Masa seakan-akan cemburu dengan kegembiraan dan ketenangan yang dia peroleh di samping Airina.Tatkala dia tersenyum ketika berada dekat dengan gadis itu,masa begitu pantas berjalan.Itulah apa yang dirasakan oleh Aryan.
Tapi jujurnya berilah dia sisa seumur hidup pun untuk bersama Airina,dia tidak akan pernah puas.
Hari yang disangkakan panjang rupa-rupanya terlalu singkat disaat dia sedar tentang realiti yang datang menyapa.Ais krim ditangannya dipandang lama.Kakinya sudah berhenti melangkah.Mindanya menerawang jauh memikirkan bahawa dia mungkin tak akan dapat lalui saat-saat seperti ini lagi dengan Airina.
Takut?Sedih?Semua perasaannya bercampur baur.
Mata berkalih memandang ke arah gadis yang sedang duduk di bangku itu.Wajah tenang yang sedang asyik merenung pemandangan pada hari yang bercuaca cerah.Dan senyuman yang dia ukir.Sayangnya itu cuma sekejap.Waktu yang sedikit ini sahajalah peluangnya untuk merenung gadis itu lama-lama.
Seketika kemudian,gadis itu pun turut menoleh.Dengan senyuman yang sama,melambai-lambai ke arahnya.
"Fam!"
Gadis itu memanggil.Aryan tersedar dari lamunan yang panjang.Dia mempamer senyum.Kakinya mula melangkah mendekati gadis itu.Dia mengambil tempat di sisi Airina.Aiskrim coklat ditangannya itu dihulurkan ke tangan Airina.Gadis itu menyambut riang.
Airina sudah beriak semacam kanak-kanak ribena!
"Kau tak tanya pun tadi,aiskrim perisa apa yang aku nak.Tapi pandai pula kau pilih coklat.Memang ini favourite aku pun.Bagus!"
Dia saja-saja memuji.Kalaulah Aryan beli aiskrim perisa lain pun dia akan telan juga.Orang dah belanja,takkan mahu lebih-lebih.
"Aku dah sedia tahu dah,orang yang muka dia suka cemberut,mesti suka benda-benda yang pahit-pahit sikit."
Aryan mengusik.
Jelingan tajam dihadiahkan Airina kepadanya.Dia buat muka selamba.Lama mereka tak gaduh.Sejak Airina declare jadi kawan,gaduh pun sekadar gaduh-gaduh manja.Lagipun lama juga dia tidak berjumpa Airina.
"Aik,tercalar maruah aiskrim coklat ni kau kata dia pahit.Walaupun warna dia gelap tapi dia manis tahu tak?Hitam manis orang cakap."
Aryan mencebik.
"Habistu makanan apa yang pahit?"
Airina cuba berfikir.
"Ha kopi.Kopi pun gelap dan pahit.Tapi ramai je yang boleh telan.Sama macam realiti hidup,sepahit manapun kenyataannya kita tetap kena terima.Sebab yang manis-manis tu cuma dekat syurga."
Aryan tersenyum.Pandai pula Airina berkata-kata.
"Nak tahu apa lagi yang kita boleh kaitkan dengan rasa pahit?"
Aryan menggeleng tidak tahu.
"Kejujuran.Manusia sukakan kejujuran.Kadang walaupun perkara sebenar tu menyakitkan,tapi kita tetap mahukannya.Sebab kita tak akan bahagia dengan alasan dusta.Jadi kalau boleh aku nak kau jujur walaupun kebenarannya mampu lukakan perasaan aku.Sebab lagi sakit kalau kau cuba sembunyikan apa-apa dari aku,dan suatu hari bila aku dapat tahu itu bukan dari mulut kau sendiri."
Aryan terdiam mendengar kata-kata dari mulut Airina.Dia faham apa yang Airina cuba sampaikan.Memang dia sangat mengerti apa yang gadis itu maksudkan.Tapi seandainya Airina tahu yang sangat sukar untuk dia memperoleh kekuatan.
"A—aku pindah sebab mama.Mama dah jumpa keluarga dia.Mama dah jumpa sepupu paling dekat dengan dia dan mereka tinggal jauh dari sini.England,mama akan bawa aku pindah ke tempat mereka.Aku satu-satunya orang yang ada untuk jaga mama.Jadi aku kena ikut.Tapi aku tak tahu lagi bila aku boleh balik."
YOU ARE READING
MR VS MRS
RomanceAryan Airina dan Fahmi Aryan. Bukan kembar bukannya kawan.Dari awal pertemuan lagi mereka lebih selesa berlawan. Nama yang kebetulan sama itu tidak sedikitpun mendekatkan. Tapi sekeras-keras seorang Airina lembut juga akhirnya dengan tindak tanduk s...