Bab 32-Kita Balik

263 23 0
                                    

Lelah rasanya Orked menjerit daripada tadi meminta pertolongan. Dia sendiri tidak pasti berapa jauh dia dan Jojo tertimbus dalam runtuhan. Sehingga saat itu juga, tidak ada sebarang bunyi daripada luar yang didengarinya. Orked menenangkan dirinya sendiri, dia perlu bernafas perlahan-lahan diruangan sempit itu bagi menjimatkan oksigen.

Orked membuka perlahan penutup botol air mineral dan dicelupkan sedikit jari telunjuk kirinya. Kemudian, dengan berhati-hati mencari bibir Jojo untuk dioleskan sedikit demi sedikit air. 

"Jo..Jojo... bangunlah temankan I...." ucap Orked perlahan. Dalam hatinya berdoa agar Jojo segera sedar. Entah mengapa air matanya mula turun perlahan saat itu. Dia masih ingin hidup, tetapi mungkin takdirnya akan berakhir dibawah runtuhan ini.

Orked memejamkan rapat matanya. Perasaannya berkecamuk. Hatinya begitu takut saat itu. Dia takut kehilangan Jojo, dia juga takut dia akan mati perlahan-lahan disitu sebelum sempat pasukan penyelamat menemuinya.

Orked beristighfar panjang. Ayat kursi dibaca beberapa kali bagi menghilangkan rasa takut dalam dirinya. Kesakitan yang dirasainya waktu itu tidak sebesar rasa ketakutan yang berada dalam hatinya. Orked sedar, yang pada saat itu, jika mentalnya tidak kuat, riwayatnya mungkin akan tamat dengan lebih mudah.

Dalam situasi keletihan dan kesakitan, otak manusia jarang dapat berfungsi dengan baik terutamanya untuk membuat keputusan penting. Orked menoleh perlahan pada Jojo disebelahnya. Nafas jojo masih kedengaran. Dia cuma pengsan saat itu, akibat keletihan atau kesakitan yang teramat. Aneh kadangkala sistem tubuh berfungsi untuk bertahan. 

Orked beranggapan, mungkin tiada orang diluar sana yang tahu kedudukan mereka. Jadi, dia sendiri harus berusaha untuk menyelamatkan dirinya dan Jojo. Orked menggerakkan tangan kirinya ke bahagian kiri Jojo yang berada di bawah timbunan konkrit. Dia meraba baju dan seluar Jojo mencari kedudukan telefon bimbitnya. Telefon Orked masih belum ditemui.

"Allahuakbar...." Orked lega jemarinya mula merasai keberadaan telefon bimbit Jojo. Perlahan-lahan dia menarik keluar daripada poket seluar Jojo.

Telefon berjaya dihidupkan tetapi memerlukan katakunci untuk dibuka. Cahaya daripada telefon sangat membantu Orked memahami keadaan sekelilingnya. Di suakan cahaya pada Jojo yang masih tidak sedarkan diri. Ya, separuh tubuh Jojo memang tertimbun dalam runtuhan konkrit. Orked meneliti sedaya upaya, jika terdapat darah yang keluar daripada mana-mana bahagian tubuh Jojo.

Orked membersihkan wajah Jojo daripada debu konkrit yang melekat. Dia masih tidak putus memanggil nama sahabatnya perlahan. Telefon bimbit dihalakan ke wajah Jojo. Mujur ada teknologi face recognition.

"Alhamdulillah..." Orked berusaha mencari signal dibawah runtuhan itu. Dia melihat tarikh pada telefon bimbit. Ini sudah hampir 24 jam dia berada dibawah runtuhan. Tiada sebarang signal yang muncul. Langsung tiada. Orked memejamkan matanya cuba berfikiran waras. Kalu ikutkan waktu, sekarang waktu siang dan tentunya ada orang yang berkeliaran diluar sana.

Orked buntu, bagaimana mahu menghantar isyarat mereka berada disitu. Air matanya mengalir perlahan. Orked membuka kembali telefon Jojo dan pergi ke aplikasi whatsapp. Dia masuk ke group MERCY GAZA. Orked menghantarkan pesanan meminta bantuan dan memaklumkan keadaan mereka berdua disitu dan bekalan makanan yang ada pada saat itu. Dia tidak pasti jika pesanan akan sampai. Tetapi tidak salah juga, siapa tahu pesanannya akan termakbul dengan kuasa Tuhan. Telefon diletakkan tinggi sedikit dibahagian kepala Jojo. Ada konkrit yang boleh diselitkan telefon disitu.

"Orked..." Suara Jojo perlahan. Lemah sekali.

"Babe.. babe... I kat sini..." Orked teruja. Digenggamnya erat jemari Jojo.

"Air..."Jojo meminta.

Orked perlahan mengoleskan air ke bibir Jojo. Cukup sekadar memberi sedikit tenaga pada Jojo.

" Babe.. makan sikit... biskut.."

Jojo cuma menurut. 

Sesekali dia mengerang kesakitan. Tidak tahan dengan kesakitan yang ditanggung tubuhnya saat itu. Orked tetap menggenggam erat.

"I wanna go home..." tangis Jojo pecah saat itu. Merintih perlahan. Cukup untuk menggugat perasaan Orked dan mentalnya yang baru mulai kuat.

"Ok babe... kita balik sama-sama ya. You stay awake... stay with me ... u jangan tinggalkan I ya.." Suara Orked serak. Dia mengucup dahi Jojo perlahan.

---

Bukan Jalan ke SyurgaWhere stories live. Discover now