Jam menunjukkan pukul 4.30 pagi waktu Orked tiba di rumah. Hari ini hampir 10 kelahiran bayi baru disambutnya sepanjang tempoh 24jam waktu kerjanya. Orked masih di awal kerjayanya sebagai pakar sakit puan. Setelah menamatkan pengajian di peringkat Master, dia perlu bekerja selama lagi dua tahun sebelum boleh diiktiraf sebagai pakar sakit puan. Dan bertugas di hospital kerajaan, menuntut ketahanan mental dan fizikalnya. Hanya beberapa bulan lagi Orked bakal jadi pakar sakit puan.
Usai mandi dan salin pakaian, dia merebahkan tubuhnya di atas katil. Terasa letih, namun matanya masih lagi belum mahu katup. Dia terkelip-kelip sendiri.
"Aduhaii..craving kek pulak pagi-pagi buta ni.." Orked mengeluh sendiri. Dia bergolek ke kiri dan ke kanan. Berharap matanya cepat terlelap.
"...ishhhhh!!" Orked bangun duduk di birai katil. Kepalanya yang tidak gatal digaru-garu. Tambah kusut masai rambut panjangnya. Hatinya berbelah bahagi, sama ada mahu menuju ke peti ais atau teguk sahaja air putih di tepi katilnya.
"...nak makan kekkkk..." rengeknya sendiri.
Memang ada sepotong kek yang dibawa pulang kelmarin daripada kedai kek beruang viral tu. Dan kek itulah yang terbayang-bayang difikirannya.
Chocolate Moist Cheesecake.
"Ala.. makan je la.." Orked terus bergegas ke dapur.
---------
Malam ni akak busy ke?" Suri menyapa Cempaka.
"Emm.. malam ni volunteer kat Street Kitchen" Cempaka membalas tanpa melihat wajah Suri. Dia lagi sedang teliti mengira stok kek yang bersusun dalam chiller. Bilangan stok perlu direkodkan setiap hari. Memandangkan jualan harian agak banyak, jadi sekejap sahaja stok habis. Sebagai Pengurus, Cempaka perlu mahir menjangkakan bila stok akan habis. Kerana untuk minta pembekal menghantar stok, mestilah diberitahu 3 hari awal.
"Hmm.. ok.." Suri terus berlalu menyambung kerjanya. Kecewa.
Cempaka memerhatikan Suri melalui ekor matanya. Sengaja dia menolak ajakan Suri. Setiap kali pun. Biar isyaratnya jelas. Cempaka tahu kalau Suri berminat dengannya. Walaupun Suri tidak pernah menyatakannya, namun Cempaka dapat merasai layanan istimewa Suri padanya. Dan dia juga kenal rakan-rakan Suri. Pernah datang ke kedai berpasang-pasangan. Cempaka cuma perhati dari jauh. Tidak mahu masuk campur. Bukan berlagak suci. Zamannya sudah berlalu. Biarla cuma yang tahu sahaja tahu.
Tetapi orang penyayang sepertinya mana mungkin betah melihat Suri yang jelas nampak kecewa begitu. Cempaka mengeluh perlahan.
"Suri, nak ikut akak malam ni?" Cempaka ajak-ajak ayam.
"Ha? boleh ke?akak tak pernah pelawa pun.." Ayam menyambut pula.
"Eh.. kerja volunteer tak perlu pelawa...kalau nak..offer je diri..." Cempaka membalas.
"Oh.. manelah Suri tahu... ingatkan benda ni ekslusif..." Suri menuturkan perlahan. Terasa seakan Cempaka membidasnya.
"Taklah.. .kalau rasa nak bantu orang..buat je.. malam ni kita bantu edar pack food je. Sebab petang ni dorang dah start masak-masak dah.." Cempaka menerangkan.
"Tapi dah lewat kita pergi. Jam 11 lebih kan nanti. Masih ok ye kak..?"
"Ok je..masih ramai yang ada.." Cempaka membalas.
"Tapi kalau Suri tak letihla...bila-bila dah ready nanti kita boleh pergi lagi..." Cempaka cuba melemahkan semangat Suri.
" Tak kak. Suri ok. Suri nak ikut" Jawab Suri tersengeh-sengeh.