BAB 19

63 9 1
                                    

Mata melilau ke sekeliling dewan yang serba besar dan gah itu mencari susuk tubuh seseorang.Sudahlah sarat dengan beratus orang pelajar.Kecil matanya cuba mencari satu orang di antara ramai-ramai orang tersebut.

"Weh,Hadi.Kau ada nampak Aryan tak?Lepas ucapan dengan persembahan ni dia kena keluar iringkan kek dengan hadiah utama.Tapi mana dia?Dari tadi tak nampak batang hidung."

Airina merungut sambil matanya masih tidak lekang memandang sekeliling mencari kelibat insan bernama Aryan itu.Hadi yang juga tidak tahu menahu kemana lelaki itu menghilang hanya mampu menggeleng lalu mengeluh panjang.

Baru saja Airina mahu beredar dari situ,matanya tertancap pada seseorang yang sedang berjalan sambil membawa topi keledar di tangannya.Dia memandang susuk tubuh yang sedang berjalan mendekatinya itu dengan riak wajah kehairanan.

Dengan peluh yang mencurah di dahi lelaki itu.Baru balik marathon ke apa?

"Aryan!Kau pergi mana?Turn kau dengan Rin keluar dah nak sampai kau tau tak?"

Hadi mengomel.Dia tidak tahu betapa paniknya mereka mencarinya tadi.

"Aku ada hal kecemasan kejap.Eh Hadi,kau tolong simpankan helmet aku kejap.Jom,Rin.Pergi standby belakang."

Airina masih memandang dengan pelik.Dia membontoti sahaja langkah Aryan.

"Kau kenapa mat dah macam kena hujan ni.Kau berlari eh ke sini?Takkan kau lupa pasal ni."

Aryan menggeleng.

"Aku tak lupa lah.Kan dah cakap ada hal kecemasan.Er Rin,kau yang bawa kek untuk acara lepas ni kan?"

Airina hanya mengangguk mengiyakan pertanyaan Aryan.

"Pasal kek kau—"

Belum sempat Aryan menghabiskan ayatnya mata Airina sudah tertancap pada Safiya yang datang dalam keadaan begitu cemas.

"Er Rin kek yang kau bawa tu,aku tak tahulah kenapa dan salah siapa.Tapi..."

Safiya memandang Aryan sekilas sebelum matanya kembali memandang Airina.

"Er kami ni jumpa kek yang kau bawa tu atas lantai."

Mendengar apa yang terpacul keluar dari mulut Safiya,mata Airina membuntang.Dia tanpa banyak tanya terus berlari ke dalam bilik pengawas yang sedia terbuka itu.Matanya tertancap pada sisa kek yang diletakkan di dalam plastik di atas meja.Remuk berkecai kek itu sama seperti hatinya ketika itu.

"Ta—tapi acara tu dah nak mula.Macam mana—"

Entah kenapa Airina rasa seperti mahu menangis.Bukan sahaja sedih mengenangkan usaha dia dan mamanya bersengkang mata semalaman menyiapkan kek istimewa untuk bonda pengetua malah hatinya begitu sakit memikirkan bonda pengetua yang tidak sempat melihat sekalipun kejutan istimewa buatnya.

Melihatkan wajah Airina yang susah memerah itu,Aryan mengetap bibir.Segera dia melangkah mendekati gadis itu.

"Rin pasal kek kau,aku bersimpati.Tapi kau jangan risau,aku dah dapatkan kek untuk acara lepas ni.Kau tak payah lah sedih.Kita dah nak keluar ni jumpa bonda."

Aryan cuba memujuk.Tidak terdaya dia melihat Airina berlagak sedih seperti itu.Mahu saja dia peluk untuk menenangkan.Tapi akhlaknya dia bukan seharam itu.

Dia terus melangkah ke meja sebelah.Di atas meja itu ada plastik berisi kek yang baru saja dia beli di bakery berdekatan.Menjawab pertanyaan Airina sebentar tadi memang betul dia baru sahaja habis bermarathon.Dia cepat-cepat merempit ke kedai setelah itu berlari lagi menuju ke dewan.Mahunya tak berpeluh satu badan.Mahu saja dia menamatkan acara sebentar lagi secepat mungkin sebelum dia berbau masam.

MR VS MRSWhere stories live. Discover now