rendah dihiasi suara dari banyak pengunjung.Hospital,itulah tempat yang tidak pernah sunyi.
"Encik Aryan?Dah boleh masuk bilik Doktor."
Muncul Staff Nurse dari dalam bilik Doktor Alvin.Aryan hanya mengangguk dan terus bangun.
"Good morning Doktor Alvin."
Aryan melabuhkan punggung.
"Good morning.Duduk Aryan saya ada berita baik untuk awak."
Dia sudah tahu itu.Bangun pagi-pagi lagi tadi Doktor Alvin sudah menelefon menyuruh dia secepat mungkin ke hospital menemuinya.Kata Doktor Alvin ada berita gembira untuk dikhabarkan kepada Aryan.
"Berita baik apa yang doktor nak bagitahu saya?"
Aryan tidak tunggu lama dan terus bertanya.Masih ada sedikit rasa tidak sabar walaupun sebenarnya dia sudah putus asa dengan apa-apa saja cadangan yang Doktor Alvin berikan kepadanya.Kerana dia tahu apa-apa sahaja rawatan nanti hanyalah untuk memanjangkan umurnya bukan memberi kesembuhan sepenuhnya kepada dia.
"Saya dah jumpa penderma jantung yang sesuai untuk awak dan orang itu pun dah setuju untuk derma jantung dia kepada awak."
Dengar saja kata-kata Doktor Alvin,Aryan sudah ternganga.Seperti tidak percaya dengan apa yang didengarnya.Selama berpuluh tahun dia mencari penderma,dan akhirnya kali ini ada rezeki buat dia?
"Betul ke ni?Doktor tak main-main kan?"
Doktor Alvin terus menggeleng.Macamlah dia pernah bermain-main dalam bercakap dengan Aryan soal sakitnya.
"Tapi kalau boleh saya tahu siapa orang tu?Dan kenapa dia tiba-tiba nak derma?Atau dia ada masalah juga?"
Bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Aryan.Dia masih lagi tidak percaya dengan situasi itu.Serasanya dia masih bermimpi atau berangan-angan.
"Dia salah seorang pesakit yang dah dua minggu di hospital ni.Dia terlibat dengan kemalangan dan disahkan brain dead selama tempoh tu.Kebetulan dia ada daftar sebagai penderma organ dan keluarga dia pun dah setuju.Jadi kami dah jalankan test dan rezeki awak,his heart meant to be for you."
Aryan mengucap panjang.Mulutnya tak henti-henti memanjatkan keramat syukur kepada Tuhan.Seluruh alam tahu betapa gembiranya dia hari ini.Masa depannya yang dirasakan gelap gelita sebelum ini sudah kembali bersinar dipancar cahaya kehidupan yang baru.
"Alhamdulillah.Terima kasih banyak Doktor Alvin.Saya betul-betul berterima kasih."
Mata Aryan yang bersinar-sinar itu turut memberi senyuman kepada Doktor Alvin.Bukan hanya Aryan malah dia sendiri pun terasa sangat gembira melihat lelaki di hadapannya sudah punyai semangat yang baru untuk meneruskan kehidupannya.
"Sama-sama Aryan."
*******
ESOK merupakan hari yang sangat penting untuk Aryan.Hari dia akan menerima jantung yang baru untuk memulakan hidupnya semula.Beberapa hari yang lepas,pulang saja dia dari hospital setelah bertemu Doktor Alvin,dia telah mengajak ahli keluarganya berkumpul termasuklah Airina.Disampaikan khabar gembira itu kepada semua.Dan seperti dijangkakan masing-masing sangat gembira dengannya dan memanjatkan segala rasa kesyukuran.Sehinggakan Arasy sanggup bersusah payah menganjurkan majlis solat hajat untuknya di masjid.
Aryan memandang beg pakaian di hadapannya yang baru penuh separuh.
Itu semua barang-barangan untuknya berkampung di hospital.
YOU ARE READING
MR VS MRS
RomanceAryan Airina dan Fahmi Aryan. Bukan kembar bukannya kawan.Dari awal pertemuan lagi mereka lebih selesa berlawan. Nama yang kebetulan sama itu tidak sedikitpun mendekatkan. Tapi sekeras-keras seorang Airina lembut juga akhirnya dengan tindak tanduk s...