Bab 23-Perjalanan Ini

402 31 14
                                    

Orked membetulkan perlahan-lahan duduknya. Tidak mahu mengejutkan Dr Jojo yang terlentuk dibahunya. Dilihat jam tangannya sekilas. Masih berbaki 4 jam penerbangan. Beberapa kali dia cuba melelapkan mata semula. Ditarik nafas dalam-dalam sambil meraba buah rantai leher. Rantai yang dihadiahkan oleh Cempaka siang tadi. Erat genggaman Orked pada buah rantai. Seakan ketenangannya di situ saat ini.

——

Jam 10 malam waktu Gaza. Lebih kurang waktu deligasi Malaysia sampai ke rumah penginapan milik Mercy Malaysia sendiri. Suasana tenang malam itu. Sepanjang perjalanan ada beberapa sekatan pos yang dikendalikan oleh pihak Israel. Dan seperti biasa, seperti yang telah dipesan oleh ketua deligasi, semua perlulah tenang dan membiarkan ketua deligasi dan pemandu arah yang merupakan rakyat tempatan menjawab segala kerenah askar-askar ini di setiap pos kawalan. Semuanya lancar, kecuali pada pos yang terakhir, sekotak bekalan perubatan yang dibawa bersama diminta unuk ditinggalkan di pos tersebut.

Pemandu menasihati ketua deligasi agar menurut sahaja kerana dia lebih risaukan keselamatan doktor-doktor perubatan yang dibawa. Malah, berlama-lama di satu-satu pos bukanlah hal yang baik. Memang askar-askar Israel tidak berhak, tetapi mereka berupaya membuat kejahatan sesuka hati. Itulah perkara yang paling mahu dielakkan oleh sama ada orang Palestin atau pengunjung pro-palestin.

"Orked. Got wifi signal ah?" Dr Jojo  berjalan perlahan sekeliling bilik kongsi berdua. Lengkap dengan kemudahan bilik mandi seadanya.

Orked mencari telefon bimbitntya yang disorok rapi dibahagian dalam seluarnya.

"Jojo. Here." Orked berdiri ditepi tingkap. Ada 2 bar signal. Menurut Ameer tadi, Gaza tidaklah terlalu teruk capaian internetnya. Bolehlah. Lagipun, ini dibangunan milik Mercy, jadi di ceruk-ceruk terpilih pasti akan ketemu signal.

Orked membaca perlahan-lahan mesej yang mula membanjiri whatsappnya. Segera dia memaklumkan pada keluarga yang dia telah sampai dengan selamat. Beberapa gambar selfie, keadaan bilik juga turut dihantar kepada keluarga. Begitu juga halnya dengan Dr jojo.

Orked menekan pada nama Cempaka.Ada pesanan yang dihantar Cempaka. Orked senyum manis sorok-sorok.

'Orked. Awak ada kat mana dah?' Cuma satu pesanan itu sepanjang 2 hari. Cukuplah buat jadi penyebab senyum orked makin melebar.

'Alhamdulillah. Dah sampai kat asrama Mercy. Semua ok kat sini' pesanan dihantar.

Orked melihat Jojo yang sudah baring telentang keletihan. Dia menuju ke arah tandas mahu melihat kondisi dan kelengkapan yang ada. Ada kesan simen yang menampal retak-retak di dinding. Kata Dr Hassan, setakat ini, asrama Mercy belum pernah terkena bom Israel. Cuma kesan gegaran membuatkan bangunan ini sedikit retak dimana-mana.

Orked kembali ke jendela melihat keindahan malam di Gaza.

'Palestin. Izinkan aku berbakti di sini'

Monolog Orked sendiri.


Bukan Jalan ke SyurgaWhere stories live. Discover now