Airina direnung lama.Hampir saja Aryan mencorak tawa melihat gelagat Airina yang sudah malu di tahap gaban.Kaki kanan gadis itu sudah terangkat sedangkan kaki kiri sedang mengimbang badan.Gadis itu tidak langsung memberanikan diri untuk mengalihkan tapak tangan dari wajah.Sanggup dia duduk macam tu semata-mata nak tutup muka?
"Sampai bila kau nak jadi cicak bertempek dekat dinding ni?"
"Sampai bila-bila."
Tawanya terletus mendengar kata-kata Airina.Alah,gadis brutal yang dia kenal ni sebenarnya spesies pemalu rupanya.Tak sangka.
"Sejak bila kau ni tahu malu.Selalunya kau membahan aku depan kelas,tak nampak shy shy cat pula.Nampak shy shy-ton adalah."
Airina langsung tidak menghiraukan Aryan.
Bukan Aryan tahu perasaan dia masa ni.Dia punya tahap malu sampai nak menyorok dekat dalam tong sampah.Dah lah dia sekarang dah lenguh kaki berdiri bersokongkan dinding.
"Dah la weh.Aku dah pakai baju ni.Tak payah lah nak menderita duduk macam orang-orangan dekat sawah.Kau tak perlu tengok badan sado aku lagi.Kalau kau nak tengok sekali lagi pun,apa salahnya.My pleasure."
Airina perlahan-lahan menurunkan tapak tangannya lalu topang dada diperkemas.Melihat tubuh Aryan yang sudah tersarung T-shirt beserta seluar pendek.Airina menjeling Aryan dengan tajam sebelum bahu lelaki itu ditamparnya kuat.Aryan mengaduh,sakit.Tangan besi ke minah ni?Guna sebelah tangan pun rasa macam kena hempap batu.
"Kepala otak kau my pleasure!Lain kali kalau nak salin pakaian,tutup lah pintu.Tak reti malu kau ni. Dahlah tak ada apa pun nak tengok, kurus keding saja. Kalau ada roti bakar tak apalah juga."
Airina memeluk tubuh sambil bibirnya memuncung itik.Geram berselit rasa malu yang masih membaki.Aryan tersengih lagi.Kepalanya yang tidak gatal digaru.
"Aku dah terbiasa.Selalunya aku seorang diri dekat rumah.Mama keluar bekerja.Kalau aku tak tutup pintu pun,aku rasa tak akan ada orang tengok."Airina mengerutkan dahi.
"Papa kau mana?Masa dekat hospital pun aku tak jumpa dia.Dekat rumah pun aku tak ada nampak dia."Airina menyoal pelik.Terdetik pertanyaan itu di bibirnya.Sudah sekian lama dia berniat hendak bertanya.Sungguh tidak sekalipun dia bertemu muka dengan bapa lelaki itu walaupun mereka sudah berapa kali berjumpa.
Masa di ruang tamu pun sempat juga dia intai gambar keluarga tetapi tidak pula terpapar.
"Err papa aku,tak ada.Tak pernah jumpa pun dari lahir."
Fahmi tersenyum kelat.Sudah terdetik di hatinya bahawa gadis itu mungkin akan bertanya soal ini.Kalau diingatkan semula tentang papanya,dia sendiri terasa sebak di dada.Dari kecil kehilangan seorang ayah,wajah si bapa pun hanya mampu dia lihat melalui potret,apatah lagi mahu merasa pelukan dan ciuman dari seorang bapa.Sungguh dia rasa cemburu melihat orang lain bermesra dan berkongsi masalah dengan insan bergelar ayah.Sedangkan dia tidak boleh berbuat begitu.Rasa kasih sayang seorang bapa pun tidak pernah dia rasakan sejak dirinya dilahirkan.
Dia pernah bertanya perihal lelaki itu kepada mama tetapi tetap tiada jawapan. Mama pun seperti tidak selesa berbahas soal papa jadi Aryan pendamkan saja niatnya.
Airina memandang lelaki di hadapannya dengan pandangan hiba.Rasa bersalah pula bila bertanya ni.Timbul rasa kasihan terhadap Aryan.Tidak disangka makhluk perosak di carta teratas senarai hitamnya merupakan seorang insan yang hidup tanpa kasih sayang yang cukup.Sesekali dia tertanya,bagaimana mungkin seorang Fahmi Aryan mampu tersenyum dan bergelak tawa sedangkan dirinya sendiri merupakan orang yang mempunyai latar hidup yang agak menyedihkan.Sungguh lelaki itu hebat menyembunyikan perasaan.Sedangkan Airina sendiri,baru sedih sikit sudah melalak memekik kepada papa mama malah kawan baiknya.
YOU ARE READING
MR VS MRS
RomanceAryan Airina dan Fahmi Aryan. Bukan kembar bukannya kawan.Dari awal pertemuan lagi mereka lebih selesa berlawan. Nama yang kebetulan sama itu tidak sedikitpun mendekatkan. Tapi sekeras-keras seorang Airina lembut juga akhirnya dengan tindak tanduk s...