Puan Zurina memandang anak gadisnya itu atas bawah.Amboi bukan main segak lagi harini.Nak ke mana agaknya?
"Rin nak pergi mana harini?Kerja ke tidak?"
Dia bertanya dengan rasa ingin tahu.
"Rin kerja lah mama.Cuma Rin balik malam sikit okey?Ada majlis tahlil dengan solat hajat dekat rumah kawan."
Tudung bawal berwarna kelabu dengan manik nipis yang sedari tadi di tangannya itu dipin dan dikemaskan rapi ke kepala.Awningnya ditiup-tiup berulang kali supaya kekal cantik di situ.
Kenapa bawal?Mestilah sebab dia lagi senang dipakai.Tak adalah terbelit-belit semacam ular sawa batik.Dia tak suka!
Agak smart lah tergaya bila dipadankan dengan baju kurungnya yang berwarna baby blue.
Tak pernah-pernah dia pergi kerja lawa dan bergaya segini.
Sempat jugalah dia memuji diri sendiri lepas tengok cermin.Perasan sungguh.
"Kawan yang mana?Rasanya Naura dekat Penang.Irfan pula baru saja telefon mama semalam.Katanya nak pergi kursus dekat Kelantan.Setahu mama lah,Rin mana ada kawan lain dah.Rin sendiri yang cakap dekat tempat kerja pun Rin jarang bersosial."
Mamanya mengerutkan dahi.Rasa pelik bila tengok perubahan anak gadisnya.Kalau betul pun ada kawan baru,jarang sangat Airina nak berdandan sampai macam ni.Selalu tepek bedak dengan gincu saja cukup.Harini dengan kepit bulu mata lah pemerah pipinya.
Tak adalah nampak macam berlebihan,masih natural.Tapi tetap juga tak sama seperti Airina yang selalu.
Lain macam.Jangan-jangan!
"Ya Allah,akhirnya Allah kabulkan doa mama kali ni ya?Akhirnya anak mama cari juga calon menantu buat mama."
Puan Zurina menadah tangan ke langit seperti berdoa.Dengan riak mukanya yang tersengih.
Over sungguh dia.
Airina pula pandang pelik.Tak faham dia dengan apa yang mamanya ucapkan.
"Ma!Calon menantu apa pula ni?Rin tak ada cakap pun yang Rin nak pergi rumah boyfriend.Mama jangan salah faham."
Airina membetulkan.Mamanya memang berbahaya.Tak senang lah dia bila dengar pasal calon menantu.Macam mama tak tahu dia macam mana.
"Rin,jangan cuba lawan fitrah seorang manusia.Ya,mama tahu kahwin tu bukan wajib tapi kalau tak kahwin macamana nak teruskan keturunan?Rin dah 29 tahun,tahun depan dah 30 tahun.Mama tak nak paksa Rin benda macam ni,sebab semuanya ditangan Rin.Tapi mama tak suka anak dara mama pilih untuk membujang sampai umur dia 30 tahun,Rin.Naura tu pun dah beranak dua dah.Irfan pun sama lah macam kamu.Lambat bertindak terlepas Naura depan mata."
Itu dia.Panjang lebar Puan Zurina membebel.Bukan tak pernah buka isu ni cuma tahun ni lah topik ni jadi hangat dan dia selalu terberi reaksi berlebihan dekat Airina.Dia bukan apa,ini soal kehidupan Airina sendiri.
Lagipun makcik-makcik bawang dekat kampung tu dah berapa kali cakap buruk pasal dia.Cuma Airina tu saja,buat pekak badak.
Bukan dia tak tahu,Airina tu bukan tak mahu bercinta dan berkahwin.Tapi hati dia tu,punyalah dia tutup dan kunci.Langsung tak bagi orang masuk.Tak lain tak bukan mesti sebab budak Aryan tu!
"Ma,berapa kali kita nak bahas isu ni?Rin bukan tak nak kahwin cuma calon yang sesuai tak ada.Naura kahwin awal sebab dia dah jumpa jodoh.Tak baik mama menidakkan takdir yang jodoh dia bukan dengan Irfan.Jodoh,ajal dan maut kan ditangan Tuhan."
Airina pula yang cuba menyedarkan mamanya.
"Yalah untuk tu Mama minta maaf.Tapi Rin,sedarlah sikit.Masalah paling besar sekarang adalah Rin sendiri yang tak mahu bukakan pintu hati untuk orang lain.Kalau Rin nak kahwin dengan Irfan pun mama tak kisah.Korang dua je yang masih membujang.Kawan-kawan sekolah Rin pun semua dah berkeluarga."
YOU ARE READING
MR VS MRS
RomanceAryan Airina dan Fahmi Aryan. Bukan kembar bukannya kawan.Dari awal pertemuan lagi mereka lebih selesa berlawan. Nama yang kebetulan sama itu tidak sedikitpun mendekatkan. Tapi sekeras-keras seorang Airina lembut juga akhirnya dengan tindak tanduk s...