Orked mencapai kembali telefon bimbit yang diletakkan berdekatan kepala Jojo. Jojo tenang kembali disisinya.
"U buat apa..?" Jojo bertanya perlahan.
"I jumpa phone u tadi." Orked menyuakan telefon ke wajah Jojo. Trus phone lock terbuka.
Jojo ketawa kecil.
"How dare u taking advantage on me.." Jojo mengusik perlahan.
"I cuba nak selamatkan kita tau.." Orked menjawab bersahaja. Tahu, kalau Jojo bergurau.
"I tahu... u selalu jadi hero I kan..." Jojo menjawab mamai.
Orked menoleh pada Jojo. Melihat pada kerutan wajah Jojo, Orked tahu kalau Jojo sedang menahan sakit.
"No signal..no nothing.. any idea..?" Orked cuma ajak Jojo berbual. Tidak mengharap dalam keadaan Jojo begitu akan lahir idea bernas daripadanya. Sepi.
.
.
.
.
.
.
"Bluetooth?" Jojo membalas perlahan. Orked menoleh ke arah Jojo. Cuba melanjutkan idea spontan Jojo. Orked terus ke setting phone. Perkara pertama yang dibuatnya adalah menukar device name.
"Jojo.. I tukar your phone name to ... HELP.SOS.MERCY..." kekok juga bila perlu menaip menggunakan tangan kiri.
Seterusnya Orked merekod suaranya. Memaklumkan yang dia dan Jojo ada dibawah runtuhan.
Orked menghidupkan fungsi AirDrop. Kalau-kalau ada pengguna iPhone berdekatan. Setahu Orked ramai sukarelawan Mercy yang menggunakan iPhone. Cuma dia berharap mereka selamat dan dapat menerima pesanan daripadanya.
"Babe... I jumpa 2 device yang ON airdrop. " Orked teruja. Ini bermaksud, sebenarnya jarak radiusnya dengan dunia luar dalam lingkungan 10 meter sahaja. Harapan semakin cerah dirasakannya.
Rakaman suara berjaya dihantar kepada 2 device tersebut. Orked memerhatikan bateri telefon yang cuma tinggal 20% sahaja. Orked mengeluh perlahan. Kepalanya ligat berfikir. Dia sudah berjaya memberitahu bahawa dia terperangkap di bawah runtuhan. Tetapi bagaimana caranya untuk menghantar isyarat kedudukannya?
Tiba tiba telefon bergetar dan ada satu file audio yang ingin dikongsi.
"Babe!! They heard us!!" Orked semakin bersemangat. Dibuka file audio tersebut.
"Assalamualaikum Dr Orked. I'm Ahmed. Mesir rescuer. We received your message. Please send us any signal. We'll trying to search you."
"Allahuakbar.. Alhamdulillah... Babe... you heard that...?" Orked teruja mendengar harapan daripada penyelamat Mesir. Bibirnya tidak putus mengucapkan syukur.
---