Sebaik sahaja tamat waktu pendidikan jasmani,para pelajar dari kelas 5S1 mula bergerak semula ke kelas untuk sesi pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya.Memandangkan baju Aryan sudah basah kuyup dicemari peluh semasa bermain bola tadi,dia membawa dirinya ke tandas terlebih dahulu bagi membersihkan diri dan menukar ke uniform biasa.
"Weh,Fam.Kau kena balik kelas cepat weh.Barang-barang kau—"
Saat dia baru saja selesai membutangkan baju kemejanya muncul Hadi yang kelihatan mengah dan panik.Dahi Aryan berkerut tetapi dia masih mampu bertenang.Dia terus mengekori langkah Hadi bergerak ke kelas.Sampai sahaja di hadapan kelas,matanya tertancap pada Airina yang sedang berdiri di muka pintu dengan riak wajah yang cemas.
"Fam,ini semua mesti kerja Fina.Dia mesti tak puas hati pasal semalam."
Mendengarkan nama itu,Aryan sudah dapat mengagak ada sesuatu berlaku melibatkan dia.Tetapi dia agak lega,bukan Airina yang menjadi mangsa.
Aryan terus bergegas masuk ke dalam kelas.Saat kakinya melangkah masuk saja,semua mata di dalam kelas itu tertumpu kepadanya.Dan apa yang dilihatnya depan mata membuatkan dia menarik nafas panjang.
"Fam..."
Suara Airina menyapa dari belakang.Aryan hanya pamer senyum.
Dia melangkah ke mejanya.Di atas mejanya sudah berselerak barang-barang dari laci mejanya.Siap pakej dengan bau dan lekitan dari gam yang entah berapa botol ditumpahkan ke atas meja itu.Tidak cukup dengan itu,di atas lantai pun tersadai beg galasnya,kertas soalan ulangkaji malah dengan buku teks serta buku latihannya sudah terburai di atas lantai.Sudah dikoyak rabakkan oleh tangan seseorang.
Melihatkan keadaan itu Aryan hanya mengeluh panjang.Dianggapnya dia tiada rezeki untuk menggunakan barang-barang yang rosak itu untuk masa yang lebih lama.Dan serasanya tiada rezeki juga dia mahu mengikuti kelas hari ini.Mejanya harus dibersihkan tetapi haruslah tidak sekarang.Untuk membersihkan kerosakan itu akan mengambil masa lama jadi cadangnya mahu menolak saja meja itu ke hujung kelas terlebih dahulu.Waktu rehat nanti dia akan kemas semula untuk mengelakkan masa belajar terganggu.Cikgu datang nak mengajar,bukannya melihat dia jadi tukang sapu di dalam kelas itu.
"Aku minta maaf korang.Habis waktu kelas ni aku bersihkan.Aku harap korang faham."
Rakan sekelas lain hanya mengangguk mendengar kata-kata dari Aryan.
Usai dua jam waktu kelas,seperti dijanjikan Aryan mula mengemas semula barang-barangannya yang berselerak.Demi membersihkan segala kerosakan itu secepat mungkin,dia terpaksa mengorbankan masa makannya terlebih dahulu.Meja dan kerusi tempat duduknya yang sudah lencun dengan sisa gam terpaksa dia bawa keluar.Dia sudah mendapatkan meja dan kerusi baru sebagai ganti tetapi niatnya mahu membasuh juga sisa gam itu sebelum pulang sekolah nanti.Tidak mahu lah menyusahkan pakcik dan makcik cleaner.
Sedang Aryan tertunggang tonggek menyapu sisa kertas yang bertaburan itu,hujung matanya menangkap tangan halus yang sedang menolongnya mengutip kertas di lantai.Tanpa menoleh pun Aryan sudah dapat meneka tangan itu kepunyaan siapa.
"Kalau aku ikut sama ke bilik disiplin semalam mesti kau tak akan kena sorang kan."
Kedengaran keluhan panjang setelah kata-kata itu diucapkan.Aryan menoleh memandang Airina.
"Kalau kau ikut nanti dengan barang-barang kau sekali rosak,kau nak ke?Aku tak kesiankan kau tahu,aku kesiankan bilik buku teks,banyak buku dia rosak.Lepastu mak ayah kau pula nak kena keluar duit ganti balik.Menyusahkan ramai orang pula nanti."
Airina mencebik.Benda-benda macam itu yang Aryan lebih risaukan?Dekat tuan badan sendiri tak kesian?
"Habis kau tu?Tak susahkan mama D?"
YOU ARE READING
MR VS MRS
RomanceAryan Airina dan Fahmi Aryan. Bukan kembar bukannya kawan.Dari awal pertemuan lagi mereka lebih selesa berlawan. Nama yang kebetulan sama itu tidak sedikitpun mendekatkan. Tapi sekeras-keras seorang Airina lembut juga akhirnya dengan tindak tanduk s...