Air matanya dikesat.Masih terngiang-ngiang kenangan hampir 30 tahun lalu.Tak pernah sekalipun dia lupakan nasibnya yang dibuang oleh suami sendiri yang dia kasihkan dan tak pernah kurang.Yang menanggung luka malah bukan dia seorang,tapi anaknya Aryan juga terpaksa membesar sendiri tanpa keluarga yang lengkap seperti orang lain.Betapa kuatnya anak itu membesar dengan suasana yang sangat berbeza dengan orang lain seusia dengannya.
Setiap bulan hanya sepucuk sampul surat berisi wang yang sampai di pintu pagarnya.Itupun tiada langsung surat atau nota yang terselit penjelasan kenapa tergamak dia diperlakukan sebegitu.Dingin.Sampailah lukanya berparut,dia akhirnya cuba lari jauh dari lelaki itu sampaikan sebesar dunia pun,lelaki itu tak akan berjumpa dia lagi.
"Berpuluh tahun D besarkan anak D sendiri.Duit yang Ridwan bagi tu langsung tak bawa kegembiraan pun di hati kami.Sampailah D putuskan untuk lari jauh dari dia,D berjaya mulakan hidup yang baru.Hidup D dan Aryan,dalam dunia kecil kami.Dan dalam tempoh lebih belasan tahun tu,pernah ke seorang ayah datang jenguk anak selaku darah dagingnya sendiri?!Langsung tak ada."
Mama D mula mencurah rasa.Sedikit demi sedikit luka yang sudah lama dia tanam kini tumbuh kembali.Mana mungkin dia mampu lupakan segalanya lagi-lagi wajah-wajah orang yang sudah menganiaya dia masih segar terpahat di ingatan.Bayangkan betapa banyak sudah yang dia lalui,hidup sebagai seorang janda anak seorang,yang langsung tak ada keluarga untuk dia bergantung harap.
"D,Inah nak minta maaf minta ampun bagi pihak Fatima dan Ridwan.Inah tahu apa yang D lalui sangat perit.Inah tahu betapa susahnya D tanggung hidup sebatang kara macam tu.Mungkin tak ada orang yang boleh rasa kesakitan D kecuali orang tu duduk sendiri di tempat D.Tapi Darlia,sebenci manapun D dekat orang-orang tu,dah tak boleh buat apa-apa D.Ridwan dah tak ada,Fatima pula dah tak seperti orang biasa.Kalau D rasa susah dan tak mampu maafkan mereka pun tak apalah,Inah tak akan paksa.Tapi D,terima lah Arasy ni.Dia juga mangsa dalam kemelut ni dan dia darah daging D.Peluklah dia.Sayanglah dia.Dah lama dia nantikan D."
Mama D masih berdiam diri.Riak wajahnya jelas terkedu dengan apa yang Maksu sampaikan.Ya,memikirkan rasa hatinya saat ini,lebih baik dia bertenang dahulu sebelum mencari jawapan sama ada dia mampu merendahkan kerasnya hati dia untuk memaafkan.Dari jauh dia mengalihkan pandangan kepada Arasy yang daripada tadi hanya menunduk diam.Dadanya sebak melihat anak itu.Pertama kali wajah itu menyapa pandangannya,dia sudah dapat mengagak kata-kata Maksu itu benar.Mana mungkin wajah semirip ini dengan Aryan adalah bukan darah dagingnya.Lagi-lagi dia yang melahirkan mereka.
Maksu menyeru Mama D yang masih kaku.Dia tahu Mama D masih bingung dengan situasi sekarang.
"Arasy...I—ini bukan salah kamu.Mama minta maaf sebab tak tahu kewujudan anak mama sendiri."
Mama D mula bersuara.Tangannya dibawa ke wajah Arasy lalu diusapnya halus.Satu-persatu titik wajah anak lelaki itu ditilik sayu,lama sebelum tubuh itu dipeluknya penuh erat.Kasih sayangnya selama ini hanya untuk Aryan tanpa tahu yang kasih sayang itu sebahagiannya adalah milik Arasy.Betapa khilafnya dia sebagai seorang ibu.
"Ma—mama?"
Arasy menyeru gelaran itu.Wajah Mama D dipandang tidak percaya.Sudut hatinya masih dipenuhi ketidakpastian.Rasanya masih seperti mimpi.Selama ini dia hanya mendengar khabar wanita itu dari kejauhan.Dia tidak mahu tamak,hidupnya selama ini terlalu senang dibandingkan mama dan adiknya.Matanya sarat dengan air mata,memikirkan yang dia peluk sekarang adalah ibu kandungnya sendiri.Rasanya hampir sama dengan pelukan ibu yang membesarkannya tetapi tetap ada berbaur satu perasaan yang tak pernah dia rasa.
Airina yang sedari tadi menjadi penonton setia tanpa sedar turut mengalirkan air mata.Dia rasa terharu melihat pertemuan kembali ibu dan anak itu.Dia yang pernah mengenali Mama D,yang pernah melihat dengan matanya sendiri kehidupan Mama D dan Fam yang sentiasa tersenyum gembira dalam keluarga kecil mereka yang ada mereka berdua sahaja.Tidak meriah seperti orang lain tetapi tetap terasa lengkap.Sekarang keluarga mereka sudah bertambah,mereka pasti gembira.Tapi masih ada soalan yang terngiang-ngiang dalam kepalanya tentang orang yang telah sekian lama dia lupakan.
Melihatkan keadaan sekarang dia sepatutnya tidak bertanya apa-apa,biar sampai masanya,Mama D sendiri yang membuka cerita.Rasa ingin tahunya di simpan terlebih dahulu.Dia membawa diri ke belakang.Niatnya ingin memberi sedikit ruang kepada keluarga mereka.WaMungkin bila ada peluang dia bersendiri dengan Mama D nanti,dia akan bertanya.
