" Buat apa lagi datang cari dia?" Kak Fuzi bernada tegas.
"Tolonglah Mak Su.. saya nak jumpa kejap je.." rayu Syiela. Anak lelakinya yang masih kecil hanya duduk diam memerhati.
"Dia tak ada..dah-dah pergi dari sini. Customer ramai lagi nak layan ni." Kak Fuzi berdalih. Padahal si beruang ada bertugas di bahagian hadapan. Beberapa kali juga si beruang menoleh. Sedar kalau Syiela datang mencarinya.
"Tolonglah Mak Su.. bagi saya selesaikan hal kami Mak Su.." Syiela merayu perlahan.
Rasa panas hati Kak Fuzi jadinya.
"Eh. Kau dengar sini baik-baik. Kau tak fikir ye keadaan Cempaka tu macamana waktu kau buang dia dulu. Kau..kau yang rosakkan hidup dia tau. Porak peranda hidup dia kau buat. Kau nak aku ungkit apa lagi sampai kau baru faham? Kau tahu dia tak habis belajar sebab patah hati dengan kau?" Kak Fuzi mengawal amarahnya. Suaranya seakan berbisik tetapi cukup menikam.
Syiela menahan air matanya yang mahu laju gugur. Dipeluknya Adam erat. Anak kecil itu cuma diam menurut.
"Aku sayang anak buah aku. Aku akan pastikan kau takkan rapat lagi dengan dia.Kau tak ada dengan dia waktu dia separuh gila kecewa. Kau tak layak datang nak jumpa dia. Sekarang kau berambus." Intonasi Kak Fuzi menekan dengan mata yang dijegilkan.
Syiela akur. Dikesat air matanya dan perlahan berjalan meninggalkan Kak Fuzi. Adam dikendongnya erat.
"Adam!! Adam!!" Ada suara lelaki memanggil dari jauh dengan langkah yang dipercepatkan.
Semua mata memandang termasuk si beruang.
Syiela mempercepatkan langkah, namun sempat ditahan lelaki tadi.
"Syiela. Bagi Adam kat aku. Please.." bahu Syiela dicengkam.
"Eh lepaslah. Kan mahkamah kata Adam hak aku!" Syiela meronta minta dilepaskan.
Si beruang berjalan perlahan menuju ke adegan itu yang tidak jauh daripada kedainya. Kak Fuzi pula memanggil Jason di belakang supaya ke depan bersama si beruang.
"Adam ikut ayah ye .." Lelaki itu cuba menarik Adam daripada pelukan Syeila. Dia cuba berkasar bila Syiela erat memeluk Adam.
Si beruang menepis tangan lelaki itu yang mahu menampar Syiela. Dalam masa yang sama adam ditarik ke dalam pelukannya. Mungkin tampungan kepala beruang yang berat, beruang dan Adam yang dalam pelukan jatuh ke lantai.
"Babi punya beruang!!!! kau jangan masuk campur hal aku!!" Kepala beruang disepak sekali dan beberapa sepakan juga kena pada belakang beruang. Tetap si beruang berdiam mengerekot memeluk dan melindungi Adam yang ketakutan dan menangis.
Jason dan beberapa pelanggan lelaki yang berhampiran terus merempuh lelaki yang mengasari si beruang Maka terjadilah tragedi di hadapan kedai kek.
Maka, nasiblah si lelaki menerima beberapa tumbukan padu daripada Jason sebelum diheret pengawal keselamatan keluar daripada mall.
Dalam kepala si beruang pula, sudah berpinar rasanya.