Seperti yang dijanjikan dengan Doktor Alvin,Aryan sudah menunggu di hospital pagi-pagi lagi.Membawa Mama D menemaninya dan Airina pun katanya akan datang menemani Mama D setelah dia menghabiskan oncall malamnya.
"Yan tak apa-apa?"
Mama D mengajukan soalan tatkala matanya terpandang Aryan yang kelihatan gusar.Dia dapat menjangkakan yang Aryan sedang gementar memikirkan operasi yang bakal dia lalui sebentar lagi.
"Yan tak okay Mama.Perasaan ni macam bercampur-baur.Takut dan teruja.Semua rencah ada.Macam mana kalau operation ni tak berjaya?"
Mama D menggapai tangan Aryan.Digenggamnya erat dan kemas untuk menyalurkan walau sedikit keberanian dan kekuatan walaupun naluri seorang ibunya sendiri sudah tidak keruan memikirkan anak lelakinya yang akan menjalani operation sebesar ini yang risikonya juga pastilah tersangat besar.
"Mama tak takut pun Yan.Mama tengah teruja tunggu anak Mama berjaya dapatkan kemenangan lawan penyakit dia.Aryan,Mama faham perasaan Yan tu.Tapi kita kena sandarkan sepenuh kepercayaan kita kepada Doktor Alvin dan yang paling utama kepada Allah.Biar Dia yang tentukan dan selamatkan kita dari sebarang bala bencana dan masalah."
Dengar saja kata-kata Mama D,Aryan terus mempamer senyum.Dia cuba menguatkan diri.Dia mahu yakin dengan kehendak Allah.Takdirnya sudah tertulis baik atau buruk.Dan dia juga sudah berusaha sejauh ini untuk mempertahankan nyawanya yang sangat tak ternilai.
Beberapa ketika mereka berdua menunggu,Airina muncul berlari-lari anak ke arah mereka.Terpancar wajah penat gadisi tu setelah semalaman tidak berehat dan bertugas merawat pesakit.
"Nama Aryan belum panggil ke?"
Mama D membalas soalan dengan gelengan.
"Kau dah habis kerja ke Rin?Macam awal je."
Airina pantas mengangguk.
"Baru je habis.Habis awal sebab patients tak ramai sangat semalam.Kau okey tak Fam?"
Aryan hanya mengangguk walhal perutnya pun sudah tidak sedap.Orang kata otak serabut,perut pun berserabut gara-gara rasa takutnya yang tak henti-henti berkunjung tiba.
"Tak payah lah tipu.Kalau tak okay pun aku faham.Pesakit aku dulu pernah sampai termuntah sebelum masuk operation theatre, padahal appendectomy je."
Airina mahu menyedapkan hati Aryan.Walaupun sebenarnya hatinya sendiri juga tidak keruan.Dia sangat risaukan Aryan.Setiap operation ada risikonya tapi risiko Aryan lebih besar.Airina menarik nafas senyap-senyap.Cuba menenangkan dirinya yang mudah overthinking.
Sedang Airina menemani Aryan dengan mengajaknya berborak,Doktor Alvin tiba-tiba muncul dari dalam wadnya bertugas dengan sangat tergesa-gesa dan riak wajahnya seperti sangat gelisah.
Aryan sudah menelan liur.Dia tiba-tiba rasa tidak sedap hati.Seperti ada khabar buruk saja yang menantinya.
"Doktor Alvin,macam mana?Aryan dah boleh masuk ke bilik menunggu ke?"
Mama D terus mengajukan soalan.
Doktor Alvin kelihatan sugul.Dia tidak cepat menjawab dan hanya diam.
"Doktor Alvin?"
Aryan yang sudah tidak senang duduk menyeru nama lelaki itu.
"Maaf Aryan,saya terpaksa batalkan operasi ni.Penderma awak cardiac arrest sebentar tadi dan kami tak berjaya selamatkan dia...dia dah disahkan meninggal dunia."
Lutut Aryan mulai melemah.Jiwanya tidak kuat mendengar ucapan Doktor Alvin itu.Segala impian dan harapan yang dia bina hanya satu malam telah musnah berkecai menjadi serpihan.Aryan jatuh terduduk.
YOU ARE READING
MR VS MRS
RomanceAryan Airina dan Fahmi Aryan. Bukan kembar bukannya kawan.Dari awal pertemuan lagi mereka lebih selesa berlawan. Nama yang kebetulan sama itu tidak sedikitpun mendekatkan. Tapi sekeras-keras seorang Airina lembut juga akhirnya dengan tindak tanduk s...