Mana orang itu.
*******
AIRINA memandang ikan yang sedang berenang riang di dalam kolam buatan.Gembira sungguh hidup mereka.Tidak menanggung beban sebanyak manusia.Kalau tak bernasib baik pun,menjadi lauk santapan manusia.Tangannya sesekali melemparkan cebisan makanan yang sudah tersedia di situ.
Tindak tanduknya jelas mempamerkan mindanya yang sedang terganggu.
"Airina?"
Pergerakan Airina terhenti mendengar suara yang memanggilnya.Dia tidak menoleh dan masih kaku memandang ke lantai.Rasanya berbaur.Dia juga tidak pasti.Salah ke kalau dia sedikit merajuk dengan mama D?Atau memang antara mereka tiada hubungan apa-apa.Tapi serasanya dia sangat sayangkan mama D suatu ketika dulu.Mungkin rasa itu cuma ada pada dia seorang?
"Rin...dah taknak cakap dengan mama ke? Kita kan dah lama tak jumpa."
Mama D cuba memujuk.Dia tahu Airina sudah sangat dewasa berbanding kali terakhir mereka berjumpa dulu.Tapi di matanya,Airina masih tetap Airina yang dia kenal sewaktu usianya masih belasan tahun.
"Cukup lama,mama D.Terlalu lama sampaikan Rin dah tak tahu Mama D anggap Airina ni siapa.Penting ke Rin ni pada Mama D?"
Airina masih tidak mahu menoleh tetapi sekurang-kurangnya dia sudah mahu bersuara dan berbicara dengan Mama D.
Mama D mendekatkan diri kepada Airina.Tangannya yang sudah lebih berusia berbanding suatu ketika dahulu menggapai tangan Airina.Di genggamnya erat walaupun Airina masih tidak mahu memandangnya.
"Rin,sekalipun tak pernah terdetik dalam diri Mama D ni yang Rin ni bukan sesiapa.Rin pun dengar tadikan,dalam hidup Mama D cuma ada Aryan.Mama D tak ada keluarga lain tapi waktu Rin pertama kali munculkan diri depan Mama D,tak perlu kenal bertahun pun Mama D dah jatuh hati dekat Rin.Masa tu walaupun Rin cuma kawan Aryan,Mama D dah anggap Rin macam anak perempuan Mama D sendiri.Mana mungkin Rin ni tak penting?"
Mendengarkan luahan Mama D itu wajah Airina perlahan-lahan menoleh.Hatinya perlahan-lahan mula cair dengan kata-kata wanita itu.Matanya mula berani untuk menatap wajah Mama D.
"Mama D?"
Airina memandang setiap sudut wajah wanita itu.Benarlah masa sudah sekian lama memisahkan mereka.Wajah yang dulunya tiada kedutan,kini kedutan-kedutan kecil mula mengisi ruang wajah Mama D.Tangan yang dulunya saat digenggam terasa lembut terasa sudah terasa berbeza.Mamanya juga begitu,tetapi mungkin kerana mereka sudah sentiasa bersama,perubahannya tidak begitu terasa.Sedangkan Mama D,perubahannya jauh terasa.
"Maafkan Mama D.Rin mesti susah hati kan selama ni?Mama D rasa berdosa sangat sebab langsung tak cuba berhubung dengan Rin.Mama D dengar dari Irfan yang Rin sedih sangat selama ni.Maafkan Mama D. Yang paling penting maafkan Aryan?"
Airina tersentak.Tipulah kalau dia tidak sedih.Dan tipulah kalau kehilangan mereka tak mengganggu dia.Malah sampai sekarangpun dia sedar yang dia masih lagi tak lupa dengan apa yang berlaku.Dan yang pasti dia tak lupa dengan Aryan.
Dia terasa bodoh.Bibirnya sama sekali tak mahu menyebut nama Aryan akhir-akhir ini.Dia begitu yakin,dalam fikirannya dalam hatinya,Aryan sudah dia kuburkan.Tapi dia silap.Pertama kali matanya menyapa susuk tubuh Mama D pun yang muncul di fikirannya adalah di mana Aryan.Dia tidak sedar bahawa dalam dirinya masih ada ekspetasi untuk dia bertemu Aryan.
Bodohkan Airina?
"Tapi Rin,Aryan ada sebabnya Rin.Dia terpaksa buat semua ni sebab dia terlalu sayangkan Rin..."
Airina memandang ke dalam anak mata Mama D.Mendengarkan kata-kata Mama D itu dia sedikit pasrah.Dia sudah sakit terlalu lama untuk menerima alasan.Dia terasa lemah.
"Sebab apa?Apa yang membuatkan dia jadi asbab Rin kecewa bertahun-tahun lamanya?"
Air matanya mula mengalir.Sakit yang sudah sekian lama dia kuburkan mula bertandang kembali.Terasa hatinya dicarik-carik mengenangkan apa yang dia lalui.Diberi harapan dan kasih sayang lalu ditinggalkan tanpa sebarang alasan.
Ya dia masih muda waktu tu.Tapi dia tidak bodoh jatuh cinta kalau dia tahu semua tu hanyalah perasaan kosong dan sia-sia.
"Aryan dah tak ada Rin..."
YOU ARE READING
MR VS MRS
RomanceAryan Airina dan Fahmi Aryan. Bukan kembar bukannya kawan.Dari awal pertemuan lagi mereka lebih selesa berlawan. Nama yang kebetulan sama itu tidak sedikitpun mendekatkan. Tapi sekeras-keras seorang Airina lembut juga akhirnya dengan tindak tanduk s...