Tapak tangan Aleen sudah digenggam erat.Peluh mulai membasahi dahi Airina.Tangannya sudah menggeletar dan dingin.Aleen yang berada di sampingnya hanya mampu memandang Airina dengan rasa simpati.Boleh saja Airina menarik diri dalam permainan ini tetapi sayangnya markah kumpulan yang ahlinya menarik diri akan dipotong.
"Kau pasti ke nak ikut ni Rin?Aku risau lah.Nanti buatnya kau pengsan dekat sana.Mahunya kalut."
Dahi Aleen sudah berkerut seribu tanda kerisauan.Salah satu rahsia Airina yang hanya mereka berdua saja yang tahu,Airina mengalami fobia dengan gelap iaitu Achluophobia.Dan kerana itulah idea menutup mata bukanlah yang terbaik. Setahunya,Airina pernah ada pengalaman diculik beberapa tahun lalu sewaktu dia berumur tujuh tahun dan dikurung berseorangan di dalam sebuah gudang lama.Dan sejak itu juga dia mengalami fobia malah ingatannya tentang perkara itu pun hilang akibat terkejut.Hani dapat tahu itupun daripada ibu bapa Airina sendiri.
"Aku okey.Jangan risau.Kalau aku tak ikut.Macamana aku nak tunjuk contoh yang baik pada pelajar lain.Aku kan headgirl.Dan kalau aku tarik diri,macamana aku nak tangani ketakutan aku ni."
Dalam nada sendu yang masih bersisa Airina menguatkan semangatnya.Dia tidak mahu pasukannya mendapat potongan markah apabila dia menarik diri.Malah,para pelajar mesti akan menganggapnya lembik dan penakut.
Peserta lelaki terlebih dulu memulakan aktiviti.Para peserta dikehendaki memegang baju rakan di hadapan manakala tangan yang satu lagi diharuskan memegang tali.Hal ini untuk memastikan setiap ahli kumpulan saling bergantung antara satu sama lain. Memandangkan jalan berbukit dan agak berliku,peserta perlu berpegang pada tali agar tidak terjatuh.
Memang bunyinya terlalu bahaya tapi game ini dah dikawal baik dan tak akan ada risiko darinya jika peserta mematuhi peraturan.
Setelah sekian lama,tiba masanya peserta perempuan memulakan aktiviti.Memandangkan aturan disusun mengikut kumpulan,Airina tidak mampu berbuat apa-apa kecuali bergantung harap pada Humairah di hadapannya,di belakangnya pula kosong tanpa sesiapa.Lagilah nak tercabut jantungnya.Dan sesekali tangannya mencengkam kuat baju orang didepannya membuatkan gadis itu terkejut.
"Awak kenapa ni Airina?Janganlah pegang baju saya kuat sangat.Macamana saya nak bergerak nanti."
Humairah mula merungut sambil matanya menjeling Airina geram.Airina segera memohon maaf.
Penutup mata serta merta dipakai atas arahan pelatih.Airina sedikit terketar-ketar menahan ketakutannya.Dengan gentar dan debaran kuat,mereka bersama-sama memulakan aktiviti.Perlahan-lahan kaki melangkah menjejak arah tali sambil pegangan tidak langsung dilepaskan.Dan saat kaki melangkah,wujud pula rumput mahupun batu yang mampu membuatkan mereka tersadung.Tapi dengan berhati-hati mereka tetap melangkah.Dalam hati,masing-masing sudah berdoa agar sentiasa dilindungi lebih-lebih lagi Airina.Mulutnya dari tadi tidak henti-henti berzikir.
Facilitator memang ada memantau di sekeliling. Tetapi sampai sahaja mereka di checkpoint pertama,mereka dikehendaki memasuki kolam yang paras airnya mencecah pinggang.Suhu kawasan sekitar dicampurkan air kolam menyebabkan dingin dapat dirasai sehingga ke tulang.Terketar-ketar mereka di situ.
Disini, mereka sudah dibenarkan membuka ikatan mata.
Airina melafazkan rasa syukur. Kurang sedikitlah rasa takutnya.
Seterusnya,mereka sampai pula di checkpoint kedua,iaitu memasuki terowong kecil.Mereka mengikut saja arahan yang diberikan pelatih untuk merangkak di dalam ruang terowong yang sempitnya 'Nauzubillah'.Airina sekali lagi terketar-ketar saat melalui terowong yang serba gelap itu.Segala kenangannya beberapa tahun lalu kembali menyapa minda.Untung saja tiada siapa yang mendengar esakannya yang tiba-tiba keluar.
YOU ARE READING
MR VS MRS
RomanceAryan Airina dan Fahmi Aryan. Bukan kembar bukannya kawan.Dari awal pertemuan lagi mereka lebih selesa berlawan. Nama yang kebetulan sama itu tidak sedikitpun mendekatkan. Tapi sekeras-keras seorang Airina lembut juga akhirnya dengan tindak tanduk s...