Part 26-Percaya

350 23 5
                                    

Jam 3 pagi Orked terbangun lagi. Dingin dirasakan pagi itu. Matanya terkelip-kelip. Ditolehnya Jojo di katil sebelah yang lena.  Tubuh terasa begitu letih, namun otaknya seakan tidak mahu berhenti berkerja. Orked menggenggam dua tangannya yang terasa kebas. Dia tarik nafas dalam-dalam sambil bersandar, cuba bertenang. Matanya dilemparkan pada luar jendela. Gelap dan pekat. Bila cuba pejam mata, bunyi dentuman kuat seakan-akan mengasak telinganya. Bunyi kanak-kanak meraung, bunyi tangis ayah kehilangan anak, semuanya serentak terngiang-ngiang begitu dekat ditelinganya.

"Orked...Orked..." Seakan magnet Jojo terus bangun bila dia terdengar suara esak Orked di sebelah.

"Hey...what's wrong..?" Jojo sentuh perlahan tangan Orked. Senyap. Tiada balasan. Cuma masih bunyi esakan kecil. Jojo memberi Orked lebih waktu untuk menenangkan perasaannya sendiri. 

Orked kesat sisa air matanya. Cuba mengumpul kekuatan untuk meluahkan rasanya pada Jojo. Dia tahu yang apa yang dialaminya waktu itu perlu dikongsikan pada Jojo. Dia datang ke sini untuk membantu, jadi dia perlu kuat menghadapi perasaannya yang sangat berkecamuk.

"Sorry Jojo... " Orked bersuara dalam sisa tangisnya.

"Tell me. Anything..." Lembut Jojo mendukung perasaan Orked.

"I .. tak pernah rasa..rasa sangat takut macam semalam..." air matanya makin melaju. Jojo makin rapat duduknya. Menggenggam tambah erat tangan Orked. Dia mungkin faham perasaan Orked. Kerana dia juga merasa yang sama. 'Breakdown' tidak memilih. Ia boleh berlaku juga pada Orked yang sangat berpengalaman dalam kerja-kerja sukarelawan menyelamatkan nyawa manusia. Dialah yang terpaling berani. Boleh jadi tadi waktu siang  sibuk kesana-kemari, tetapi tiba di malam hari menangis teresak-esak. Valid. Segala perasaan itu valid dan benar.

"Bagi I peluk you.. ok?" Jojo cuba menenangkan Orked. Orked angguk perlahan.

Orked cuma membiarkan Jojo memeluknya erat. Dia cuma diam tidak membalas pelukan itu. Tangisnya telah reda. Perasaannya kembali tenang jika dibandingkan dengan tadi.

"Babe..."Jojo meleraikan pelukan.

"I takut juga...but I have you here. " Jojo cuba memberi semangat. Dalam masa yang sama tidak mahu beri tekanan pada Orked yang sebenarnya dia juga memerlukan Orked. Dan Orked perlu kuat, kalau tidak, dia juga bakal breakdown.

"I ingat dulu you beritahu kalau bulan puasa... all our pray will be granted. Is it ok if I pray for your calmness, safety...and pray so that you can take care of me..?" Jojo memandang tepat wajah Orked.

Diam lama. Keliru Orked.

"But.. u kata tak percaya Tuhan." Orked bertanya meminta kepastian.

"Memang la. But I respect you and what you believe...so, maybe my pray will be granted. who knows? "Jojo pandai mengambil hati Orked. Sahabatnya perlu dipulihkan segera.

Orked garu perlahan hujung matanya. Menyusun ayat terbaik untuk Jojo.

"Bila you recite a pray, syaratnya mesti percaya yang Tuhan akan tunaikan. Kalau tak percaya....hmm.. " 

"Oh really?. So I kena percaya la ni. Okla. Senang je tu. Asalkan you ok. Apa2 pun i buat." Jojo sengeh menunjukkan sebaris giginya.

Orked senyum nipis. Lega Jojo ada disisinya.

---




Bukan Jalan ke SyurgaWhere stories live. Discover now