Bab 46- Izinkan Aku

708 30 18
                                    

Bila perut dah kenyang, mulalah mata minta didodoi. Mahu pejam. Lemah rasanya memikirkan esok perlu masuk kerja. Mujurlah barangan kedai Kak Fuzi sudah bantu uruskan minggu lepas. Cempaka bersandar di sofa empuk. Masih di ruang tamu melihat Buletin Utama. Orked tadi bergegas masuk ke dalam bilik, menerima panggilan telefon daripada hospital. 

"Hai.. layu dah mata.." Orked menegur sambil melabuhkan punggungnya pada sofa berhadapan Cempaka.

"Ha?..hahah... hmmm biasalah kenyang... malam ni awak kerja ke?" Cempaka memperlahankan suara daripada televisyen.

"Takla.. esok malam. Esok awak kerja?" Orked menghirup teh hijau panas. Lesu rasanya badan. Maklumlah tidur cuma sebentar di panggung wayang tadi.

"Haah. Takpe, esok kalau awak nak rehat, saya boleh balik naik Grab." Cempaka tiba-tiba rasa bersalah pula setuju dengan ajakan Orked.

Orked buat muka.

"Apalah awak ni. Awak tak suka lama-lama jumpa saya ye?" Orked menyelak rambutnya ke belakang.

"Bukanlah macam tu, awak tak rehat daripada habis kerja tadi. Awak kena tidur. Kan tidur yang cukup bagus untuk memulihkan sel-sel dalam badan kita ni...Hm lagi satu, awak kena sharp buat keputusan untuk selamatkan nyawa orang.  Bila awak tak cukup tidur, nanti...akan mengurangkan sehingga 40% tahap tumpuan. Jantung tu... kena jaga, ada kesan juga kalau tak cukup tidur." Cempaka berhujah panjang dengan wajah yang serius.

Orked terdiam seketika. 'Aku kena bebel ke ni?'

"Kan awak hak MILIK MASYARAKAT", Cempaka buat mata ke atas.

"HHAHAHAHAH" ketawa Orked berderai. Dalam diam-diam Cempaka memerlinya.

Cempaka memandang Orked sambil mengangkat keningnya. 

Orked diam daripada ketawanya bila Cempaka nampak serius memandangnya.

"Ok... saya setuju dengan semua fakta awak tu. Tapi saya tak puas lagi sembang dengan awak... bagilah chance...." Orked buat muka comel.

"Ok. cepatlah nak tanya saya apa. Lepasni awak kena tidur cepat" Cempaka memeluk tubuhnya menantikan soalan daripada Orked.

"Ok2.. tapi sebelum tu.. saya nak share satu benda.." Orked membetulkan duduknya.

Cempaka mengerutkan dahinya. Sabar menantikan ayat Orked seterusnya. Dari jarak lebih kurang dua meter, jelas kelihatan rantai leher yang pernah diberikan kepada Orked dulu. Cemburu rasanya pada rantai. Rantai itulah peneman Orked kesana-kemari. Letaknya dekat di hati.

"Ok.. " Orked menarik nafas. Dia memulakan bicara.

"..... dalam sehari .... manusia yang normal perlukan 12 kali pelukan untuk hidup dan bertumbuh dengan baik... " Orked serius menerangkan. Kedua belah tangannya ikut bergerak menerangkan fakta.

"Dan...ada kajian yang dibuat terhadap 200 pasangan dalam 2 kumpulan yang berbeza. Kumpulan pertama... cuma duduk selama 10 minit 20 saat tanpa sentuhan daripada pasangan masing-masing. Dan...kumpulan kedua, mereka duduk dan berpegang tangan selama 10 minit, dan kemudian berpelukan selama 20 saat" Orked merenung Cempaka yang khusyuk mendengar dihadapannya.

"Lepas tu, apa jadi.."Cempaka menongkat dagu.

"Kumpulan kedua..... yang hugs dan pegang tangan tadi kan... bacaan blood pressure mereka  kurang daripada sebelumya. Lebih rendah. Maksudnya kat sini, pelukan dan pegangan tangan....sangat bagus untuk pasangan. Sangat bagus untuk kesihatan jantung..."Orked angguk-angguk. Masih memandang Cempaka.

"Jadi... secara tak langsung, isu tak cukup tidur tadi ... dan masalah yang terkait dengannya boleh kita kurangkan dengan berpelukan dan berpegangan tangan." Orked mengangkat kening sambil tersenyum.

Cempaka melepaskan nafas dan meraupi wajahnya sambil menggeleng-geleng. Dia cuba menahan tawanya. 

"Ok... maksud awak ni apa..? Boleh tak Dr Orked gunakan bahasa yang lebih mudah difahami?" Cempaka menongkat dagunya kembali. Saja dia mahu menguji sejauh mana Orked boleh pergi.

Orked menarik nafas dalam-dalam.

"Saya nak minta izin... boleh tak saya nak baring kat sofa tu... sambil peluk awak...?" Orked ucap satu persatu-persatu. Sebenarnya dia juga bimbang jika permintaannya keterlaluan. Cempaka diam merenungnya beberapa saat.

.

.

.


Dia kemudian bangun dan menghulurkan tangan kanannya pada Orked.

"Come.." Cempaka lembut mengajak.

Orked menyambut teragak-agak. Matanya tepat merenung Cempaka.

"Awak nak jadi big spoon ke... small spoon?" Cempaka ajak berbincang.

"Emmm... small...." Orked malu-malu. Cempaka senyum penuh debaran sambil angguk-angguk.

Cempaka yang baring terlebih dahulu. Kemudian mendepakan tangan kirinya untuk Orked berbaring.

Perlahan Orked mengambil posisi baringnya menghadap Cempaka. Wajah mereka kini rapat sekali. Kedua-duanya juga gementar. Tidak berani bertentangan mata.

Perlahan, Orked memeluk kemas Cempaka. Susuk yang telah terlalu lama dirinduinya. Terasa segala lelahnya seharian hilang begitu sahaja. Bau harum Cempaka menenangkan perasaannya.

"Kalau mendung hitam sudah di atas kepala, Jangan larang hujan turun ke bumi, Kalau angin bertiup dengan kencangnya, Jangan larang daun-daun kering berguguran, Kalau 'senyummu' selalu mekar dalam hatiku, Jangan larang aku tetap setia dan rindu padamu"

---

Bukan Jalan ke SyurgaWhere stories live. Discover now